Tuesday, January 31, 2012

dari Arab ke kota London...


Apa kata hari ini kita menjamu selera western style... boleh gitu ? Amboiiii.... bukan main lagi k.gee ni... arab la western lah... heeee nk pergi entah bila gamaknya... jalan2 dalam mimpi ajelah yerk...



Sebenarnya menu ini khas untuk cik abang sayang yg semalam tak berapa sihat... mulalah dia request menu yg pelik2... no nasi tapi nk makan ikan dengan kentang katanya... puas juga k.gee fikir nk masak menu apa... haaa!! kebetulan k.gee baru redeim pan dari parkson so kira-kira majlis pecah dara lah semalam... kikkikkik.. K.gee sediakan fillet ikan tenggiri ala-ala pegedil bersama mashed potato dan salad... western la kunun...ahaks!!

Homemade Fillet Ikan

Bahan-bahan :
2 keping ikan tenggiri - ambil isinya sahaja
2 biji ubi kentang - rebus
Daun sup, Daun bawang - hiris
3 sudu bawang goreng
2 biji cili merah - hiris
Sedikit serbuk lada hitam
Garam

Cara penyediaan :

Gaulkan semua bahan hingga sebati dan bentukkan ikut bentuk kesukaan. 
Panaskan kuali/pan dan masukkan sedikit butter.  Goreng fillet hingga kekuningan
dan masak. Angkat dan hidangkan bersama salad, tomato dan
mashed potato. Boleh juga tuangkan sos kesukaan.

Jom western...

Monday, January 30, 2012

Nasi arab Al Jawaher... gaya Malaya


Salam Isnin semua... macam sekelip mata saja bulan Januari sudah sampai ke garis penamat... rasanya baru lagi sambut tahun baru 2012 kan... Semoga mendapat ruang waktu yg cukup untuk menyempurnakan tugas2 yg belum selesai... InsyaAllah



Salam sayang buat K.Ummi HSH.... hugss!! heheeee.... Hasil tayangan perdana nasi arab al Jawaher dari dapor K.Ummi ituhari, k.gee asyik termimpi-mimpi saja... pertama mimpi berdating dengan k.ummi keduanya mimpikan nasi arab yg mengancam jiwa raga tu... hishhh....macam orang angau pulak... mungkin kita ada chemistry kot k.ummi.... seronoknya k.gee kalau dapat berkenalan rapat dgn k.ummi chef pujaan hatiku... nanti bolehlah k.gee menuntut ilmu masak memasak dr k.ummi, you all jangan jeles tauuu.....!!



Terima kasih K.Ummi, hari ini gee pulak nk promo nasi arab al jawaher tu.... sedap, senang dan memang berbaloi... dan gee share resipinya di sini pulak yer k.ummi... sharing is caring.... muahhhhsss!!



NASI ARAB AL JAWAHER

Resepi : Rempah keluaran Restoran Nasi Arab Al Jawaher, Kuantan
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (berdasarkan pada paket rempah):-


1 kg beras rebus/beras basmathi (+- 5 1/2 cawan)
1 kilo daging/1 ekor ayam - akak guna ayam yang dipotong 10 bahagian.
air untuk nasi secukupnya (akak letak 6 cawan)

Bahan Tumis:-

1 paket Rempah Nasi Arab al Jawaher
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
2 biji buah tomato - didadu atau 2 sudu besar tomato puri (*akak letak keduanya)
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
sedikit halia - diketuk (akak letak 4 inci)
sedikit lengkuas - diketuk (akak letak 2 inci)
sedikit garam dan gula
sedikit kismis, gajus dan bawang goreng untuk hiasan.

Cara Memasak:-

Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan buah tomato yang didadu, kacau rata dan masukkan tomato puri, halia, lengkuas dan rempah nasi arab Al Jawaher. Kacau perlahan hingga naik bau dan berminyak.
Masukkan ayam atau daging dan masukkan sedikit air. Masak hingga empuk.
Masukkan garam dan gula dan kacau lagi hingga sebati.
Jika ayam atau daging telah masak, angkat untuk digoreng dalam minyak terendam atau biarkan saja di dalam periuk.
Masukkan beras rebus/basmathi kacau rata sebentar.
Masukkan air secukupnya dan biarkan nasi dan daging/ayam masak sepenuhnya. Kac
au sesekali sahaja, jika menggunakan basmathi kerana dikhuatiri hancur.
Semasa menghidang, taburkan kismis, bawang goreng dan gajus sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama air sambal tomato dan acar timun.

