Wednesday, May 25, 2011

Huwaaaa.....dapor tak berasap

Huuuuu...sudah 2 hari tak ada air....macamana nak masak ni...? kedai makan pun banyak yg bertutup dek kerana masalah air ni.  harap2 petang ini settle lah masalah air... rimas betul laa....

Hepp...!! jangan fikir yang bukan2 pulak tau... lauk ketam ni bukan masak semalam tau... ini menu minggu lepas...sengaja tak posting sebab gmbar tak memuaskan lagipun lauk biasa2 aje tapi dek kerana nak update jugak blog harini...so hantam la labuu....heeee sori ek peminat... kot2 ada peminat laaa


Ketam Masak Lomak

Bahan-bahan:)
4 ekor ketam
1/2 labu bawang besar dibelah 3
1 batang serai dititik
10 - 15 biji cili padi ditumbuk halus
1 keping asam gelugor
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 paket santan 
garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :) 
1.Masukkan ke dalam periuk - ketam, cili padi, asam keping, serai, kunyit, bawang besar dan sedikit garam. Masukkan air, cukup untuk pastikan ketam tenggelam. Nyalakan api, biarkan mendidih, kacau sekali sekala hingga semua ketam bertukar warna menjadi merah. Masukkan sebuk santan, kacau hinga larut. Kacau berterusan selama 5 - 10 minit. Tambah garam secukup rasa. Sedia utk di hidang.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015