Friday, May 6, 2011

Ikan goreng taucu

Salam Jumaat semua.  Alangkah cepatnya masa berlalu...rasanya baru sahaja Jumaat minggu lepas jemput anak di asrama...dah muncul Jumaat lagi... apapun syukurlah kita masih diberi peluang bernafas dan menghirup udara di bumi ciptaan Allah swt ini... semoga peluang yg ada ini dapat kita beribadat dan mensyukuri segala nikmat kurniaaNya...


Menu ringkas hari ini ikan cermin goreng taucu...kebetulan ketika berjogging di tepi Pantai Sepat petang kelmarin terserempak dengan sang nelayan pantai yg baru pulang dr laut...agak tersentuh hati melihat hasil tangkapan mereka yg tidak sebanding dengan titik peluh yg mengalir...demi mencari sesuap nasi dan membesarkan anak2 ibubapa berkorban apa sahaja...apakah kita sanggup berkorban untuk mereka?Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. . Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa.  

Jom tengok resipi Ikan Cermin Goreng Taucu

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cermin ~ ikan2 lain pn boleh digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ dihiris
2 biji cili padi ~ dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugor
2 camca besar taucu
Air ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa(jika perlu)

Cara penyediaan:

1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan sos tiram dan juga taucu. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan air dan masukkan asam keping/gelugor.
4. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula.
5. Bila kuah agak pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015