Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Tuesday, September 11, 2018

Nasi Lemak Basmathi


Salam Maal Hijrah 1440

Syukurlah atas nikmat hidup, rezeki, kesihatan dan kesejahteraan yang Allah kurniakan... 

Mari nikmati nasi lemak beras basmathi untuk sarapan pagi aka makan tengahari... silap silap cover sampai malam sekali... huhu.. bukan apa... cuti cuti begini lebih rajin melepak sambil berlengkar atas tilam jer... haha!


Macam biasa resepi boleh dapat di dalam buku ni yer..



Wednesday, January 18, 2017

Ubi getuk


Salam Rabu...

Kelmarin encik hubby beli ubi kayu... berkilo-kilo dibelinya... hubby memang sukakan ubi goreng yang simple-simple gitu... sepinggan dihadapnya sorang-sorang... ada banyak lagi berbaki ubi kayu tu... puas lah k.gee buatkan macam-macam kuih lepas satu persatu... terpaksa selongkar resipi di gugel... kuih talam sudah, kuih lopes sudah, kuih bingka sudah, pengat pon sudah... haisy! sampai naik kembung perut dibuatnya asik makan ubi kayu... kan?


Hari ini k.gee buatkan ubi getuk pulak untuk hidangan sarapan pagi... menu yg simple tapi tetap menyelerakan... kebetulan ubi yang hubby beli ini sangat empuk dan gebu sungguh isinya... jadi tak hairanlah hubby boleh makan bertimbun-timbun ubi getuk yg gebu... tambah-tambah buatan isteri tersayang... hehehe...  



UBI GETUK


1 kg ubi yang dibuang kulit - direbus empuk
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 sudu kecil garam
4 sudu gula

Ubi yang telah direbus empuk ditos airnya hingga kering.
Ambil anak lesung ditumbuk lumat.
Masukkan kelapa parut putih, gula dan garam. Gaul rata.
Bulatkan seperti bebola hingga habis.

Bahan membuat salut :
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam 
3/4 cawan air (+-)

Semua bahan disatukan dan kacau hingga larut. Tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan ambil bebola getuk dan salutkan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dihidang.




Selamat menjamu selera...

Thursday, November 13, 2014

Cucur jagung


Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati...

ingat tak biduanita Noor Kumalasari...? haaa... ini lirik lagu MATA dari Noor... tetiba teringat kan dia...


Itulah kan... mata ini pantang tengok benda yang menarik sikit... mulalah tergoda... kadang-kadang berangan pulak tu bila tengok orang tayang itu dan ini... bila nampak cantik dan menyelerakan mulalah... terlioq taww..!!! terliur pada makanan aja yer bukan benda lain... jangan salah tafsir pulak yer... cubit kang!!


Sebenarnya cucur ini asalnya cucur kentang yang menjadi fenomena baru-baru ini... memandangkan kentang ada seketul sahaja dan jagung manis ada 3 tongkol baki buat bubur 2,3 hari lepas, so k,gee adunkan keduanya dalam 1 mangkuk dan jadikan cucur jagung... aci kan... hehehe.  Jom kita semak resipinya...


CUCUR JAGUNG
Resipi CnP : Paty's Kitchen
Olah rasa : gee-hut

3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus


1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 tangkai daun kucai (k.gee tambah)

3 biji cili hijau dihiris nipis

3 sdb tepung jagung

3 sdb tepung gandum

sedikit garam dan lada sulah

1 biji telur ayam

Minyak secukup untuk menggoreng deep fry


Caranya :

Satukan kentang parut (dan jagung yg dihiris isinya), daun bawang, daun kucai, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris.


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata

Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan.

Sesuai dimakan bersama sos cili kegemaran. 



Jemput sarapan...
sudi-sudikanlah....

Monday, September 29, 2014

Roti jala


Assalamualaikum...
Menu roti jala untuk juadah sarapan pagi hari Sabtu lepas... kebetulan ada jemputan program solat hajat di sekolah anak dara k.gee si Ain yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 13 Oktober ini.  Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama berdoa dan bersolat hajat demi kejayaan anak-anak.  Sewaktu sesi bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa maka bercucuran lah airmata memasing... sebagai ibu bapa kita harus berlapang dada mengampunkan anak-anak dan berdoa agar diberikan kejayaan yang cemerlang buat mereka di dunia dan akhirat... k.gee bekalkan sedikit roti jala dan kari ayam untuk Ain.. 


Sedikit info mengenai STAM...

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan SPM atau semasa di Tingkatan Enam.  Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. 