SAMBAL TOMATO NASI ARAB:-

(resepi dari paket rempah Nasi Arab jugak)

Bahan:-

3 biji buah tomato masak
3 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
sebatang daun ketumbar + akarnya
garam secukup rasa

# Semua bahan dikisar bersama hingga sebati


K.Ummi... jom dating kat
Restoran Nasi Arab Al Jawaher...
gee belanja...



Saturday, January 28, 2012

Cucur gula merah


Cucur gula merah ini menu sarapan pagi tadi... kalau nak buat untuk minum petang pun boleh juga... makan panas-panas gandingkan dengan teh-o kurang manis sambil sembang-sembang ... ermmmm sesuai sangat lah tu...  cubalah....



Cucur ini k.gee cedok dari dapor Ita Masam Manis... kalau nak tahu k.gee memang suka selongkar dapor Ita...ops! dapor alam maya lah, dapor sebenar tak pernah masuk lagi... heeee... cuma cucur ini k.gee ubahsuai sikit ikut citarasa tekak k.gee... Kalau nak mencuba jom ikut ke dapor k.gee...



CUCUR GULA MERAH
Adaptasi : Ita Masam Manis, Kak Fida, My Resepi
Olahan : 

Bahan2:

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair (k.gee tak letak gantikan dengan gula merah)
garam secukup rasa

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.

Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan

Angkat cucur dan hidangkan.

Friday, January 27, 2012

Singgang daging


Malam ini layan singgang daging saja... badan terasa letih dan mata mulalah mengantuk...  Selamat malam semua, beta nak masuk beradu yer... Tata!!

Singgang Daging

BAHAN-BAHAN


1 kg daging
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diris
3 inci lengkuas dihiris
1 inci kunyit hidup dihiris
1 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar
air untuk merebus
2 keping asam keping
cili padi
1 biji tomato (jika suka)

Cara penyediaan

1. Rebus daging bersama bahan2 yg dihiris, ketumbar dan juga asam keping.

2. Kemudian masukkan cili padi dan tomato yg dipotong 4. biarkan mereneh, jika perlu tambahkan air.   masukkan garam dan gula secukupnya.  Sedia dihidangkan.



Dek kerana mata lagi...


Yes...yes...yes!! mabeles...mabeles...mabeles... memang tak rugi buat kek yang memang sudah lama femes amos ini... k.gee aje yg ketinggalan ketapi.... memang dah lama juga meronta2 nak buat tapi  takut kecundang... maklumlah budak baru belajar.... kan? Tapi... dek kerana mata yg bundar ini (ahaks...perasan) memang sah k.gee kecundang.... tewas dek gagal mengawal nafsu dietku... aduhaiii.... sangat kagum dengan hasil tangan Kak Wan @resipicitarasawan, E-nalovely kitchen, Ita Masam manis dan beribu-ribu lemon lagi chef2 yg semuanya buat kek yg encem2 belaka... pendek kata semua yg sudah mencuba kek ini hasilnya memang mengancamlah...  terima kasih semua....


Kek karamel zest k.gee ini rakan sepejabat yg beri nama... asalnya daftar nama kek karamel oren saje tapi tak happening lah kata cik sue... kebetulan memang kek ini kak gee masukkan parutan kulit limau dan juga perisa lemon... sesuai sangatlah nama tu... walaupun keknya tak lah se encem kek sifu2 sekalian tapi nama kena ada umph... baru ada class....!!  (hahaha....perasan lagi....)

  
Memandangkan ramai yg sudah mencuba kek encem ni, jadi bolehlah semak resipinya di dapor2 mereka yer... terutama yg sudah k.gee list kan di atas... k.gee memang tiru sebijik sebjik resipi dan gaya mereka itu...harap halal yer chef2 sekalian.... Siapa yg sudi jom tengok kek karamel zest ku ini....



kui...kui...

encem tak? heee....


Sooooo....yummy!!


Thursday, January 26, 2012

Dari kerana mata....


Lirik Lagu Dari Kerana Mata - R Azmi

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata
Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Haaa...tu dia!! pepagi lagi k.gee sudah pasang lagu retro macam Radio Sinar walaupun k.gee bukanlah peminat Radio Sinar.... heeee.... tapi lagu ini adalah rentetan daripada mataku ini yang terpesona menatap nasi hujan panas si CT Delima tu lah.... sampai dekat 10 kali dok telan air lior... naik kembong perut ni... mata pon dah naik juling asyik belek2 kat nasi yg jelita tu... adoyai Ct Ct....


