Thursday, February 6, 2014

Kek Choc Moist


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ha ha ha ha... hari ini nak tayang kek harijadi eQa yang comot... kek yang memang menjadi kegemaran anak-anak dan selalu k.gee buatkan bila anak-anak berkumpul... kek yang senang dan ringkas tak perlu guna mixer segala bagai cuma godek-godek dan terus bakar... rasanya pun sedap dan sangat moist... cuma bab deko mendeko siang siang k.gee angkat tangan surrender... tobat tak pandai..!! setakat curah coklat ganache dan tabur sedikit hiasan tu bolehlah... hehehe


KEK CHOC MOIST
Resepi : Wana Yusuff Potret kasih

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko ( kalau guna serbuk koko yg berkualiti, 3/4 cawan je dah cukup)
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan air kopi ( rendam 1 uncang coffee dlm 1 cawan air panas dan sejukkan)
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 cawan minyak jagung

Cara penyediaannya

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Griskan dengan mentega pada acuan kek yang telah dialas dengan kertas minyak.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam sebuah bekas. Masukkan susu tepung dan garam. Kemudian dikacau rata.

3. Masukkan gula perang, air coffee, minyak jagung, esen vanila dan air sejuk. Kacau perlahan-lahan dengan whisk hingga gula hancur.

4. Tuangkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam adunan tepung tadi dan kacau dengan whisk perlahan-lahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul2.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan kek setelah kek masak. Kemudia boleh lah dihiaskan dengan topping yang disukai.

** Kek akan lebih lembab setelah dibiarkan semalaman di dalam bekas yang bertutup.



walaupun comot tapi sangat sedap tau...  
nyum...nyum...!!


6 comments:

Tie HT said...

cantiknya kek bentuk love :)

Sweet red cherry said...

salak kak gee..

kek coklat memang sentiasa sedap dan digemari ramai..dah cantik hiasan kek tu kak..hihi

ummiaisyah said...

kek coklat evergreen pujaan ramai...seronok la anak-anak kak Gee..mak pandai dan rajin masak!

Qasey Honey said...

glupp telan air liuq tgk kek sedap..xnmpk comot pon kak..
hppy belated besday Eqa..

cheq da said...

Very very dark colour keknya...tentu moist..

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

kt sini pn tyang kek cekelat..
dh la lama x bt...
rasa mcm mgidam la pulk...
hehehee...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015