Showing posts with label Nasi impit. Show all posts
Showing posts with label Nasi impit. Show all posts

Sunday, July 8, 2018

Nasi impit sambal ikan


Tak habis-habis lagi beraya... ? hamboiii.... 
Belum lagi kak... sanak saudara kan ramai... utara selatan timur barat semua ada... sahabat handai lagi... ipar duai lagi.. saudara belah suami lagi.. haa! itu sebabnya beraya sakan sampai 30 hari taw... ha..ha..ha..! 


Nasi impit sambal ikan ni juadah popular di sebelah Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan... sambal ikan ni ala-ala serunding cuma rasanya lebih manis kerana dimasukkan gula kerek atau nisan dalam resepinya... maklumlah orang Pantai Timur memang gemarkan masakan yang manis-manis semanis orangnya... ahaks...



Sambal Ikan aka serunding

1 kg ikan selayang/ kembong -  rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk
1 sudu cili kisar
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 ulas bawang putih
5 batang serai

Cara2

1. Panaskan kuali dan tumis bahan2 kisar.
2. Masukkan ikan dan kelapa yg sudah ditumbuk hancur.
3.Masukkan juga cili kisar. Kacau rata
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya.  kacau rata menggunakan api sederhana sehingga kering.  
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.


Selamat Hari Raya...
syukur alhamdulillah... selesai menunaikan puasa sunat di bulan Syawal...

Monday, July 6, 2015

Sayur Lodeh


Salam 19 Ramadhan... 

Sedar tak sedar kita sudah hampir sampai ke fasa terakhir Ramadhan... Bersamalah kita terus beribadah, berzikir, munajat dan berdoa semoga direzekikan bertemu Malam Lailatul Qadar.. amin Ya Allah...  


Hari ini layan menu ala ala juadah raya gitu... tak sabar nak raya ke...? hehehe... bukan dik... k.gee memang gemarkan makanan berkuah waktu berbuka puasa... selera sangat kalau dapat hirup kuah terutama kuah lodeh yg sarat dengan sayur-sayuran...  kalau boleh setiap hari nak buat menu berkuah tak kiralah mee ke, bihun atau nasi janji boleh hirup kuah yg banyak... taklah kering sangat tekak setelah seharian berlapar kan?

Apap pun sayur lodeh memang menu wajib di pagi raya... selalunya emak akan sediakan ketupat, rendang sambal kacang dan serunding untuk dihidang bersama sayur lodeh... bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing...  



SAYUR LODEH

1 keping tempe - dihiris dan goreng sebentar
3 keping tauhu - dipotong kecil dan goreng sebentar
5 batang kacang panjang
1/2 biji kobis
1 biji karot
1 paket suhun
1 paket fucuk
1 biji sengkuang
1 batang serai - dititik
2 biji cli merah - hiris
100 gm udang basah
1 liter santan cair
1/2 liter santan pekat
Garam secukup rasa
1 ketul kiub ikan bilis
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar/tumbuk

1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan :

1. Sayur-sayuran dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan cair dan sayur2an serta cili merah.  Masak hingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, udang, suhun dan fucuk.  Kacau.
5. Bubuh garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan sayur layu.
6. Sesuai dihidangkan bersama nasi impit atau lontong, sambal tumis atau kuah kacang.


Sesuai untuk hidangan di pagi lebaran...
Selamat mencuba...



Thursday, August 7, 2014

Nasi impit kuah kacang


Ketupat atau nasi impit sama kuah kacang memang menu sinonim di hari raya... zaman dulu-dulu kena menganyam daun kelapa untuk buat ketupat... pernah juga terjadi ketupat tidak keras-keras malah menjadi bubur sebab tak cukup isi beras dalam anyaman... sekarang tidak susah lagi nak makan ketupat... beli saje ketupat segera tak perlu cari daun kelapa, tak perlu anyam menganyam tak perlu sukat beras... beli dan rebus... hanya perlu sediakan kuah kacang atau apa-apa bahan pencicahnya.... mudah kan?  


K.gee pernah belajar menganyam ketupat dengan arwah nenek dulu sampai berbelit-belit jari jemari... terhegeh-hegeh... puas lilit sana lilit sini... kadang-kadang jadi ketupat satay, kadang-kadang jadi ketupat bawang... kadang-kadang langsung tak menjadi.... hehehe... masa nak shooting kelmarin, k.gee cubalah kot-kot skill menganyam tu ada lagi... cer tengok ketupat daun kelapa tua k.gee tu menjadi tak..? haha...


