Wednesday, January 25, 2012

Mari dinginkan tekak...


Salam siaran semua... syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk menyedut udara pagi hari ini.  Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan Rabiulawal... sedikit hari lagi kita akan menyambut hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.... selawat buat baginda...


Masih mood bercuti ke...? maklumlah 4 hari bercuti sempena CNY... kepada yang sudah kembali bertugas, selamat bertugas dan mari kita mulakan kerja hari ini dengan bismillah....


Hari ini k.gee cuma sediakan hidangan pencuci mulut... agar-agar pandan... agar-agar ini k.gee buat 2 warna; satu k.gee tambahkan pandan dan warna hijau dan satu lagi santan sahaja dan warna putih... bila dah dipotong tu jadi macam ketupat pulak... yang selebihnya kak gee masukkan dalam acuan bunga ros... Mari kita semak resipinya...


Agar-agar pandan

Bahan untuk agar2 putih:
10gm agar-agar, 1 cawan santan, 1/2 cawan gula, 1 liter air

Bahan untuk agar2 hijau;
10gm agar-agar, 1 cawan santan, 1/2 cawan gula, 1 liter air pandan


Cara-cara
  1. Untuk lapisan putih : Masak serbuk agar2 bersama air dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan santan dan biar mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. Untuk lapisan pandan : Masak serbuk agar2 bersama air pandan dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan santan dan biar mendidih.
  4. Tuang bancuhan hijau ke dalam loyang dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras. Potong dan hidangkan.
Siap.... mari kita ngap!

5 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

Mood cuti2 dah habis lah Gee. Hubby dah naik keja 2 orang anak ct dah naik sekolah. sekolah lain masih cuti semuanya, tapi sekolah dia kena naik awal..tension betul anak2 tu..hehehe

memang sesuailah dengan cuaca ni Gee, kadang sejuk kadang panas..mintaklah agar2 pandan tu sepiring nak rasa juga ni :)

Ida,Japan said...

slm k'gee..ijau mulusnyer agar2 akak ni, tentu sejuk segar jer bila masuk tekak ni...pstt mekasih kak sbb selalu gak akak komen kt HCT...ida jer tak sempat2 nk terjah sini

Unknown said...

emmm sedapnyr...panas2 nie kalau makan yg sejuk2 sedapnyer....tie bru singgah kat sini n terus follow n link sekali coz tgk resepi yg best...

izahdaut said...

cute bangat agar2 nya. kalau budak2 ni nampak suke la diorang. comel

anymz said...

nampak menyegarkan agar2 ni...akak suka :)

terima kaseh sudi bertandang ke contest akak tu ya gee..
jgn jemu2 dtg mana tau ada 2nd GA pulak nanti kan?..hehe

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015