Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Tomyam seafood


Alhamdulillah... hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan... nampaknya ibu-ibu dan suri rumah sudah semakin rancak mengukis... sudah bersusun nampaknya kukis dalam balang untuk hidangan hari raya yang akan menjelang tiba... Juadah berbuka puasa semakin ringkas nampaknya... maklumlah tak terkejar dek tangan mana nak buat kukis lagi... nak siapkan baju raya sedondon lagi... langsir dan alas meja yang belum dibeli... aduhai... rasa nak putar balik kalendar ke belakang... kaan...  

Hari ini layan menu tomyam seafood mudah sahaja... tekak rasa nak makan yang masam-masam dan pedas pulak... jom...


TOMYAM SEAFOOD Mudah

Bahan-bahan:

2-3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil
200gm udang - bersihkan
1 btg serai- diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 biji bawang holand - hiris
1 helai daun Limau purut
3-4 biji cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - hiris
Sayuran- bunga kobis, karot, seleri 
2 sudu perencah tomyam putih
Air secukupnya
Garam

Cara :

1. Masukkan bawang, serai, tomato, daun limau purut, cili padi, perencah tomyam dan air ke dalam periuk.  Didihkan.
2. Kemudian masukkan uang dan sotong dan diikuti dengan sayuran.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan sayuran masak.  Tutup api dan angkat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau bihun.


Wednesday, May 10, 2017

Kari sotong ala mamak


Aduh mak aiiii.... time hujan begini tarik selimut lagi best, kan... sebelum itu, k.gee nak kongsikan resipi kari sotong ala mamak untuk tatapan peminat... biasanya kari mamak tanpa santan tapi k.gee masukkan sedikit santan pekat untuk rasa yang lebih lemak dan berkrim... dan lebih kolestrol... huhu... Kalau suka boleh dimakan bersama roti, roti canai atau nasi hangat yg pastinya menjadi pilihan nombor satu k.gee....jom kari...! 

KARI SOTONG ala MAMAK

Bahan-bahan

·                     2 ekor sotong saiz besar
·                     1/4 cawan santan pekat
·                     3 ulas bawang merah *
·                     1 ulas bawang putih *
·                     1/2 inci halia *
·                     2 sudu cili kisar
·                     1 tangkai daun kari
·                     2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dengan sedikit air
·                     1 sudu kecil serbuk ketumbar
·                     ½ cawan air asam jawa
·                     Sayur bendir atau tomato – jika suka
·                     garam, gula secukup rasa
·                     minyak untuk menumis

Cara

1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.  Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk/kisar lumat.  Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah kari dan cili kisar hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air dan biarkan bahan rempah hingga pecah minyak. 
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan air.  Kacau rata.
5. Masukkan sotong, sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah.
6. Masukkan santan, sayuran dan masak seketika lagi biar mendidih dan pekat.

7. Angkat dan hidangkan.




Saturday, June 11, 2016

Salam Ramadhan Karem 1437H


Assalamualaikum...
Salam 6 Ramadhan 1437H... 

Hampir setengah tahun k.gee tak bersiaran... ada yang rindu ke...? he..he..he... Salam Ramadhan Kareem semua... k.gee pon rindu semua... 

Hari ini tetiba dapat ilham nak berkongsi resipi... Resipi rendang sotong yang marbeles... boleh buat juadah berbuka puasa makan sama nasi panas atau roti... kalau nak makan dengan pulut di pagi raya pon boleh... jom!

RESEPI RENDANG SOTONG
Rujukan : noreen home cooking

Bahan-bahan :

500gm sotong 
1 biji kelapa - ambil santan
2 sudu besar kerisik
beberapa helai daun limau purut
daun kunyit - dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
2cm kunyit hidup

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak
  2. masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit
  3. kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak
  4. biarkan kuah pekat dan agak kering
  5. setelah itu masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa
  6. masakkan sekejap sahaja (jika terlalu lama sotong akan menjadi liat) dan biarkan sampai naik minyak
  7. angkat dan hidangkan 


Rendang sotong dalam kawah
Terawih tak lupa di malam hari
 Ampun maaf silap dan salah
Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati... 



Tuesday, June 17, 2014

Tom Yam


Sudah makan tengahari ke...? Syukur alhamdulillah... bersandar nampaknya tu... sah kekenyangan, kan? apa tidaknya lauk masakan isteri tercinta... hingga menjilat jari lah sang suami... Subhanallah... insyaalah syurga balasanya untuk para isteri yang melayan makan minum suami dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang....