Itu ketupat daun main-main saje... yang dalam mangkuk tu bukan ketupat daun kelapa tapi ketupat segera @ nasi impit gitu... beli, rebus dan makan... Kuah kacang tu encik Laling yang tolong buatkan kerana kebetulan hari itu jari k.gee terluka... terus k.gee jadi pengarah je suruh hb buat itu dan ini... k.gee tolong kacau-kacaukan kuahnya dan tolong rasa... wah! sedap kuah kacang encik Laling... caya lah...


RESIPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng bersama minyak hingga garing dan blender
Air secukupnya
Garam dan gula
Asam jawa
1 batang serai dititik

Bahan kisar :-

4-5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
10-20 tangkai cili kering

Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 kisar dan serai yang dititik hingga garing dan bangkit baunya.

2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi. Kacau perlahan2.

3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya. .

4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi impit.


Aura Raya masih ada lagi kan... jom pekena nasi impit kuah kacang....

Thursday, January 23, 2014

Nasi impit Sambal Ikan


Ahai... pagi-pagi lagi perut sudah bunyi lagu keroncong.... keriuk sana keriuk sini... huh!! teringat menu sarapan popular di Pantai Timur nasi impit cicah sambal ikan... sedap lagi kalau dapat nasi impit yg lembik sikit... k.gee malas nak buat nasi impit... beli ketupat segera saje dan rebus...  


Sambal ikan ini tidak susah membuatnya cuma agak cerewet sikit... ikan perlu direbus, dibuang tulangnya dan dikisar... kelapa parut juga perlu digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk... begitu juga bahan-bahan yg lain... kemudian baru disatukan dalam kuali dan perlu dikacau dengan api perlahan sehingga kering... tak perlu terlalu kering biar lembab-lembab sikit... kalau sekilo ikan memakan masa lebih kurang 2-3 jam juga untuk siap... hehehe... letih menyediakannya tapi yg penting sedap dimakan... kaaann!!
 

Tak usah cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat Kak Na yg berkongsi resepi sambal ikan temurun arwah ibunya dengan k.gee... sedap banget...



SAMBAL IKAN

1 kg ikan selayang/ kembung - rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk halus

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 batang serai
gula melaka/ gula merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara2

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak sehingga kering macam serunding. Sesuai dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat segera.


Jom sarapan....


Wednesday, June 5, 2013

Aura Raya sudah mari...


Wah! macam menu pagi raya... ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang dan sate goreng... bila anak-anak bercuti dan berkumpul di rumah k.gee suka masak yang special sikit buat mereka... sekali sekala kan... muahh..muahh ! sayang emak.... kata eQa.... 


Hajat di hati nak makan nasi impit bersama sate goreng... sate tu k.gee tempah dari seorang kawan sepejabat yang memang pakar bab sate menyate ni... katanya resepi sate goreng ini resepi turun temurun keluarga mereka... setiap kali menyambut hari raya sate goreng memang menjadi menu wajib di meja... K.gee tempah dan goreng sendiri di rumah... sedap sangat taww...!


Kuah lodeh ini pulak khas untuk bonda k.gee yang tak suka makan ayam... ayah k.gee pulak 'pantang' tengok menu yang berasaskan kekacang ni... dia paling suka! dua tiga kali dia meratah dan menghirup kuah lodeh tu... padahal lodeh k.gee ini tak cukup bahan, terlupa beli tempe... Apa pun k.gee bersyukur dan berpuas hati sebab menu yang k.gee sediakan menambat selera keluarga... itu yang penting kan....


