Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Laksam ala kadar


K.gee bukanlah rajin sangat buat laksam... lagipun hanya k.gee berdua yg gemar menu Kelantan ni, anak-anak langsung tak menjamah pun sebab mereka tidak sukakan ulam-ulaman... tapi bila hubby teringin laksam air tangan isteri buat kan jugalah... kebetulan sekarang musim ikan selayang... k.gee beli lebih untuk buat kuah laksam dan selebihnya goreng buat lauk makan tengahari... 


LAKSAM

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Kuah :
1 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya
1/2 kg santan
3-4 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Air 

Cara buat laksam: 
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan.  Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.
 
5. Ulam-ulaman yg digemari



Seronok kan bila suami puji masakan isteri... bangga you..!


Tuesday, November 19, 2013

Laksa penang


Aaaa....iiiiiii.....eeeee....uuuuuu.... apa tu? k.gee jadi guru tadika ke....? atau k.gee sakit tekak.... atau k.gee masuk odition suara... no!no!no! bukan bukan semuanya bukan.... 


Yang sebenarnya k.gee tak ada idea nak bercerita hari ini... cuma k.gee nak kongsikan resipi laksa penang yang k.gee buat minggu lepas sebab malas nak masak lauk.... buat laksa seperiuk besar makan dari pagi sampai petang..... hehehe.... mood malas


LAKSA PENANG
Bahan-bahan

1 kg laksa - direndam kemudian celur hingga lembut
1 kg ikan selayang/kembung
5-6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2-3 kuntum bunga kantan dibelah dua
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

3-4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili api (kalau tak suka pedas tak perlu tambah)
Beberapa tangkai cili kering - rebus dan kisar

Bahan ulaman/sampingan

Timun dipotong nipis dan memanjang
Cili padi/cili merah dihiris
Bawang merah dihiris
Telur rebus
Limau nipis/kasturi di belah dua

Cara-cara :

1. Ikan dibersihkan dan rebus hingga masak. Angkat, sejukkan dan buang tulang ikan.  Kemudian kisar halus.

2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan sedikit belacan.  Jika suka boleh tambahkan serbuk perasa atau kiub ikan bilis.

3. Kemudian masukkan garam secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.



Favourite k.gee ni... anda juga?

Monday, June 10, 2013

Salam Syaaban 1434


Assalamualaikum....

Subhanallah... kita sudah melangkah ke bulan Syaaban.. bulan untuk mengejar kebajikan sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan... Moga kita diberi lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dirindui. InsyaAllah...  Kepada sahabat yang berpuasa sunat hari ini, tahniah dan semoga segala amalan mendapat keredaan Allah SWT hendaknya... amin!


Baiklah... kalau sudi bolehlah mencuba laksa kari dari dapor gee-hut ini untuk menu berbuka puasa petang nanti yer... Kalau nak jadikan menu di pagi raya pun boleh... Laksa ini adaptasi dari laksa Johor cuma diubahsuai sikit ikut citarasa k.gee dan keluarga... lagipun resepi laksa sebegini ada persamaan dengan laksa Pekan yang menjadi kegemaran orang di Kuantan ini... kuahnya hampir sama cuma laksa sahaja yang berlainan... laksa Pekan menggunakan laksa gandum berbanding laksa Johor menggunakan spaghetti... Apa pun rasanya hampir serupa... yang penting memenuhi selera sekeluarga, kan....


Hari ini k.gee tak ada idea nak berceloteh panjang... maklumlah masih keletihan selepas menghantar anak-anak pulang ke asrama semalam... Jom kita layan resepi laksa kari yuk....



LAKSA KARI versi gee-hut

Bahan - bahan

1 paket laksa basah
600 gm ikan selayang - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2-3 sudu rempah kari
1 1/2 mangkuk santan
2 sudu kerisik
4-5 keping asam gelugor
Air
Daun kesum
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering

Bahan iringan :-

Timun, Salad, Kacang Panjang, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris

Cara-caranya:

Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar dan rempah kari hingga wangi dan bangkit baunya. Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul rata dan curahkan santan serta sedikit air. Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor. Biarkan mendidih. Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari.



Selamat menjamu selera...

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul ~ Laksa


Junjungan Mulia ~ Al Mizan

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia ...



Selawat dan salam buat junjungan Agung Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku..." Al Nasaí dan Ibn Hibban

Jadi marilah kita bersama-sama banyakkan selawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW....


Sempena cuti hari ini k.gee hidangkan laksa kari xpress versi gee-hut....main campak2 aje... xpress sebab k.gee gunakan bahan2 yang ada dalam stok sediada... masak pon untuk 2 orang makan sebab anak2 tidak gemarkan laksa berkari ini... untuk anak2 k.gee masakkan nasi goreng dengan nuget...  