Ok... takmo celoteh panjang-panjang... jom layan tomyam campak-campak dari dapor gee-hut ni...

 
TOMYAM

Bahan-bahan :-

Isi ayam, daging, sotong, udang, daun limau purut, perahan limau nipis, tomato, serai, bawang besar holland, cili padi, tomato, kiub tomyam (jika suka), sayur-sayuran, air secukupnya dan garam

Cara-cara :-

Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.

Masukkan bawang besar, tomato, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.

Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.

Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.

Seterusnya masukkan sayur-sayuran.

Akhir sekali masukkan garam, air limau nipis dan daun limau purut.

Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan hidangkan panas-panas.



Pergh...! puas hati dapat makan tomyam air tangan isteri... kata encik Laling...
heheeee.... sayang awak...!!

Wednesday, April 16, 2014

Sambal sotong


Rindu hati ku tidak terkira

Terkenang orang yang jauh

Rindu hati ku tidak terkira

Terkenang orang yang jauh


Yang selalu bermain di mata

Ibarat kumbang rindukan bunga

Yang selalu bermain di mata

Ibarat kumbang rindukan bunga

 

Ahai... rindu-rinduan la pulak pepagi begini.... hehehe... pertamanya rindu sebab dah lama tak update blog... sekejap timbul sekejap tenggelam....tak sempat banyak kerja nak dibuat... keduanya rindu nak kongsikan menu, cerita dan gambar-gambar masakan.... ketiganya rindu pada para pengunjung, peminat dan teman-teman maya yang sudi berkunjung ke dapor gee-hut dan berfb dengan k.gee... keempatnya rindu nak ziarah dapor kawan-kawan... dan yang paling k.gee rindu dendam sekali pada rakan kongsi yang seminggu bertugas ke utara tanah air... aduhai... rindu my laling....



SAMBAL SOTONG
Resipi : Ummi-Akid

Bahan-Bahannya :-

5-6 ekor sotong sederhana besar - dipotong kecil² (k.gee tak potong)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 biji buah keras
2 sudu kecil ketumbar - sangai dan tumbuk halus
5-6 biji cili padi - ikut kepedasan yang nak ye.
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping @ 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
**kesemua bahan diatas ditumbuk lumat.

Cara-caranya :-

•Bahan yang ditumbuk lumat di tumis bersama serai yang dititik hingga naik bau.

•Bila agak garing masukkan sotong dan ketumbar dan asam keping. Masukkan juga serbuk perasa (k.gee tak letak).

•Kiranya nak ada kuah bolehlah bubuh sedikit air.



Sotong memang fav my laling... rindu laling sambil makan sotong...
jangan jeles tau....


Wednesday, February 12, 2014

Pasta ala kampung


Sesekali kalau layan pasta goreng best juga kan... pasta goreng ala-ala kampung... maklumlah k.gee ni kalau memasak paling wajib sekali adalah cili padi dan harus pedas.... baru ngam dengan selera tekak Melayu.... hehehe


Sebenarnya ini menu sarapan pagi tadi.... k.gee tapaw dan jamu selera bersama member2 di opis... tapi ada juga rakan-rakan k.gee yang tidak gemarkan pasta dan ada yang pelik tengok riben goreng ni... hahaha... k.gee pun bukanlah selalu makan pasta cuma bila teringin nk makan tu biasanya k.gee akan olah resipinya supaya sesuai dengan citarasa yang digemari... bahan2 pun bukan ada sukatan sangat... main campak2 jer... janji sedap dan kenyang perut.... tak gitu!?


PASTA ALA KAMPUNG

Bahan-bahan :-


250gm pasta riben
Sotong, udang dan isi ayam -- k.gee tak sukat campak2 jer
1 biji  bawang besar – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi - potong kecil
3 sudu besar sos piza (tomato puri + rempah piza)
1 kiub ikan bilis
Lobak, kobis, capsicum  - hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Cara-cara

1.Rebus pasta riben sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.

2.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos piza, kiub ikan bilis dan sedikit air.

4.Masukkan ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.

5.Masukkan sayuran dan past yg direbus tadi. Kacau hingga sekata.

6.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.


Jom layan pasta kampung ni....


Sotong Magik


Sotong magik..??? apa yang magik tu...? haaaa....memang magik tau.... tiba-tiba sotong bertukar jadi raksaksa... melompat-lompat dalam kuali... terkejut k.gee dibuatnya... terus k.gee menjerit.... tolong! tolong! ada raksaksa nak makan saya... toloooong!! haisy...!!! awak ni macam budak kecik... tidur tak basuh kaki lah tu... mengigau pulak!!!


hahahaha....jangan marah yer pepagi dah buat lawak.... sebenarnya memang betul pun sotong magik... k.gee goreng sotong celup tepung magik... tepung ini k.gee beli beberapa bulan lepas semasa bertugas di karnival Halfest... memang sedap tepung ini untuk gorengan... tak perlu tambah apa-apa cuma celupkan sahaja apa-apa yang dikehendakki dan terus goreng... cukup rasa dan cukup rangup... serius sedap tau!!!  



SOTONG CELUP TEPUNG

Sotong dipotong bulat
Telur dikocok
Tepung Magik secukupnya
Minyak menggoreng

Cara2nya :-

Bersihkan sotong dan potong bulat...  Lapkan sotong bagi kering sikit... celupkan dalam telur dan lumurkan dalam tepung magik... celup sekali lagi dalam telur dan lumurkan dengan tepung magik buat kali kedua.  Panaskan kuali dengan minyak yang penuh.  Goreng sotong dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan toskan.  Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah sos kegemaran.   


sotong magik cicah sos cili...
memang yummy..!! 




Wednesday, September 19, 2012

Jalan-jalan... episod 1


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam siaran buat teman-teman dan peminat dapor corat coret k.gee... Rindunya pada semua... maklumlah bila tirai syawal berlabuh, tirai dapor gee-hut pon berlabuh sama... senyap sunyi... hehehe... tuan tanah ke luar daerah you... ! 


Bermula hari Sabtu, k.gee balik kampung memenuhi undangan perkahwinan sepupu di Bentong... kemudian hari Ahad bertolak ke Melaka, bermalam di rumah anak saudara hb di Kelubung Jaya.... Malamnya kami ronda-ronda sambil makan asam podeh daging tetel di Bandar Melaka tapi tak dapat singgah di lain-lain tempat sebab keadaan jalanraya yang sangat sesak... kemungkinan ramai pelancong datang sempena cuti hari Malaysia... hajat kami nak naik river cruise pon terpaksa ditangguhkan ke hari esok memandangkn orang beratur menunggu giliran pon sudah macam ular kena palu... berlingkau-lingkau dekat 50 meter panjangnya... sabor je laaaa....



Esoknya hari Ahad kami bertolak ke Nyalas pula... perjalanan lebih kurang 30 minit dr Bandar Melaka... hb dah buat appointment untuk berurut badan... hb dah 2,3 kali berurut dengan pakcik tu... rasa ringan satu badan katanya... yang menariknya pakcik tu pandai 'menilik'... semasa kami sampai dia tiada di rumah... 10 minit kemudian dia tiba dan terus meluru ke arah Along anak sulung k.gee dan terus berkata, "Awak ni belajar pandai tapi malas... dan cepat melenting kan.." Ops... kami semua rasa terpegun... Betul lah kata-kata pakcik tu... memang pon perangai Along cam tu... dia siap boleh bgtau lagi keputusan SPM Along... Subhanallah... yang si kecik eQa tu pulak, pakcik tu kata, "awak ni kuat merajuk kan..."... hahahahahaaaa... kami semua serentak ketawa... apa tidaknya... memang tepat sekali si kecik eQa tu kuat merajuk... Lepas tu, k.gee tengok muka Ain anak dara k.gee dah panik dah sebab takut pakcik tu 'tilik' perangai dia pulak... huh... mujuuuuurr... dia tak komen apa2 pasal Ain... selamat aku! kata Ain.... heehehe...  



Hehehe... kita sambung kisah jalan2 esok pulak yer... ada 2 episod lagi tau... Jom layan nasi goreng udang (nasi goreng malas... ) resepi campak-campak jer... hehehee.... 

Bahan-bahannya : nasi semalam, bawang putih dan merah, cili padi dan telor. Cuma tambahkan udang yang digoreng dan goreng nasi menggunakan minyak menggoreng udang. Kalau suka boleh tambahkn pula perencah nasi goreng udang Seri Aji. Siap!
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015