Selamat pagi semua... sudah sarapan ke hari ini? Kalau sudi marilah sarap sama2 makan kuih melayu, kuih bakar kentang berperisa pandan...mmm lemak berkrim kesukaan ramai...
Kuih Bakar Kentang Perisa Pandan
* 2 cawan tepung gandum.
* 1 cawan gula halus
* 2 biji kentang (direbus dan lecek)
* 4 cawan santan
* 1 cawan air
* 3 biji telor
* 3/4 sudu teh essen vanilla
* 1/2 sdu teh garam
* daun pandan
* sedikit mentega atau minyak
Cara-caranya:-
* Panaskan ketuhar dalam 180'C.
* Loyang disapu dgn mentega lalu dipanaskan dalam ketuhar sebentar.
* Pukul telor dengan gula sampai kembang. Masukkan essen vanila, santan, garam dan air padnan lalu kacau sehingga sebati.
* Masukkan tepung dan kentang, lalu kacau lagi.
* Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 40-50 minit atau sehinga masak.
* Setelah sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.
No comments:
Post a Comment