LAKSA KARI versi gee-hut

Bahan - bahan

1 paket laksa basah
4 ekor ikan kembong - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2 sudu rempah kari Babas
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan
2 sudu kerisik
1 senduk minyak masak
4 keping asam gelugor
Daun kesum
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering
Bahan iringan

Timun, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris

Cara-caranya:
Celur laksa basah seketika dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, rempah kari serta serai hingga wangi dan bangkit baunya.  Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul gaul dan curahkan santan serta sedikit air.  Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor.  Biarakan mendidih.  Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya.  Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari. Cubalah... 

 

Subhanallah...


Monday, October 22, 2012

Laksa penang


Salam pagi Isnin dan salam kesayuan dari k.gee... Sabtu lalu kami dikejutkan dengan berita kemalangan anak jiran yang mati lemas di Sg. Bekelah, Maran.  19 jam berendam di dalam air sungai sebelum mayatnya ditemui pada pagi Ahad semalam.  Paling menyedihkan arwah akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini... Hujan renyai yang turun bagaikan sayu mengiringi kesedihan dan simpati kami... Doa kami agar keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Al fatihah...



Oklah... mari kita ke dapor gee-hut pulak... hari ini k.gee sajikan laksa penang untuk para pengunjung... Tahu tak? menurut survey CNN laksa penang dikategorikan sebagai salah satu daripada 50 makanan tersedap di dunia... wow! tentu ramai yang gemarkan laksa kan... tahniah orang utara..!! Kami sekelurga pon memang menggemari laksa penang.. kalau pergi ke pasar malam, selalu laksa penang menjadi pilihan utama.... So, apa kata hari ini pekena laksa penang orang Pahang... yuk!

LAKSA PENANG

Bahan :

1 bungkus laksa beras - rendam dan rebus sehingga lembut
1/2 kg ikan selayang
3-4 ulas bawang merah
sedikit belacan
5 sudu besar cili kering (rebus dan blend)

2 kuntum bunga kantan - dibelah
Segenggam daun kesum
Asam keping
Air secukupnya
Garam

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam dan asam keping.

Kemudian, ambik isi ikan yg telah direbus td, kisar bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan tadi.

Masukkan juga cili kering yg telah siap dikisar. Tambah air sekiranya air rebusan tidak tidak mencukupi. Masak atas api sederhana.

Masukkan bunga kantan yg telah dibelah 2 atau 4 dan asam keping mengikut masam yg anda kehendaki.

Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan garam secukupnya.

Makan bersama ulam seperti daun salad, timun, bawang besar, cili padi dan telur.



Sedap nooooo...
 

Monday, September 24, 2012

Laksa siam... main campak-campak


Assalamualaikum.... salam siaran dan salam rindu dari k.gee... Baru 3,4 hari tak dapat bersiaran rasa macam sudah setahun lamanya... hampir bersawang dapor gee-hut ni kan... alahai... apakan daya kesihatan tidak mengizinkan dan kebusy an melanda diri... tapiiii.... eh! ada ke orang yang rindukan k.gee dan dapor gee-hut yang tak femes ni...? heeee....


Haisyyy... walaupun badan tidak sihat tapi tekak ni mengidam yang bukan2 jer... tetiba teringin nak makan laksa yang ala-ala mee kari... ituhari pernah terpandang kat dapur Ibundo...bila teringat balik terus terliur! Ermmmmm... sangat setuju dengan ibundo... memang tidak mengecewakan... sedapppppp.....!! 


LAKSA SIAM
Resepi asal : Dapur Ibundo

Bahan A.

2 bungkus mee kuning. Boleh juga diganti dengan mihun kasar
(k.gee guna spagheti belen masa raya tempohari)

1 kilo ikan sardin, direbus dengan 1 liter air dan diambil isinya. Isi ikan diblender dengan air rebusan. Tulang ikan diblender halus dengan air rebusan juga dan ditapis. Campurkan tapisan air tulang dan isi ikan yang telah diblender. Ketepikan.

3 batang serai dititik
5 helai daun limau purut (k.gee tak letak)
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai akar daun ketumbar (k.gee tak letak)
2 sudu besar sos ikan
5 keping asam gelugur
1 biji kelapa diambil santannya.

Bahan B (dikisar halus)

20 tangkai cili kering (boleh ditambah kalau mahu pedas)
1 sudu teh belacan
3 tangkai daun ketumbar (k.gee tak letak)
4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6 biji buah keras (k.gee tak letak)

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

Masukkan ikan yang telah diblender. Masukkan lain-lain bahan A dan juga garam. Masak sehingga kuah agak pekat.

Hidangkan mee bersama bahan sampingan seperti taugeh, telur, timun, cili dan hirisan limau.



Tak payah pergi Siam kalau nak makan laksa ni kan Ibundo...
heeeee...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015