Tapi kenapa nasi hujan panas k.gee ni kaler pink.... ops sori yer.... k.gee tak buat nasi hujan panas sebab tak cukup bahan... jadi nasi minyak sempoi jer...  kaler pink tu pulak sengaja biar nampak feminin kan.... ahaks!


Nasi minyak ini k.gee gandingkan dengan kari ayam kampong dan acar timun... kira sehati sejiwa la tu... ok mari kita tengok resipinya...


NASI MINYAK SEMPOi...gaya gee-hut

Bahan:

1 mangkuk beras basmathi
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
Sehelai daun pandan ( disimpul )
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 cawan beras
3 cawan air
Garam secukup rasa
Warna pink

Cara:

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Masukkan daun pandan, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Biarkan sebentar.

Masukkan beras, air, garam dan warna pink. Kacau kemudian ditutup dan biarkan kering dan hingga nasi masak. Hidangkan dengan kari ayam dan acar timun.

Wednesday, January 25, 2012

Mari dinginkan tekak...


Salam siaran semua... syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk menyedut udara pagi hari ini.  Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan Rabiulawal... sedikit hari lagi kita akan menyambut hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.... selawat buat baginda...


Masih mood bercuti ke...? maklumlah 4 hari bercuti sempena CNY... kepada yang sudah kembali bertugas, selamat bertugas dan mari kita mulakan kerja hari ini dengan bismillah....


Hari ini k.gee cuma sediakan hidangan pencuci mulut... agar-agar pandan... agar-agar ini k.gee buat 2 warna; satu k.gee tambahkan pandan dan warna hijau dan satu lagi santan sahaja dan warna putih... bila dah dipotong tu jadi macam ketupat pulak... yang selebihnya kak gee masukkan dalam acuan bunga ros... Mari kita semak resipinya...


Agar-agar pandan

Bahan untuk agar2 putih:
10gm agar-agar, 1 cawan santan, 1/2 cawan gula, 1 liter air

Bahan untuk agar2 hijau;
10gm agar-agar, 1 cawan santan, 1/2 cawan gula, 1 liter air pandan


Cara-cara
  1. Untuk lapisan putih : Masak serbuk agar2 bersama air dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan santan dan biar mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. Untuk lapisan pandan : Masak serbuk agar2 bersama air pandan dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan santan dan biar mendidih.
  4. Tuang bancuhan hijau ke dalam loyang dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras. Potong dan hidangkan.
Siap.... mari kita ngap!

Monday, January 23, 2012

Selera kampong...


Pagi ini sempat meronda ke dapor Masam Manis... teruja tengok jemput-jemput pisang roti yg Ita hidangkan untuk sarapan anak2nya... Walaupun nampak simple tapi cukup berkhasiat... ada pisang, roti dan kismis.... memang berbaloi lah kalau makan.... perut kenyang badan pon sihat... tak gitu Ita? Kreatif betul la Ita tu... memang betol kata CMG... sentuhan Ita ada class!! Tabek Ita...! ops... bukan bodek yer...


Kita tinggalkan dulu kisah Ita dan jemput pisangnya... hari ini menu sarapan k.gee menu biasa-biasa saje... lempeng nyior cicah dengan sambal lada.... emak yag sediakan... pepagi lagi k.gee dh dengar mak kupas kelapa dan kemudian diparutnya... godek2 tepung dan goreng... anak cucu masih lena dibuai mimpi pagi... itulah emak kan... dari muda sampai ke tua tak pernah lupa untuk mengisi perut anak2... sayang emak.....


Sangat mudah nak sediakan lempeng nyior ni.... bancuh tepung gandum dengan kelapa parut dan air garam macam nak buat cucur bilis tu... godek2 dan goreng.  Sediakan pencicahnya, air lada... cili giling, bawang putih, cuka dan gula.  masak hingga pekat.  Siap.  Kalau ada kuah kari semalam pon boleh dicicah dengan lempeng nyior ni... sedap, cubalah....