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal



Jom layan roti jala pulak...

ROTI JALA


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :
1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.


2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6. Sedap dicicah bersama kari ayam.

 

Moga Allah jayakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan STAM bermula 13 Oktober 2014 ini... Amin amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, August 15, 2014

Pulut sambal bilis


Pulut memang menu kegemaran anak-anak k.gee... Biasanya pada hujung minggu k.gee akan masak pulut versi tanak dan digandingkan bersama sambal ikan bilis... sambalnya agak pekat dan kering dan ikan bilisnya digoreng garing... Kalau suka boleh juga pulut tanak dimakan bersama ikan masin, telur dadar, serunding atau pulut digaul nyiur...


Orang kata makan pulut mengakibatkan mata mengantuk dan badan jadi lesu... betul ke?  dan ada pulak yang mengatakan kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit dan kulit jadi cantik macam orang Siam   wallahu’alam...


PULUT SAMBAL BILIS

500gm pulut susu

Air secukupnya

Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, agak-agak sama paras dengan beras. Masak dengan api perlahan.


SAMBAL BILIS

Bahan-bahan :


•2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan ketepikan)
•20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
•2-3 biji bawang merah kisar
•1 sudu sos tiram
•garam dan gula secukup rasa
•minyak untuk menumis
•Asam keping

Cara:

•Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kisar sehingga garing. Masukkan sedikit gula, sedikit garam dan juga belacan.

•Tambahkan sos tiram dan asam keping dan masak sehingga sambal agak kering.

•Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan.

•Sedia dihidangkan



Salam Jumaat semua.....

Monday, June 16, 2014

Murtabak Kraker


Assalamualaikum dan Selamat pagi Isnin...
Dah habis dua minggu... sekejap saja kan? Terasa macam laju sangat masa berlalu... cuti sekolah sudah berakhir... Back to School... Bila anak-anak sudah mula bersekolah, rumah jadi sunyi sepi... alahai... nak memasak pun tak ada mood sebab tiada orang nak makan... harapkan makan berdua godek-godek yang ringkas dan bodo-bodo sudah... encik hubby tak kisah... janji air tangan isteri... ahai!


Murtabak lapis kraker antara menu ringkas untuk sarapan pagi... kalau nak sediakan untuk minum petang atau makan malam pon boleh sebab hidangan ini nampak ringkas tapi mengenyangkan... kalau suka boleh lapiskan dengan ayam atau daging... ikutlah selera masing-masing... kali ini k.gee buatkan inti ayam sebab stok ayam bertimbun time anak-anak cuti sekolah baru ini dan tambahkan sedikit ubi kentang... ala-ala inti karipap gitew... sedap tau...!


Murtabak Lapis Kraker

Resipi : Yatiememories

Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)


•18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
•500 ml santan (*Yatie letak 400 ml je)
•1 tin susu cair (Yatie letak 1 cawan je)
•6 biji telur

Untuk Lapisan Daging

•400 gm ayam/ daging kisar
•3 biji bawang besar dicincang halus
•1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
•7 biji bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 inci halia
•1 batang lobak merah diparut
•1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
•daun bawang daun sup dicincang
•3 sudu besar minyak masak
•garam secukup rasa, sedikit gula

Cara Masak Inti

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.

2.Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.

3.Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.

4.Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.

1.Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.

2.Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.

3.Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.

4.Lapiskan dengan lapisan daging.

5.Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.

6.Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.

7.Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.

8.Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.

9.Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers).


Nyum..nyum...jemput sarapan...

Thursday, April 3, 2014

Pulut sambal tumis


Assalamualaikum... pagi-pagi layan pulut kuning aci tak? ini menu minggu lepas semasa anak-anak cuti sekolah... k.gee sediakan pulut kuning bersama sambal tumis ikan bilis dan rendang ayam... tapi rendang tak sempat nak berposing sudah licin dikerjakan anak-anak... k.gee lebih gemarkan pulut cicah sambal tumis... teringat pulut kuning sambal tumis nenda di pagi raya.... memang sedap... kalau pulut sudah habis sambal dimakan pula dengan nasi putih... pergh! fengsan...



PULUT KUNING


Bahan-bahan

1 kg beras pulut - basuh dan rendam semalaman. Tambahkn sedikit kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.

3 cawan santan - campurkan sedikit garam

Cara ;

- panaskan air kukusan dan kukus pulut lebih kurang 15 minit.

- angkat dan gaulkan dgn santan hingga sebati dan pulut lembut.

- jika suka boleh kukus sekali lagi supaya lebih tahan lama.




