Sunday, October 23, 2011

Choc oreo brownies


Selamat pagi minggu semua...sarapan apa yer pagi ni? mulanya plan nak pegi berjogging dengan en hb tapi hari hujan pulak... urrrmmmm jogging depan TV ajelah sambil exercise mulut dengan chocolate oreo brownies yg sedap nih.... jom layannnn


Masa anak2 cuti ini lah nak masakkan menu fav diorang kan... biasalah...coklat memang kegemaran anak2... kebetulan ada lagi oreo baki buat cookies hari raya ituhari.... godek2 la brownies ni... resipi akak tengok di majalah Sedap.... cuma akak olah sikit dr pisang ke oreo... ermmm memang sedap!!


Brownies ni lebih ringkas dan mudah nak sediakan berbanding dengan kek... tak perlu nk putar lama2 cuma godek2 aje...cepat dan senang kan? Jom kita tengok resipinya....


CHOC OREO BROWNIES
Resepi : Majalah SEDAP vol.4 2011

Bahan :
75 gm marjerin/butter
200 gm coklat masakan - dipotong2
100 gm pisang emas - kisar (akak tak buh tukar dgn oreo kisar)
2 biji telur
100 gm gula pasir
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm kacang gajus cincang
75 gm cip coklat
15 gm hirisan badam untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Panaskan marjerin.  Matikan api.  Maukkan potongan coklat masakan.  Kacau hingga larut.  Masukkan pisang (oreo kisar) , kacau rata. Ketepikan.

2. Campurkan telur, gula, campuran coklat, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yg telah diayak.  Pukul perlahan.  Masukkan kacang gajus dan cip coklat.  Kacau rata.

3. Tuan ke dalam loyang 30x10x4 cm yg disapu marjerin dan dialas kertas minyak.  Tabur hirisan badam.

4. Bakar selama 40 min dengan api bawah suhu ketuhar 180`c sehingga masak.  Sejukkan.

nyam...nyam..!!

3 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sesuainya untuk minum petang ni.

Juwita Jamaludin said...

salam kak gee.. beberapa hari tak berblog tngok macam2 menu menarik akak.. brownies pun best.. boleh la cuba gak nanti InsyaAllah

ijan said...

Salam Akak,
saya pun suka resipi mudah nak godek2 macam ni. tak perlu guna mixer bagai. cepat buat cepat boleh makan :)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015