Saturday, January 14, 2012

Kaswi lapis


2 hari berturut2 hujan mencurah-curah turun di bumi Kuantan ini... setengah tempat sudah dilanda banjir... kesian mereka terpaksa bermalam di pusat2 pemindahan... Apapon berdoalah dan redha,  semuanya ketentuan Allah belaka... InsyaAllah selamat...



Semalam masa hujan lebat tu, sempat juga k.gee ronda2 di dapor alam maya si Noorsha... terpegun tengok kuih kaswi lapis pandan dia... cantek..! resepi asalnya dari Ita Masam Manis... kebetulan masa Ita buat kuih kaswi ini hujan juga di JB... hmmm.... bila hujan memang sedap makan kaswi kot...


KASWI LAPIS PANDAN

by : Azlita Masam Manis
Rujuk : Noorsha


Lapis Hijau

5 helai daun pandan
1 cawan air
kisar daun pandan dan air, tapis ambil airnya sahaja - ketepikan
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
masak air dan gula hingga didih dan gula larut
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepungubi
1/4 sudu kecil kapur makan - dibancuh dgn 1 cawan air.
2 cawan air

Masukkan tepung gandum, tepung ubi, 1 cawan bancuhan air kapur, 1 cawan air daun pandan dan 2 cawan air kedalam blender dan kisar hingga sebati. Kemudian tapis

Tuangkan air gula yg telah mendidih tadi kedalam adunan sambil mengacau supaya tidah berbentel2.

Kemudian tapis dan ketepikan.

Kalau kurang hijau boleh tambahkan sedikit pewarna hijau

Lapis Coklat

1 cawan gula merah - pilih yg agak hitam warnanya.
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan di simpul
2 cawan air
Masak kesemua bahan hingga didih dan tapis
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/4 sudu kecil kapur makan - dibancuh dgn 1 cawan air
2 cawan air

Masukkan tepung gandum, tepung ubi, 1 cawan bancuhan air kapur, dan 2 cawan air ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Kemudian tapis.

Tuangkan air gula merah yg telah mendidih tadi ke dalam adunan sambil mengacau supaya tidak berbentel2.

Kemudian tapis dan ketepikan.

Panaskan kukusan, balut penutup kukus dgn kain. Sediakan loyang atau acuan. Oleskan dgn minyak. Jika guna loyang alaskan dasar loyang dgn plastik.

Tuangkan 1 senduk lapisan coklat, kuku selama 10 minit kemudian tuang pula lapisan hijau dan kukus lagi dan teruskan mengukus secara berselang seli hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 15-20 minit.

Kuih ni dapat banyak. Boleh dapat 2 buku kuih dgn loyang 8 inc. Jika nak buat 1/2 adunan bahagikan semua sukatan kepada 2.

Boleh juga dikukus dalam acuan kecil dan masa mengukus dipendekkan sedikit.



Terima kasih Noorsah dan Ita... sangat sedap kuih kaswi lapis pandan ini...
yummy!!


hujan-hujan memang perut asyik berkeriut jer...kan?

4 comments:

nOOrsha said...

hujan2 memang asyik lapar je..manela perut x mcm saiz 3 bln..cantik n comel kaswi akak ni:)

Yatie said...

Assalamualaikum Gee,
terliurlah tngk kuih kaswi lapis ni, suka tngk gabungan hijau dan coklat tu...menarik sangat...teringinlah plk nak buat...hai semuanya nak di buat..

Mieza said...

Kak Gee lamanya mieza tak makan kuih kaswi ni..mak mentua siap belikan acuan mcm kak gee punya tu..sampai sekarang acuan tu masih dara..leh gak pecah dara kan acuan tu dgn kuih ni kan kak hehehe

Nuwairani said...

rajinnya akak melapis satu2..nani dh beli acuan ni. tapi belom terbuat lagi kuih ni...susah bebenor nak cari kelapa parut kt kinabatangan ni.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015