Wednesday, October 19, 2011

Opor


Masa bertugas di Pameran HALFEST baru2 ni, sempat juga ronda2 melihat produk keluaran usahawan Bumiputera.... banyak sebenarnya produk2 orang Melayu yang boleh diketengahkan dan ada potensi menembusi pasaran ekspot, cuma satu yg menjadi kelemahan usahawan kita ni adalah masalah komunikasi dan marketing skills sangat lemah... apapon tahniah kepada usahawan2 yg sangat gigih dan kuat semangat membangunkan perniagaan masing-masing...


Opor Pahang ni antara rempah keluaran usahawan Pahang yang k.gee beli di Halfest tu... siap beli 3 bungkus lagi... Ayam opor ni masak untuk besday mak semalam, makan dengan pulut... ermmm sedap!!  Memandangkan opor ni rempah segera, senang saje menyediakannya... cuma tambahkan ayam atau daging, santan dan garam.  Renihkan 20-25 minit... siap.  Kalau suka boleh taburkan daun kunyit yg dimayang halus.
Mmmmm memang berbaloi....

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..nampak sedap gak lauk ni..sesuailah sesekali dikala tak berkesempatan nak duk lelama kat dapur kan....

Nieza said...

menarik dan sedap lauk opor ni kak...senang dan cepat dimsk kalau guna rempah segera ni.