Ini resepi kuah lodeh dan kuah kacang versi simple dari gee-hut yer... sate goreng dan nasi impit tak ada resepi yer sebab impot punya... hehehe

RESEPI KUAH LODEH Gee-hut

Bahan-bahannya :~

4 keping fucuk - potong kecil dan rendam
2 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng sekejap
1 bungkus soo hoon - potong kecil dan rendam
1 bungkus tempe - potong kecil dan goreng sekejap
Semangkuk kobis bulat yang dihiris sederhana
1 biji sengkuang saiz keci -  hiris memanjang
5 batang kacang panjang -  hiris serong cuci dan toskan
1 batang lobak merah - hiris memanjang
1 mangkuk udang hidup
1 kiub pati ikan bilis
2 biji cili merah - dihiris
2 batang serai -  diketuk
1 mangkuk santan pekat
air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ksiar :~
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara-cara :


Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, kiub ikan bilis dan serai yang diketuk hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan air biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan pekat secukupnya untuk kuah. Guna api sederhana, bila kuah mendidih masukkan udang hidup dan sayur-sayuran.  Kacau rata.  Masukkan juga tauhu dan tempe yang digoreng, fucuk serta soo hoon.  Gaul rata kemudian masukkan cili merah yang dipotong serong, garam serta sedikit gula. Biarkan merenih, bila mendidih rasa pun sudah okay, bolehlah padamkan api.


RESEPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
Air
Garam dan gula secukupnya
Asam jawa
1 batang serai diketuk

Bahan kisar :-


4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
10-15 tangkai cili kering


Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali masukkan minyak.  Tumis bahan2 kisar dan serai yang diketuk hingga garing dan bangkit baunya.
2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi.  Kacau perlahan2.
3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya.  .
4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi impit dan sate.




Raya nanti datang rumah k.gee yer...



Sunday, January 20, 2013

Nasi himpit kuah kacang


Assalamualaikum dan salam pagi minggu.... Apa rancangan di hari cuti ini yer? Kami lepak di rumah saje sebab cuaca di luar sana hujan mencurah-curah.... Mulalah malas nak bergerak ke mana-mana... Selepas hantar Along, anak bujang k.gee ke pusat equestrian pagi tadi terus guling-giuling depan TV sambil layan tv al hijrah....  


Sudah sarapan ke? Marilah jamu selera bersama k.gee dengan nasi himpit kuah kacang.... nasi himpit tu sebenarnya ketupat segera Nona... malam tadi k.gee rebus dan pagi ini selepas solat subuh baru buat kuah kacang... Bercerita pasal kuah kacang ini ada banyak stail rupanya... ada yang goreng kacang tanpa minyak dan ada yg goreng berminyak...ada yang kuah kacangnya bersantan, ada yag berdaging dan macam2 stail lagi... apapon semuanya ikut selera dan citarasa masing-masing lah kan... apa yang penting kita sediakan masakan untuk keluarga dengan kasih sayang... juadah jadi sedap dan keluarga bertambah bahagia... kan? 



K.gee guna resepi kuah kacang Dayang Jack... sedapppp!
 
RESEPI KUAH KACANG
Sumber : Dayang Jack
bahan-bahan:

400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1-2 senduk cili giling cap Aminah (k.gee guna cili bleder sendiri)
gula melaka secukupnya
garam dan sedikit gula pasir

Cara-cara :

Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).

Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj.

Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera.

Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap.

Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!



Mekacih Dayang Jack... rindu kamu....

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha


Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Selamat Hari Raya AidilAdha.... bertuah kita pada tahun ini dapat menyambut hari raya korban di hari Jumaat yang penuh baraqah... kepada semua para tetamu Allah di Tanah Suci Mekah, semoga dapat menunaikan rukun islam ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah....


Ampun dan maaf dipinta andai ada tutur kata atau bicara yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda sekalian... dan ribuan terima kasih jua di atas kunjungan dan perkongsian ilmu serta resipi yang begitu bermakna buat diri ini... terima kasih sahabat... terima kasih pengunjung...terima kasih chef... terima kasih semua....!! Semoga ukhwah yang terjalin ini mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya....



Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Salam Aidiladha semua....
 

Monday, June 11, 2012

Nasi impit kuah lodeh . . . back to school


Bertemu lagi di pagi Isnin yang cerah dan sangat sibuk.... hari ini anak2 kembali ke sekolah dengan penggal persekolahan yang baru... lalu lintas kembali sibuk dan ibu bapa mula kecoh bila setiap pagi kelam kabut dengan urusan menghantar anak2 ke sekolah... bagi yang meninap di asrama, kesibukan telah bermula sejak semalam lagi... termasuklah k.gee yang terpaksa berkejar menghantar 3 oarang anak di tempat yang berlainan sebab hb out-station...  masing-masing tak mahu balik awal, sudahnya emak lah yang letih... start pukul 3 hantar sorang, pukul 4 hantar sorang lagi dan yang last pukul 6.30 baru sampai di asrama dek jalan sangat sesak... mujurlah warden asrama faham masalah yang dihadapi...  syukur alhamdulillah ....


