Monday, May 9, 2011

Kuih sagu @ bronok

Assalamualaikum..salam Isnin semua...menu petang ini kuih sagu atau di setengah2 tempat memanggil bronok. Kuih melayu yang paling mudah dan ringkas. Meh tengok resipi nya.


Kuih sagu @ bronok

1 cawan sagu mata ikan
3 cawan air
3/4 cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut (agak muda)

Basuh sagu mata ikan dan rendam 10 minit.  Didihkan air di di dalm periuk, apabila mendidih masukkan pewarna merah dan gula.  Toskan sagu dan tuang ke dlm periuk tadi.  kacau rata seketika dan biar agak pekat.  Angkat dan tuang ke dalam acuan.  Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa.



No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015