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahannya:


100 gram ikan bilis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

10-20 tangkai cili kering - rebus terlebih dahulu
10-15 ekor ikan bilis
1 biji bawang besar
2 inci belacan

Penyediaannya:

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Goreng bilis sekejap.  Angkat dan toskan.

2. Gunakan kuali dan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Masak sehingga naik bau dan terbit minyak.

3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian masukkan gula, garam, air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masak sehingga kuah mendidih.

4.  Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, kacau seketika dan bolehlah ditutup api.


Sedia dinikmati.... jemputlah...

Tuesday, February 4, 2014

Kuih Talam


Tiada menu istimewa dari dapur gee-hut hari ini... sekadar kuih klasik yang diberi nama Kuih Talam atau Kuih Tepung Talam... kuih ini kegemaran k.gee dan faveret boss k.gee juga... Bos kata kalau dia makan kuih ini dia selalu terkenangkan arwah ibunya yang pakar kuih talam... kebetulan kuih buatan makcik di restoran Lepeh Corner Kompleks Teruntum tu hampir sama rasanya dengan kuih buatan ibunya... jadi bila berpeluang ke sana boss akan beli lebih dan tapaw untuk kami di pejabat... rasanya yang manis, ada aroma gula kabong dan bahagian atasnya yang terasa lemak santannya itu memang sangat mengasyikkan...memang sangat yummy!!


Bila balik ke rumah, k.gee pun merajinkan diri menggodek kuih talam... maklumlah tak puas makan yang bos belanja.... hehehe...  tak sempat nak meng'google' segala bagai... resepi main hantam je... sedap tapi kalau lembik sikit bahagian kepala tu lagi sedap, komen hubby... 



KUIH TALAM @ TEPUNG TALAM

Bahan2nya:

Lapisan bawah:-

2 cawan tepung gandum
2-3 sudu besar tepung ubi
Sedikit kapur
1/3 cwn gula
2 keping gula kabong/gula merah
1 cawan air
Daun pandan

Masak air, gula, gula kabung/gula merah dan daun pandan hingga gula hancur.  Sejukkan. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau rata.  Tapis.  Masukkan ke dalam loyang bergris. kukus selama 25min.

Lapisan atas:-

3 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Campurkan semua, tapis dan masak sekejap di atas api sehingga keluar wap.  Lorekkan lapisan bawah yg dikukus tadi dan tuang lapisan santan ke atasnya.  Kukus lagi selama 30 minit. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.


Pagi hari kita sarapan
Kuih talam secangkir kopi
Senyuman pagi hendaklah dibiasakan
Agar kita sentiasa diberkati...

Monday, February 3, 2014

Tortila egg roll


Assalamualaikum... Salam pagi Isnin dan salam siaran buat teman-teman di luar sana... ada yang masih bercuti ke? seronoknya makan angin yer... naik kuda? waaaa... hati-hati jangan sampai terjatuh dari kuda pulak nanti... hehehe... k.gee dan famili bercuti di rumah saje sambil layan selera anak-anak... walaupun penat sikit tapi terasa bahagia bila tengok anak-anak berselera makan...


Tortila egg roll ini antara menu kegemaran kami sekeluarga... menu yang simple dan mudah disediakan... k.gee cuma gunakan tortila segera yang dibeli di pasaraya... tortila boleh dipelbagaikan mengikut gaya dan selera kita sendiri... selain telur boleh juga diintikan dengan ayam, daging, sardin atau sayur-sayuran... k.gee dapat idea ini dari dapur Diana (sky blue's kitchen).. kalau menu-menu sebegini k.gee memang selalu intai-intai dapur Diana... dia memang kreatif...   


TORTILLA EGG ROLL

BAHAN-BAHAN :


5 keping tortilla wrap
5 biji telur
Cili padi - hiris nipis
Bawang merah - hiris nipis
Buah tomato secukupnya
Salad
Thousang island
Mayonis secukupnya
Sedikit garam
Sedikit marjerin

CARA MEMASAK :

Pecahkan telur dan campurkan dengan bawang dan cili padi yang dihiris.  Tambahkan sedikit garam. Kacau rata.  panaskan kuali dan ambil 2 senduk telur tadi dan goreng seperti menggoreng telur dadar.  Buat 5 keping.

Sediakan tortilla, panaskan kepingan roti tortilla dan disapu dengan sedikit thousang island.  Letak salad, telur goreng tadi, tomato dan mayonis.  Lipat atau gulung dengan kemas.  Sedia dihidangkan...



Sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja... untuk sarapan, lunch, dinner atau untuk berbuka puasa... dan sesuai juga untuk bekalan pergi berkelah... sedaaap tau...!!!


Dah siap menu malas k.gee...
jemputlah...




Thursday, January 23, 2014

Nasi impit Sambal Ikan


Ahai... pagi-pagi lagi perut sudah bunyi lagu keroncong.... keriuk sana keriuk sini... huh!! teringat menu sarapan popular di Pantai Timur nasi impit cicah sambal ikan... sedap lagi kalau dapat nasi impit yg lembik sikit... k.gee malas nak buat nasi impit... beli ketupat segera saje dan rebus...  


Sambal ikan ini tidak susah membuatnya cuma agak cerewet sikit... ikan perlu direbus, dibuang tulangnya dan dikisar... kelapa parut juga perlu digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk... begitu juga bahan-bahan yg lain... kemudian baru disatukan dalam kuali dan perlu dikacau dengan api perlahan sehingga kering... tak perlu terlalu kering biar lembab-lembab sikit... kalau sekilo ikan memakan masa lebih kurang 2-3 jam juga untuk siap... hehehe... letih menyediakannya tapi yg penting sedap dimakan... kaaann!!
 

Tak usah cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat Kak Na yg berkongsi resepi sambal ikan temurun arwah ibunya dengan k.gee... sedap banget...



SAMBAL IKAN

1 kg ikan selayang/ kembung - rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk halus

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 batang serai
gula melaka/ gula merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara2

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak sehingga kering macam serunding. Sesuai dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat segera.


Jom sarapan....


Tuesday, January 21, 2014

Paratha RoLL


Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream... 

Tetiba teringat lagu zaman kanak-kanak dulu... sehingga kini pun lagu ini masih popular di kalangan kanak-kanak tadika khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris... Bernyanyi merupakan cara yang menyenangkan bagi anak-anak dalam belajar bahasa Inggeris... selain daripada lagu dan irama, gambar, warna dan mainan merupakan alat bantuan mengajar yg sesuai utnuk jiwa kanak-kanak... ops! berlagak macam 'teacher' pulak k.gee hari ini.... hehehe...


Lagu 'row row your boat' tadi tidak kena mengena dengan sajian sarapan pagi ini yer... paratha roll ini sajian sarapan malas dari k.gee... gorengkan roti paratha segera, gulungkan dengan telur dadar dan cicah kuah atau sambal tumis belen semalam... ermmm... menjilat jari you...!!  


PARATHA ROLL

Bahan:-

5 keping frozen roti paratha segera
5 biji telor - dipukul sedikit
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris
2-3 biji cili padi - hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara:-

Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa sedikit marjerin dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.

Dalam mangkuk lain, campurkan telur bersama bawang, daun bawang, cili dan garam. Kacau rata.

Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak/marjerin dan tuangkan 3 sudu besar adunan telur, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.

Masak lebih kurang 2-3 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.

Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kegemaran dan sedap dimakan ketika panas2....


Simple tapi sedaaaappp....


Ada yang nak ngendeng paratha roll k.gee keee...?
sudi-sudikan lah...

Monday, January 13, 2014

Puff sardin


Assalamualaikum.... Selamat pagi sayang... hehehe... ayuh terus saje ke meja makan... sarapan pagi ini puff sardin yg mudah dan ringkas... Kelmarin k.gee intai-intai di sini dan terus teruja tengok puff FHA blogger yg hampir senama dengan k.gee ni... bukan puff sahaja malah semua gambar2 dari blog FHA ini sangat menggoda... cantik2 belaka... menyelerakan!!


Sebenarnya puff ini boleh dipelbagaikan intinya... sardin, apple, ayam, sayur dan sebagainya ikut citarasa dan mood memasing... sesuai untuk minum petang, sarapan pagi serta untuk majlis-majlis keramaian dan tapaw ke pejabat... sedap!! 



PUFF SARDIN
Sumber : Intai-intaidapurfha

BAHAN A


10 keping Puff Pastry
1 biji telur ~ dikocok

BAHAN B (Inti)

2 tin kecil sardin
1 labu bawang besar ~ dihiris
10 biji cili padi ~ dihiris
Jus limau nipis
Daun sup/daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Inti:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan cili hingga naik bau.  Masukkan sardin dan masak hingga terbit minyak.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun sup/bawang. Angkat dan toskan minyaknya

Cara-Cara Membalut:-

1..Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.

2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas

3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.

4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti ke atas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.

5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.

6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.



Selamat menjamu selera.... 

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015