Tuesday, October 18, 2011

Selamat Hari Lahir Mak


Selamat hari lahir buat mak yang ke 64 tahun.... semoga mak diberi kesihatan yg baik dan bahagia selalu dan semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah swt... terima kasih atas penat lelah, jasa bakti dan kasih sayang mak kepada kami yg tak mungkin dapat kami membalasnya.... serta amponkan dosa2 kami samada yg kami sedari atau tak disedari.... kami semua sayang mak...


Mak memang sukakan kek buah jadi akak buatkan kek buah berkeju ini khas untuk harijadi mak hari ini... sedap tau... rasanya taklah manis sangat dan texturenya sangat lembut... lemak2 lagi rasa cream cheese tu... memang sedaplah... Jutaan terima kasih buat CMG dengan resipi yang sangat sedap ini... minta izin yer dari bang mat kongsikan resipi di sini pulak yer... tenkiu


Kek buah bercheese
sumber : Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-

240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-

1.Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2.Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.

3.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.

4.Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.

5.Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...


 jemputlah..!!

4 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
Selamat hari lahir buat mak akak... Moga pajnag umur.. sihat tubuh badan... serta sentiasa d rahmati dan d bwh lindungan Allah S.W.T.. Amin...

wah ada kek buah bercheese..
x perna lg buat nie.. nampak sedap

Gee® said...

cubalah Diana, sedap...

Qhaifa Nur said...

selamat hari lahir buat bonda Gee..
moga panjang umur & cihat selalu

sedapnya kek buah tu..

Lieya said...

Emmmm sedapnye.... hepi birthday to bonda gee...