Thursday, February 27, 2014

Bingka berlauk


Hari ini tayangan amal dari dapur gee-hut adalah bingka berlauk... resipi asalnya bingka roti berlauk dari Chef Hanieliza... bingka k.ge ini tiada roti tapi rasanya tetap sedap... semerbak baunya bila dibakar... intinya pun k.gee ubahsuai ikut citarasa k.gee sendiri... k.gee sukakan inti daging macam murtabak atau inti karipap... jadi bila buat inti k.gee selalu buat lebih dan simpan dalam freezer... bila ada idea nak buat kuih k.gee akan sesuaikan resipi atau menu yang boleh menggunakan inti tadi... karipap boleh, pau boleh, roti boleh, sandwich boleh, bingka boleh, cara boleh.... macam-macam boleh... Malaysia BOLEH!!!


Kuih bingka memang kuih pujaan k.gee baik yang manis atau yang masin... buatnya pun senang janji rajin sikit menggodek dan ahli keluarga gemar makan... biasanya k.gee buat kuih selalu berganda... sebahagian makan di rumah dan sebahagian lagi tapaw ke pejabat.. Ok, jom kita semak resipi kuihbingka berlauk yang sedap ni...


BINGKA BERLAUK


Bahan Bingka :

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air
2 biji telur (pukul ringan)
garam
pewarna kuning

Cara

1. Campurkan semua bahan hingga sebati.  Tapis.

2. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.

3. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.

5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.

6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.

7. Potong dan hidangkan.


Bahan Lauk/Inti :

400 g daging kisar
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.

2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.

3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.

5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.

6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].  


Kuih bingka evergreen... memang best... !!!


7 comments:

Yatie said...

waduhhhhhh sedap ni bingka berlauk....Yatie pun suka apa saja yg berkaitan bingka...mmng suka sngt...tapi yg berlauk ni lagi best...kan..

Honey said...

Amboi Gee, mouth watery dah ni!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Gee... Pepagi ni buat akak lapar lagi.. ehe ;)

myda_ahmad said...

x pernah mkn lagi,tp satu hari nanti nk rasa jugak!

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Gee..mmg peberet Uj bingka berlauk ni...

ady said...

salam
sedap ni kuih bingka berlauk...suka sgt2

Suzana Ibrahim said...

As-Salam Gee,
sungguh mengiurkan,mesti best ni.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015