Sunday, May 29, 2011

Jemput laa...

Assalamualaikum... apa khabar semua? tentu seronok bila cuti sekolah begini anak2 berlonggok di rumah... terhibur dengan senda gurau dan hiruk pikuk mereka...cuma kekadang tu terasa letih dek kerana tak kering tangan dibuatnya dengan sinki dapor yg sentiasa penuh... huuuu

Petang tadi sempat buat jemput2 pisang untuk anak2... hajat hati beli pisang ni nak buat banana choc bottom cake yg tengah pemes sekarang ni di blog2 tukang masak... tapi tak kesempatan lagi sibuk bebenor dengan kain baju yang budak2 bawa balik dari asrama... rasanya 3,4 hari ni washing machine tu tak berehat laaa....nasib ko la mesinnnn

Jemput2 pisang

10 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kek/self raising flour
1 sudu gula
minyak masak

Cara :) hancurkan pisang dan masukkan kedua2 tepung dan gula.  Gaul rata.  panaskan minyak 
dan sudukan adunan, goreng hingga garing dan berwarna kecoklatan. Angkat dan boleh dihidangkan.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015