Friday, February 21, 2014

Popia pisang


Salam pagi Jumaat yang mulia... mari bersama kita panjatkan doa untuk diri, untuk Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, untuk orang tua kita, keluarga kita dan sekalian umat Muhammad di atas muka bumi Allah ini... Sesungguhnya Jumaat adalah hari yang bermakna...


Jika ada rezeki yang lebih, mari kita sedekahkan pisang ke masjid-masjid... Buah pisang ada disebut sekali dalam al Quran... "Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)... Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga...



Hidangan paling ringkas dari dapur gee-hut hari ini... Popia pisang...dan salah satu menu yang tersiar dalam majalah Saji keluaran Mac 2014... sangat sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga...

POPIA PISANG


Bahan-bahan

• 4 keping kulit popia
• 4 biji pisang emas
• minyak - untuk menggoreng

Cara membuatnya

• Ambil sehelai kulit popia, balutkan pisang dan gulung. Goreng hingga kekuningan. Sedap dimakan bersama sos coklat, karamel atau aiskrim.


Jemputlah...

12 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kreatif betulah Gee... Boleh dicuba juga ni... makanan berkhasiat pisang tu :)

Tie HT said...

letak coklat memang mabeles kan :)

Sweet red cherry said...

salam kak gee..

wah, senangnya..nampak sedap pula tu bila makan dengan sos coklat kan..best2!hihi..

fuzidss said...

saya hanya boleh membayangkan sedang mengunyahnya... aduh lamanya 23 March hu hu

Suzana Ibrahim said...

anak-anak saya memang suka popia pisang ni,tambahan pula di cicah dengan sos coklat...best!

Angah said...

mmm mmm mcm nk try jeee

noni sukarno said...

salam singgah kak geee.. simple dan senang nak makan tak sangka semudah abc hiii

Anonymous said...

Assalamualaikum Gee wah mesti kunyah rangup2 rasa pisangkan...

Amie said...

Gee,
masih kuingat lagi first time makan popia pisang pada tahun 1996... daku yang jakun ini menyangka inti popia sama je seperti yang biasa kumakan... rupanya tidak! Masa mesyuarat di Hotel Perkasa, Kundasang 1996 dulu tu, punyalah suka dihidangkan popia... daku yang tamak haloba ini pun ambil 5 ketul! Rupanya isinya pisang! Itulah pengalaman yang tak dapat kulupakan hingga kini!

Unknown said...

popia pisang saya penah jugak buat ni kak gee..memang sedap makan panas2 berasa lidah nak telan pisang tu hehe..nak2 tambah parutan cheese wala wala..

popia pisang ni femes kat indon kan akak..!

fazianbatrisyia said...

dah lama nak try cam CMG & k gee buat....tapi tak terbuat2....suatu hari nanti

Unknown said...

Salam. Saya nak mnx izin save gambar boleh?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015