Hari ini rumah kembali sunyi sepi tanpa riuh suara anak2... mujurlah si eQa ada menceriakan rumah... kalau tidak pakat k.gee dengan hb ajelah... itupun nak pergi sekolah pagi ini liat aje setelah dua minggu bangun lewat... 


Oklah berbalik pada menu hari ini... ops menu semalam sebenarnya... k.gee sajikan nasi impit dan kuah lodeh... menu orang Johor ni kan CT... Dah lama tak makan kuah lodeh bila teringin tu terus buat... ialah .... sekali sekala kita rajin-rajinkan diri la pulak... tak gitu ayahnya...? hehehe

Resepi Kuah Lodeh

Sumber : Potret kasih
Olahan : gee-hut @ kak gee

10 btg kacang panjang
1/2 biji kobis
1 biji karot
1/2 biji sengkuang
1 keping tempe -  dipotong dan goreng sebentar
1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu ( 50 g)
100 g udang basah
1 1/2 kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3/4 inci lengkuas
1 batang serai
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan

1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan dan sayur2 an yang lain, suhun, fuchu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Thursday, May 31, 2012

Nasi impit sambal ikan


Selamat pagi dan salam ceria buat semua pengunjung dapor maya k.gee ini... 2,3 hari k.gee tak bersiaran, agak sibuk dengan urusan di pejabat dan anak2... Bila sudah melangkah ke pertengahan tahun, selalunya aktiviti tersangat banyak, baik yang dianjurkan di pejabat sendiri mahupun peringkat negeri.... tambahan pula tahun ini Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) yg dijadual berlangsung dari 7 hingga 16 Julai.  Berbagai-bagai aktiviti sampingan sedang diatur sempena sukan ini berlangsung terutama kepada para peniaga yang diberi peluang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di setiap venue sukan berlangsung dan di tempat2 penginapan para  atlet.... ermmm inilah masanya menambah pendapatan kan....



Kontinjen negeri Pahang meletakkan harapan besar dalam lima acara pilihan iaitu tinju, bola sepak, golf, ekuestrian dan petanque.  Waaa.... k.gee tumpang sama meletakkan harapan buat atlet kesayangan si anak teruna k.gee Amirul yg menjadi atlet ekuestrian mewakili negeri Pahang... semoga dapat mengharumkan nama negeri Pahang.... chaiyok Along...!!


Oklah berbalik ke menu hari ini, nasi impit sambal ikan... Takmo cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat rakan k.gee Kak Dah yg memberi resepi sambal ikan ini... sedapppp

Sambal/serunding Ikan

1 kg ikan selayang/ kembong -  rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 batang serai
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula

Cara2

1. Tumis bahan2 kisar dan masukkan kesemua bahan ikan dan kelapa goreng. 
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya.  kacau rata sehingga kering.  Gunakan api perlahan.
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.

jom sarapan....

Sunday, October 9, 2011

Nasi impit @ 9.10.11

Assalamualaikum.... selamat berhari minggu semua.... nak cerita apa yer pepagi ni... tak ada ilham la pulak... bila perut sudah kenyang mata pun mulalah mengantuk... huaaarggghh.... tidor yuk...!!  

Ops... rugi woo tak manafaatkan cuti hujung minggu begini... daripada buat taik mata, jom kita exercise di kebun bunga orkid kak gee yang sekangkang kera nih... urmmmm.... sejuk aje mata tengok keindahan ciptaan Tuhan kan... kak gee minat orkid... tahu tak apa makna órkid' tu..? hehehe... malu pulak nak sebut... menurut Khairi Nordin dalam bukunya Teknik Menanam dan Menjaga Orkid, orkid tu bermakna buah za**r... berasal dari perkataan greek... aww!! 18sx...

Oklah, jom kita layan menu sarapan kak geee pagi ini... nasi impit kuah kacang....

 Menu biasa-biasa aje, tak payah resipi lah yer... 

cantek tak??
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015