Showing posts with label Cili padi. Show all posts
Showing posts with label Cili padi. Show all posts

Sunday, August 5, 2018

Sambal Biji Cempedak ??


Sambal biji cempedak..?? memang k.gee tak pernah jumpa dan tak pernah tahu pun bahawa biji cempedak boleh dibuat lauk... kebiasaanya selepas buahnya digoreng biji cempedak akan direbus dan dimakan begitu sahaja... rasanya yg lemak seakan-akan mengunyah buah berangan atau kacang gajus...itu sahaja yg k.gee tahu tapi rupanya orang tua dulu dulu sangat kreatif... mereka mempelbagaikan lebihan makanan menjadi hidangan istimewa... jarang orang zaman dahulu membazir kan...? ada sahaja idea mereka untuk menginovasikan makanan... 


Kalau makan sambal biji cempedak ni... seakan-akan makan sambal jering cambah atau jering tua... rasa biji cempedak yang kenyal dan berlemak membuatkan ralit mengunyahnya... k.gee lawankan sambal ini dengan nasi goreng cina... wah! selera kami makan sambil jamu buah-buahan dari kebun jiran sebelah...  



SAMBAL BIJI CEMPEDAK
Resipi ibu mertuaku olahan oleh Geehut

20-30 ketul biji cempedak - rebus sehingga empuk
1 biji bawang besar
1 kpg asam keping
Minyak
Garam secukupnya

Bahan kisar:
Segenggam ikan bilis
20-25 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan (jika suka)

Cara:

Hiris nipis biji cempedak. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga naik baunya. 
Masukkan biji cempedak dan gaul rata.
Tambahkan garam, asam keping dan sedikit air.  Masak sehingga pekat.


Thursday, July 12, 2018

Gulai Terung Ikan Masin


Assalamualaikum... 

Salam pagi Khamis... ada yang masih berpuasa 6 ke..? Alhamdulillah... k.gee sudah selamat beraya semalam dengan menu kampung style... gulai lemak terung bulat bersama ikan masin... lauk peberet ni taw... tak toleh kiri kanan dah... berkali-kali suap nasi ke mulut... sesekali gigit manja si tulang ikan masin... pergh! memang heaven ! 



MASAK LEMAK TERUNG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN :

4 biji terung bulat - dibersih serta dipotong empat
100 gm tulang ikan talang masin  
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam gelugor  
1 helai daun kunyit – hiris halus
Garam secukup rasa

Bahan untuk ditumbuk :

5-6 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah

Cara-cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan terung empuk.  Kacau selalu supaya kuahnya tak pecah minyak.  Akhir sekali bila kuahnya sudah agak pekat taburkan daun kunyit dan tutup api.  Sedia dihidangkan bersama nasi panas.


Nah semangkuk...! buat berbuka puasa malam nanti...


Sunday, June 10, 2018

Sambal garing pucuk ubi


Di sana sini kelihatan persiapan hariraya makin rancak... maklum lah tinggal 4 hari saja lagi Aidil Fitri akan menjelma.. Ramai juga yang sudah bercuti untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung halaman... terasa rindu dan sendu terkenang desa tercinta... 

Tetiba teringat sayur pucuk ubi yang digoreng garing, pedas dan rangup... sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng... hubby pula suka meratah begitu sahaja... Sambal garing pucuk ubi menu klasik dari ibu mertua... Al fatihah buat ibu mertua k.gee yang baru sahaja menemui sang Pencipta beberapa hari sebelum Ramadhan baru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin...  


SAMBAL GARING PUCUK UBI

Bahan-bahan :
2 ikat sayur pucuk ubi - buang tangkainya 
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ditumbuk/kisar :
10-20 biji cili padi
3 biji bawang merah
½ cawan ikan bilis
Sedikit belacan atau budu jika suka

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk.  Masukkan pucuk ubi dan kacau rata.  Tambahkan garam dan asam gelugor. Masak/goreng hingga pucuk ubi garing menggunakan api sederhana.


Sunday, June 3, 2018

Itik salai masak lomak cili api


Semalam dapat itik salai buah tangan dari Negeri Sembilan... Alhamdulillah rezeki... harum semerbak baunya ala-ala aroma ayam golek... tak sabar nak memasak... Sebenarnya k.gee tak pernah masak itik... pernah makan sekali jer rendang itik di di rumah kawan... itupun sudah beberapa tahun yg lalu... Kata orang itik salai sedap dimasak lemak cili api... hai... memang peberet en hubby lah kalau masak yang pedas pedas... harus masak nasi lebih nampaknya... compom berselera...! 


Pertama sekali k.gee gugel resipi... oooh... orang Negeri Sembilan masak lemak itik tanpa menggunakan bawang... hanya halia, lengkuas dan sekilo cili padi... ops... sekilo! nak mampus...ceri beri nanti..! hahaha... 


ITIK SALAI Masak Lomak Nismilan
Resepi : fayreenmizan

Bahan-bahan:
-1/2 ekor itik yang telah disalai
-2 batang serai- dititik
-250gm santan pekat
-200gm air 
-1 helai daun kunyit
-1 sudu kerisik (k.gee tambah)
-garam  
-sedikit serbuk kunyit

Bahan tumbuk/kisar:
-10 biji cili api - boleh tambah kalau nak lebih pedas
-2 batang serai - dihiris halus dan kisarkan (ni optional ya... tapi rasa masakan memang lebih marvellous)
-1 inci kunyit hidup 
-1 inci halia

Cara-cara :
Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama bahan-bahan kisar yang lain. Campurkan bahan-bahan kisar bersama-sama itik di dalam periuk. Masukkan juga serai yang telah dititik. Masukkan air dan masak dengan api sederhana sehingga daging itik empuk. Selepas itu masukkan santan. Kacau-kacaukan kuah supaya santan tidak bergentel. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Apabila kentang sudah empuk, masukkan pula daun kunyit dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga semua bahan mesra. Siap!


Friday, May 25, 2018

Tempoyak udang feveret anak bongsu


Bila si eQa dapat bercuti hujung minggu di rumah... hati emak berbunga riang... terubat rindu dendam emak dan ayah pada si bongsu... meriah sikit kami berbuka puasa hari ini ditemani anak dara kesayangan... apa sahaja yang dihajati pasti cepat-cepat emak tunaikan... maklumlah sudah lebih seminggu berbuka di asrama... rindu air tangan emak katanya...   


Awal2 lagi eQa request udang masak tempoyak untuk menu iftar 9 Ramadhan... feveret sangat! "kasi pedas sikit tau...", laung si ayah pula dari pintu depan rumah... hehehe... memang k.gee sudah faham benar selera tekak en hubby yang 'hantu' pedas... ermmm... berselera sungguh dua beranak menjamu selera nasi sama udang masak tempoyak... sampai menjilat jari nampaknya... syukurlah   


TEMPOYAK UDANG

Bahan-bahan :

500 gm udang segar - buang kulitnya
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1/2 cawan tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Sediakan periuk dan masukkan semua bahan kecuali udang. Biarkan sehingga mendidih.  Kemudian baru masukkan udang dan biar sehingga udang masak dan pekat kuahnya. 


Monday, January 23, 2017

Terung goreng kicap pedas


Terung adalah sayur feveret yang paling kerap menjadi hidangan keluarga k.gee terutama terung yg berwarna purple... samada terung bulat atau terung panjang, keduanya memang menu kegemaran ... encik hubby gemarkan terung bulat masak lemak cili api sama tulang ikan masin... k.gee pula gemarkan terung panjang digoreng cili padi, ikan bilis dan kicap... ada juga sekali sekala k.gee buat terung bakar dan dicicah air asam... apa juga menu terung, tetap jadi kegemaran kami...   


TERUNG GORENG KICAP PEDAS

3 biji terung panjang - potong kecil
Segenggam ikan bilis - digoreng garing
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Bahan untuk ditumbuk kasar:
10 ulas cili padi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara:

Panaskan minyak dan goreng terung hingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak goreng terung tadi, dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Kacau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit garam. Kacau lagi.  Akhir sekali masukkan terung dan ikan bilis yg sudah digoreng dan gaul sekata. Sedia dihidangkan.



Tak perlu lauk lain dah... yang ini pon sudah cukup membuat kami sekeluarga kekenyangan...
alhamdulillah...


Monday, September 14, 2015

Bihun cili padi... pedasnyaa


YaAllah... teruknya keadaan berjerebu yg melanda negara kita sekarang... jerebu boleh akibatkan sesak nafas, sakit dada, mata pedih, sakit tekak, batuk, kulit gatal, bersin dan macam macam lagi... berhati hatilah sewaktu berada di luar rumah ye... dan jangan lupa jaga kesihatan kita dan anak anak... Pastikan minum air masak yang banyak dan gunakan topeng muka apabila berada di luar serta rajin rajinlah memasaklah makanan sendiri di rumah... ia pasti lebih bersih dan selamat


Bihun cili padi ini 'brunch' k.gee dan encik Laling kelmarin... terasa sunyi rumah bila semua anak anak sudah berjauhan... 3 orang sudah melanjutkan pelajaran dan tinggal di asrama... yang seorang lagi ikut rombongan sekolah ke Perak... melawat Galeri Sultan Azlan Shah, Kellies Castle dan explore Gua Tempurung katanya... jadi bila berdua k.gee memasak ala kadar sajelah... bubuh apa yg ada dalam stok dan gabung sekaligus sarapan dan makan tengahari... janji kenyang... boleh gitu?



RESEPI BIHUN CILI PADI

1/2 bungkus bihun - celur dalam air mendidih dan toskan
Sedikit kiub ikan bilis
1 biji telur
Sotong atau udang
Kicap
Sayur sayuran - kobis atau taugeh
Garam
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara menyediakannya :-

Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya.  Tumis bahan kisar hingga bangkit baunya. Masukkan udang atau sotong serta kiub ikan bilis.  Kacau.  Bila sudah agak garing pecahkan sebiji telur dan kacau. Kemudian masukkan bihun yg sudah dicelur tadi. Tambahkan kicap dan sedikit air jika perlu. Jika suka boleh tambahkan sayur sayuran.  Gaul rata.


Memang pedas tapi mabeles taw...

Tuesday, July 7, 2015

Sambal Ijo Padang


Orang lain sudah mula mengukis.... dapor GeeHut masih godek2 lauk pauk... apakan daya mood masih belum tiba... layan lauk saja  laa.... yuk!!


SAMBAL IJO
Resepi copy paste dari Periuk Belanga Zarin

Bahan Bahan
sebiji terung – potong serong ke bulat ke suka hati lah – then di grill or di goreng dengan minyak yg sikit sahaja - ketepikan
4 biji cili hijau
5 biji cili api
1/2 biji bawang putih
1 biji bawang merah yang sederhana besarnya
sedikit belacan (about 1”" kot)
sedikit minyak masak (about 1-2 tbsp kot) 
sejemput ikan bilis

cara cara
panaskan minyak dalam non stick pan and goreng semua bahan di atas sehingga lembut kecuali terung
then tumbuk je lah dalam lesung batu ikut kelumatan yang anda ingin kan
then boleh di gaul aje dengan terung yang telah di grill tadi (ni kalau nak version kurang minyak) - siap
** kalau nak version ada minyak, panaskan 2 tbsp minyak dlm non stick pan dan masukkan bahan tumbuk tadi, kacau sekejap and then baru di masukkan terung, then angkat - siap


Podeh tapi sodap... 

Thursday, March 6, 2014

Sambal petai... busuk?


"Petai...petai... satu ikat lima ringgit je kak..." laung si penjual petai di pasar malam... tiba-tiba k.gee teringat sambal petai cili padi mak mertua... mak mertua k.gee kalau bab menyambal guna cili padi ni memang terror... sambal bilis, sambal bunga kantan, sambal tempoyak semuanya pedas berapi guna cili padi... mak mertua k.gee masak sambal petai tak buang kulit... dia cuma kikis sedikit kulit luar tu dan hiris nipis-nipis... lepas itu bersihkan dan goreng sekejap... dan yang paling penting cili padi mesti banyak... pergh! bertimbun k.gee makan tak sedar diri... 2,3 pinggan ok!  


Selepas makan sambal petai, pastikan cuci mulut dan bilik air bersih-bersih yer sebab maklumlah petai akan meninggalkan bau yang semerbak 'harum'.... hehehe


SAMBAL PETAI

3 papan petai (kikis kulit luarnya dan hiris
15-20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji bawang besar - kisar bersama cili padi
100 gram ikan bilis
Asam keping
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1. Kikis sedikit kulit petai dan hiris nipis.  Kemudian cuci dan goreng agak-agak layu.  ketepikan.
2.Cili padi, bawang dan belacan dikisar hingga lumat. 

3. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu.  Kalau nak blender pun boleh tapi pastikan tidak hancur sangat.

4.  Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar serta ikan bilis tumbuk tadi.  Tambah sedikit air.  kacau-kacaukan.

5.  Masukkan petai tadi dan biarkan pekat sedikit. 

6. Masukkan garam, gula, asam keping dan bawang hiris.

7. Masak sehingga kering sedikit.

8. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas.... kalau nak cicah cekodok atau lempeng biarkan berkuah sedikit.



Sambal petai berapi, ikan goreng, ulam timun dan nasi bertimbun...
sedaaappp....


Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday





DAGING MASAK LEMAK CILI PADI 

500gm daging batang pinang
20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 batang serai - dititik
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 biji ubi kentang - potong 4
1 sb minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit


Caranya:-)

1. Blend cili padi, kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
2. Panaskan minyak, masukkan serai dan tumis bahan-bahan tadi ke dalam periuk. 
3. Masukkan daging dan tambah air sedikit. Masak sehingga empuk.
4. Bila sudah empuk masukkan air, ubi kentang dan daun kunyit . 
5. Apablia ubi kentang telah empuk baru masukkan santan pekat, garam, gula dan asam gelugor.
6. Sesuiakan rasanya dan tutup api.

7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.


Syukur alhamdulillah...
kenyang sudah...


Thursday, January 10, 2013

Ayam masak lemak cili padi


Assalamualaikum dan salam ceria selalu... Nak update apa hari ini pon macam tak ada mood saje dan idea pun tak muncul2... Daripada malam semalam lagi dok berkira2 nak mengarang cerita apa... sudahnya sampai tertidur... Terus saje lah ke menu yang sudah lama k.gee masak ini... menu biasa2 dan memang selalu buat... Ayam masak lemak cili padi...  orang kata kalau ayam kampung atau ayam dara lagi sedap masak lemak macam ini...  buat pedas2 dan pekat sikit...  lepas tu kalau ada baki esoknya buat cicah lempeng nyior... ermmm.... yummy!!



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam - dipotong kecil
1 mangkuk santan
2 biji kentang - dipotong berbaji
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
Sehelai daun kunyit - mayang halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan kisar :

10-15 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara :-

1. Panaskan periuk dan tumis bahan2 kisar hingga bangkit baunya.  Masukkan ayam dan serai dan gaul sebati.  Biarkan sebentar hingga ayam kecut dan empuk. 
2. Kemudian masukkan santan dan kentang dan biar sehingga mendidih.  Biarkan api sederhana dan sentiasa dikacau
3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan asam gelugor. Masak selama 5 - 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.   Kalau suka boleh taburkan daun kunyit yang sudah dimayang halus dan sedia dihidangkan.



Sudi-sudikan lah...



Thursday, November 29, 2012

Puyuh masak lemak


Rindunya dua hari tak bersiaran... apa khabar yer teman2 di sana tu...? musim hujan dan ditambah dengan musim buah2an ini biasanya badan jadi lemau... ada laa yg batuk, selsema, demam dan sakit2 badan... apa tidaknya... bila dah mengadap bakul buah sampai tak ingat dunia lagi... sampai kulit rambutan dah menggunung baru sedar... rupanya udah 50 butir buah rambutan masuk perut... bawak bersabau yer kengkawan...  



Ok..ok, kita lupakan dulu pasal musim buah dan musim demam tu yer... jom jengok2 kat dapor gee-hut hari ini ada apa yang spesel... Hari ini kami lunch puyuh masak lemak cili padi, ikan sepat masin goreng berlada dan sayur sawi goreng udang.... pergh! berpeluh2 dahi walaupun cuaca di luar sana mendung semacam... hehehe


Apa! tak pernah makan puyuh...? Owww... biasanya makan puyuh goreng aje yer... Cubalah resepi puyuh masak lemak k.gee ni... sedap tau!!  


 PUYUH LEMAK CILI PADI


5 ekor burung puyuh - bersihkan dan potong 2
*10 biji cili padi
*3 ulas bawang merah
*1 inci kunyit hidup
*1/2 inci lengkuas muda
1 mangkuk santan pekat
1 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
1 sudu besar kerisik
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:  Blender bahan bertanda *.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar tadi. Biarkan sehingga bangkit baunya dan masukkan puyuh.  Masukkan serai dan daun kunyit. Gaul rata dan biar seketika sehingga puyuh empuk.  Kemudian masukkan santan pekat dan tambahkan garam, gula dan asam keping.  kacau sehingga mendidih baru masukkan kerisik.  Kacau lagi dan bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas ataun roti.  Selamat berpuyuh....



yummeh...!!


Tuesday, November 27, 2012

Sotong bunga kantan


Sekarang ini di kampung k.gee bukan sahaja musim durian dan buah2an yang lain, malah bunga kantan pun sangat banyak bunganya... sambil2 kutip durian tu sempat juga k.gee kutip bunga kantan... kalau beli di pasar ni mahal tau... kadang2 sampai mencecah dua ringgit sekuntum...


Bila sudah bnayak bunga kantan tu, semua menu nak tambah bunga kantan... ialah kalau asyik nak buat laksa penang aje jemu pulak kan... nasi goreng bunga kantan, ayam berempah bunga kantan, sambal tumis bunga kantan, asam pedas bunga kantan... hehehe... macam mabuk kantan la pulak....    


Menu hari ini sotong goreng bunga kantan... menu biasa biasa aje... makan bersama nasi panas panas.... yang penting nak habiskan stok bunga kantan...

SOTONG GORENG BUNGA KANTAN

5 ekor sotong sederhana besar
- bersihkan dan potong kecil
3 kuntum bunga kantan - hiris nipis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2-3 biji cili padi

Garam secukupnya
Sedikit sos tiram

Cara :  Sotong digaul garam dan kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.  Tumis bahan kisar dan masukkan bunga kantan yang dihiris tadi. Tambahkan sedikit air dan biar sekejap. Bila sudah agak kering masukkan sotong yng digoreng tadi. Tambahkan sos tiram dan garam secukupnya. Siap.



Jemput semua...


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015