Salam pagi Isnin dan salam kesayuan dari k.gee... Sabtu lalu kami dikejutkan dengan berita kemalangan anak jiran yang mati lemas di Sg. Bekelah, Maran. 19 jam berendam di dalam air sungai sebelum mayatnya ditemui pada pagi Ahad semalam. Paling menyedihkan arwah akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini... Hujan renyai yang turun bagaikan sayu mengiringi kesedihan dan simpati kami... Doa kami agar keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al fatihah...
Oklah... mari kita ke dapor gee-hut pulak... hari ini k.gee sajikan laksa penang untuk para pengunjung... Tahu tak? menurut survey CNN laksa penang dikategorikan sebagai salah satu daripada 50 makanan tersedap di dunia... wow! tentu ramai yang gemarkan laksa kan... tahniah orang utara..!! Kami sekelurga pon memang menggemari laksa penang.. kalau pergi ke pasar malam, selalu laksa penang menjadi pilihan utama.... So, apa kata hari ini pekena laksa penang orang Pahang... yuk!
LAKSA PENANG
Bahan :
1 bungkus laksa beras - rendam dan rebus sehingga lembut
1/2 kg ikan selayang
3-4 ulas bawang merahsedikit belacan
5 sudu besar cili kering (rebus dan blend)
2 kuntum bunga kantan - dibelah
Segenggam daun kesum
Asam keping
Air secukupnya
Garam
Cara-cara
Ikan dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam dan asam keping.
Kemudian, ambik isi ikan yg telah direbus td, kisar bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan tadi.
Masukkan juga cili kering yg telah siap dikisar. Tambah air sekiranya air rebusan tidak tidak mencukupi. Masak atas api sederhana.
Masukkan bunga kantan yg telah dibelah 2 atau 4 dan asam keping mengikut masam yg anda kehendaki.
Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan garam secukupnya.
Makan bersama ulam seperti daun salad, timun, bawang besar, cili padi dan telur.
Sedap nooooo...
8 comments:
pekat tu kuahnya mesti sedap
nk oder laksa penang telur love 1!!!...hehehe
amboi kemain romantik lg laksa tu yer..rajinnya menglovekan telur tu...mnyelerakan..pasti sedap ni..
love2 lg tu kak gee..:)) i lap u dear..laksa penang forever sedapp zila suka:)
Laksa Penang memang fav saya dan suami. Ada telur bentuk love lagi.
amboi, terasa asamnya kat sini..akak kalau ada laksa mmg lupa mkn nasi
adeeehhh... kalau jumpalaksa gini memang gtak tahu nak behenti makan!
jauh laksa ni datang...penangan betul kalau dapat hirupp2 kuah laksa tu.sejak raya ari tu, tak mamam lg laksa..
omey telur lovey2 ^^
tun membesar ngan laksa kuah lemak ganuu.. bila mkn laksa lain mcm xde perasaan je. hihi...
Post a Comment