Thursday, October 20, 2011

Pekena sup tulang


Bila sejuk2 begini dapat hirup sup sedap juga yer... terasa hangat sikit badan...


Sup tulang bersama pegedil daging dan sambal kicap...  mmm sedap!!


SUP TULANG
Sumber : MyResipi

Bahan-bahan ( 4 orang )


500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara 1.Mula-mula cucilah tulang temulang. 2.Kupas bawang putih. Pastu bersihkan. 3.Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus. 4.Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih. 5.Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe.. 6.Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. 7.Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe.. 8.Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. 9.Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula. 10.Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


jom slrupppp.....!!

4 comments:

tun_telani said...

kak gee.. kalau kat umah tun kt kampung, time raya haji je ada sup tulang nii.. hehe... tp tun x makan daging, jd mmg x mkn la sup tulang nih. tgk adik beradik tun duk ngadap bukan main sedap.

Mieza said...

kak gee..mieza datang ni..lapar dari pagi belum makan..ingat nak lunch kat umah kak gee makan sup tulang..boleh tak?

waaaa tk sabar nak raya haji..dapat tulang boleh wat sup cenggini :)

AZLITA AZIZ said...

Sup tulang sedapnya...
dah lama ita tak makan sup tulang..
Ni kalu cicah roti pun sedap ni.. mau bertambah2 makan...

nanti boleh lah ita cuba resepi ni..
adoii.. terliur lah pulak!!

nuwairani ismail said...

aih....ada begedil + sambal kicap la pulak...kalau nani, ratah sup saja pon sedap aje...sllrp!