Sunday, January 22, 2012

Ayam goreng berempah...n3 tertunda


Sebenarnya ayam goreng berempah ini gandingan nasi lemak menu bf semalam... dek kerana kelam kabut tak sempat nak masukkan n3... resipi ayam goreng ni memang sedap bukan saja boleh dimakan bersama nasi lemak, meratah pon sodap... tambah dimakan panas2 sebaik digoreng.... ermmmm sedapnya hingga menjilat jari u... Resipinya k.gee campak2 jer ikut bahan apa yg ada.... heeee malas nk ke kedai, jalan jammed...



AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong kecil)

Bahan 1(dikisar)


1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
½ sudu jintan manis
1 sudu ketumbar

Bahan 2
daun kari
garam n gula


Cara-cara memasak

1.Gaul ayam dengan bahan2 yg dikisar, tambahkan garam dan gula.  Perap. selama 1 jam.
2.dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing.
3.Masukkan daun kari.
4.Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas
 
 
harum bau daun kari digoreng... membuka selera u...


Saturday, January 21, 2012

~ 21.1.12 ~ Layan nasi lemak


Assalamualaikum.... salam pagi Sabtu semua... tentu ramai yang mengambil kesempatan cuti CNY bawa anak2 bercuti.... kami bercuti balik kampong aje.... masih lagi aktiviti di dusun doyan... lepak2 sambil makan dan mandi sungai... hoyay!! 


Nasi lemak ayam berempah ini menu sarapan pagi tadi.... layan anak2 yg balik bercuti.... riuh rendah rumah bila dah ramai berkumpul... pendek kata tak keringlah tangan asyik ke dapor jer... sebenarnya anak-anak punya hal, kita tak terasa penat pon...janji diorang seronok dan kita ibu bapa rasa bahagia... ok, jom layan nasi lemak....




NASI LEMAK

Bahan untuk nasi:-


2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
secubit garam

Bahan untuk sambal:-

6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam n gula

Bahan sampingan lain :-

Ayam goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara 1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa. 2.Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak. 3.Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi. 4.Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat

Alhamdulillah... licin


Friday, January 20, 2012

Puff sardin


Bertemu lagi di pagi Jumaat yg penuh baraqah... Semoga Allah permudahkan segala urusan hari ini... Tak dapat nak celoteh panjang2 sebab ada perkara penting yg perlu diuruskan... Harap2 semuanya berjalan lancar, doakan k.gee yer... Jom layan puff sardin  ala kadar k.gee tu yer...


PUFF SARDIN

Bahan-bahan :


1 bungkus Pastry Kawan
1 tin sardin besar
2 labu bawang besar - mayang halus
2 biji cili padi
1/2 st gram halus
1 sb jus limau nipis

langkah-langkah membuat:

1. Hancurkan isi sardin. Ketepikan kuah sardin .
2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi dan campurkan semua bahan di atas. Gaul sebati .
3. Ambil sekeping pastry dan bubuh inti sardin di atasnya. Lipat dua. Kelar dengan pisau.
4. Sapu dengan kuning telur.
4. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 20 minit. Angkat setelah kuning keemasan.




Thursday, January 19, 2012

Nasi goreng bunga kantan


Selamat pagi semua.... alhamdulillah pagi ini bangun awal masak nasi goreng bunga kantan... kalau nak beli bunga kantan memang mahal... yang ini kutip di belakang rumah emak ituhari, banyak betul bunganya... sesiapa yg berhajat nak masak laksa penang tu bolehlah datang kampung k.gee ambil bunga kantan free yer... heee


Nasi goreng bunga kantan ini ala-ala nasi goreng kerabu.... kalau suka bolehlah tambahkan sayur2an.... k.gee tak buh sebab tak ada stok sayur... kalau pepagi ni kira masak cincai aje... campak2 dalam kuali tu.... nak deko2 pon tak sempat.... ada juga buat nakal kekadang tu.... ambil gambar di opis semata-mata nak hapdet blog... syyyyy jangan bagi tau bos yer, mau dibelasahnya k.gee nanti.... Ok, jom layan resipi pulak....



Nasi Goreng Bunga Kantan


2 mangkuk nasi sejuk
3 kuntum bunga kantan dihiris halus
5 biji cili padi ) tumbuk
2 ulas bawang merah ) tumbuk
semangkuk kecil ikan bilis  ) tumbuk
Sedikit belacan ) tumbuk

Cara-caranya:

Panaskan 2 sudu besar minyak.  tumis bahan yg ditumbuk.  masukkan bunga kantan dan goreng seketika.  masukkan nasi, gaul rata hingga naik bau. Siap.



Mari kita ngap....!!
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015