Tuesday, October 4, 2011

PMR 2011 bermula...

Assalamualaikum,

Hari ini kak gee nak kongsikan satu amalan yang baik yang kak gee dapat dari fb MataHati AinulQalbi semalam...

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.


Doa ayah bonda mengiringimu anakandaku....

2 comments:

Ayu said...

Semuga anak2 semuanya berjaya & dapat menjawap soalan2 dengan senang ya gee..thanks for the tips tu & thanks juga for the wishes untuk hasif..

Mieza said...

semoga anak2 kita diluar sana sentiasa berjaya dengan cemerlang..TQ utk ilmu yang berguna ni kak gee..tahun depan anak sulung mieza nak upsr..boleh lah amal kan surah2 ni :)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015