Pernah ke makan rebung madu ni? Akak pertama kali makan...rasanya lebih kurang rebung biasa saja. Rebung madu ini didapati daripada pokok buluh madu yg sangat popular di negeri2 di utara. katanya pokok buluh madu ini tidak miang macam buluh biasa tu dan selain daripada boleh dimakan pokok buluh ini juga boleh dibuat pokok hiasan dan kraftangan... ermmm istimewa pokok ni...
Baru2 ini Felda ada menganjurkan SIMEX (Simposium dan Ekspo IKS) di EC Mall Kuantan. Sambil jalan2 tu akak pun belilah rebung madu ni...kebetulan memang suka makan rebung...orang kata masak dengan perut sedap...tapiiii akak tak suka perut so masak lemak rebung dengan ikan aje...ala-ala gulai darat gitu....sodap jugak!! Meh tengok resipinya...
Rebung madu masak lomak
1 ekor ikan tongkol dipotong pendek dan direbus dengan garam dan asam.
2 cm kunyit hidup ) tumbuk
2 cm lengkuas ) tumbuk
250 ml santan pekat
5 biji cili padi atau cili hijau.
Cara-cara:
Masukkan semua bahan yg ditumbuk bersama rebung madu ke dlm periuk, gunakan api sederhana. Masukkan santan. Kacau2 hingga naik minyak Masukkan sedikit air. Bila dah mendidih masukkan ikan yg direbus tadi. Didihkan dengan perlahan2..kemudian masukkan garam secukup rasa. Boleh tambah 1 sudu besar gula (jika suka) dan 1-2 keping asam keping. Boleh masukkan juga 2 biji cili padi/hijau. Renehkan dalam 10 minit-15 minit dah boleh angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment