Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Friday, June 1, 2018

Kuih ketayap @ kuih gulung


Salam Jumaat... 
Sehari dua ini viral di laman sosial tentang kuih 'kuba guling' kuih yang popular di Kelantan... sedap katanya... terdetik juga rasanya nak mencuba kerana keunikannya menggunakan serbuk arang dari tempurung kelapa yg dibakar... Buat masa ini kita layan ketayap bang aji dulu ye... kuih gulung bukan guling... hehe


KUIH KETAYAP@KUIH GULUNG

Bahan Kulit [batter] 
1 cawan tepung gandum 
2 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air jus pandan 
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 1/2 cawan air dan tapiskan] 
1 biji telur 
beberapa titik pewarna hijau 
secubit garam 
Bahan inti: 
1 cawan gula merah 
1 cawan gula biasa 
1/2 cawan air 
1 biji kelapa parut muda 
2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Cara: 
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. 
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan. 
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan 
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak. 
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. 
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya. 
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas. 
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan



Saturday, May 26, 2018

Badak berendam


Wah..! mentang-mentang lah cuti hujung minggu... kemain rajin lagi ke dapur ye... Satu persatu hidangan disediakan sebagaimana diidamkan... Si ayah awal lagi sudah bisik mahu makan kari kepala ikan tenggiri... anak dara bongsu pula request cucur ayam ala-ala bebola katanya... haa... emak pula seperti biasa gemarkan manisan... so si badak hijau ini sudah pasti emak yang terliur... hehe


Kuih badak berendam memang selalu menjadi pilihan k.gee berbuka puasa... cuma kebelakangan ini jarang dapat menyediakan kuih muih berinti kerana agak susah nak dapat kelapa yang muda dan basah yg sesuai untuk dibuat inti... selalu kelapanya sudah tua dan keras menyebabkan inti agak kesat bila dimakan... kebetulan hari ini dapat kelapa ngam untuk inti, terus saje k.gee membadak... Badak berendam k.gee versi rebus ala kuih onde-onde... dulu emak k.gee buat badak guna kaedah kukus... tapi rasanya tidak berubah... masih lemak manis dan berkrim... yumms..! 



BADAK BERENDAM

Bahan-bahan

Inti :

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula kerek/gula melaka - masak dengan sedikit air dan tapis
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit tepung gandum
Daun pandan

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir mask taburkan tepung gandum bertujuan sedikit demi sedikit sehingga inti pekat dan kering.  Ketepikan dan sejukkan.

Doh :

2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung gandum
Air secukupnya (ikut lembut)
Air pandan / pewarna hijau (jika suka)

Uli kesemua bahan hingga menjadi doh yg lembut.  Ambil doh sebesar bola ping pong dan masukkan inti.  Gentel bulat2.  Masak di dalam air rebusan yang telah dipanaskan.  Bila timbul, angkat dan masukkan  ke dalam bekas yg berisi air masak supaya kuih tidak melekat.
  

Kuah santan

1 mangkuk santan 
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Masak di atas api sederhana sehingga santan pekat. 

Toskan kuih yg berendam air tadi dan masukkan ke dalam bekas lain.  Tuang santan ke atas kuih. 


Saturday, May 20, 2017

Kuih tepung gomak


Alahai... kamera buat hal ke... atau tuan kamera yang buat hal ni...? awat nya gambar blur semacam... tuan kamera pon memang sudah lama tak turun padang... dah hilang focus barangkali... huhu... apapon sekadar nak berkongsi resepi kuih tepung gomak...   


KUIH TEPUNG GOMAK
Resepi : Raidah


Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk menyalut kuih

200g serbuk kacang hijau (k.gee beli yang sudah ready made)



Malam ini bolasepak Piala FA Pahang vs Kedah... 
Ale ale... Tok Gajah... go go!!


Monday, May 8, 2017

Mochi



Menurut ceritanya kuih mochi merupakan kuih tradisi paling popular di Jepun... kuihnya kenyal, lemak dan manis intinya... kuih koci atau tepung gomak mungkin boleh dikatakan kembar kuih mochi... hehehe...


MOCHI


  • 1.5 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung jagung (disangai)  
  • 200gm pes kacang merah
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan air
  • pewarna pilihan

Cara :


1. Sediakan bekas, masukkan air, tepung, gula dan pewarna.  Kacau rata.

2. Tuang ke dalam loyang dan kukus 15-20 minit sehingga masak dan adunan kenyal.

3. Di atas dulang taburkan tepung jagung yang sudah disangai seketika dan letakkan adunan mochi di atasnya.   bentukkan mochi dan ratakan dengan tangan lepas tu masukkan inti kacang merah di tengah dan tutup bahagian yang terbuka.  Lakukan langkah tu hingga adunan mochi habis. 

4. Siapkan Snow Sugar lepas tu golekkan di atas mochi.  Mochi sudah siap untuk dimakan.




Saturday, January 14, 2017

Lompat Tikam


Kuih lompat tikam... nama pencuci mulut yang begitu unik... konon ceritanya kuih ini berasal dari Majapahit sekitar tahun 1700... seorang dayang yang membawa dulang tersadung kaki pada bendul istana... Sultan terkejut lalu melompat dan tertikam dayang itu... sempena menghayati kisah tersebut Sultan Kelantan menamakan juadah ini sebagai kuih lompat tikam... wallahualam... 


Kuih ini memang popular dijual di Pasar Malam... cuma kadang-kadang kalau nasib tak baik, rasanya tidak dapat diterima tekak... teksturnya keras, kurang manis dan tidak terasa lemak manisnya... k.gee selalu juga kecewa bila balik ke rumah anak-anak merungut kuih lompat tikam yang mak beli tak sedap... kasihan pulak... 

Jadi... di hujung minggu begini, bolehlah k.gee mengambil kesempatan sediakan juadah kegemaran keluarga... buat sendiri baru puas hati, kan.. biasanya anak akan request begini..."yang putih tu buat banyak-banyak ye mak.. yang putih sedap... lemak berkrim... ' haaa... memang lah lapisan yang putih tu sedap sebab ianya bersantan berbanding lapisan hijau hanya air pandan sahaja... kalau di Kelantan, lapisan putih tu dibuat agak cair dan ada pulak lapisan pulut berwarna merah di atasnya... k.gee hanya buat dua lapisan yang hijau dan putih sahaja... Jom kita ke dapur.... boleh sediakan juadah minum petang nanti... Lompat Tikam yg yummy...!



Kuih Lompat Tikam
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur 


Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan

1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 


Pulut Merah (k.gee tak buat...)
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah 


Air gula melaka:

1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan


Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.


1,2,3,4
Cikgu Zehan berbaju kebaya
bukan lompat sebarang lompat
lompat tikam kegemaran saya... 

jemputlah....

Wednesday, January 11, 2017

Kaswi goyang


Kuih tradisi memang 'tak lapok dek hujan tak lekang dek panas'.. evergreen sentiasa... dari zaman nenek moyang kita dahulu sehingga ke zaman serba canggih sekarang ini, kuih muih tradisi tetap digemari ramai... cuma sesetengah kuih telah diberi 'nafas' baru... gaya dan persembahan semakin menarik...  


K.gee pulak pantang tengok kuih muih tradisi 'lalu' di wall fb... tak kiralah wall sendiri atau rakan yang lain... mudah terpengaruh... terus terasa-rasa di tekak keenakan kuih tersebut... apalagi... balik rumah selongkar almari dan terus buat kuih yang diidam-idamkan... haa kuih kaswi goyang ini akibat terpengaruh dengan gambar kaswi yang terlentuk di fb si cantik manis Nor Hayati Ramlan lah... selang 2 hari selepas itu Ita Masam Manis pula tayang kaswi goyang nya di blog Masam Manis dengan kisah nostalgia yg sungguh menyentuh hati.... aduh laaa... itu pasal la mak gumuks... sindiran anak-anak... hehehe


KUIH KASWI GOYANG INUL

Resipi dari : Lyn Ab Rahman, NOr Hayati Ramlan, Ita Masam Manis

BAHAN:
1 1/3 cwn tepung gandum
1 1/3 cwn tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis-warna lg cntik
2 helai daun pndan- simpulkan
1 sudu teh kapur-bukan air kapur yea

Cara2
1.Msak kn gula psir dan gula merah
bersma air..masukkan daun pndan
2.Lepas suam msuk kn tepung tdi
bersma sedikit kapur...guna whisk
or blend pon bole .
3.Tapis kn ke dlm
loyang yg di sapu minyk
4.Kukus dlm 25 minit Siappp..
Dh sejuk gaul kn bersma kelapa putih
**Yatie tambahkan 2 sudu besar kicap pekat@ kicap karamel utk kuih kelihatan gelap spt diatas.Yatie guna loyang 10x10x2 inci dan kukus 35 minit.


Kaswi goyang Inul... pergh! compem sedap dan wajib cuba... mabeles 5 bintang you... !!!


Saturday, July 30, 2016

Putri 2 Sebilik


Ahai... tetiba tekak ini teringin nak makan kuih muih tradisional pulak... kuih zaman dulu-dulu yang ada inti nyior dan ada aroma daun pisang yg harum... maklumlah asyik makan kukis moden ajer, kan...

Asalnya nak buat kuih badak berendam... tup tup kuih putri 2 sebilik pulak jadi nya... walaupun rupa paras sang putri agak debab dan hodoh sikit... haha! Layan aje lah yek...


PUTERI DUA SEBILIK  
Sumber : Ita Masam Manis

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran 

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah 
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.




Untuk Inti Kelapa  
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.

Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B

Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 


Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau).  Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)  Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan... Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya. Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais. 

Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  


Hehe... puteri debab dan hodoh...



Sunday, January 17, 2016

Churros


Sebenarnya udah lama teringin nak buat kuih Churros ini... baru hari ini berkesempatan... bila belek resepinya nampak mudah dan bahannya juga ringkas sahaja... katanya churros sangat popular di Sepanyol, Portugis, Amerika Latin dan di Terengganu juga... orang Trengganu menggelarnya kuih belimbing... ada yang gemar ditabur gula halus dan sedikit cinnamon dan penggemar coklat pula cicah churros sama coklat cair... sedap dimakan hangat... garing di luar dan lembut di dalam...   


Pertama kali k.gee makan churros... rasanya ala-ala donut dan krim puff rupanya... patutlah anak-anak merengek suruh maknya buatkan... sedap rupanya... tambah bila dicelup coklat panas.. pergh! memang heaven! 


CHURROS / BELIMBING
Sumber : fb DARI DAPUR SEORANG AMATUR

1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*

1 cawan tepung gandum
1 bj telur B




Cara2:

1. Satukn air, gula, garam, esen vanilla dan mentega dlm kuali (sy guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut... dan mentega tu cair...

2. TUTUP api, masukkn tepung sikit2 smbil kacau dgn senduk...

3. Terus je balik2 kan tepung tu smpai doh yg lembut terhasil... Kalau doh tu berketul2, pedulikn jee... Take ur time utk uli doh bg licin yee... tak perlu tergesa2  Doh yg cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal. Tak melekat2 dekat tangan.

4. Telur pukul dadar sikit dn tuang dlm doh. Doh masih panas, jd trs je uli2 dgn senduk... Bila doh dh sejuk sikit dn blh dipegang, uli la dgn tangan smpai betul2 sebati dn takde lg ketul2 tepung.


5.  Masukkn doh dlm piping bag... dan paipkn ats dulang yg dialas baking paper (tujuan xnk bg melekat je...)  Seelok2nya guna piping bag yg tebal klau xnk 10 kali tukar bag... klau piping bag nipis, kompom pecah.  Guna star nozle utk corak belimbing yg cantik. Klau nk guna acuan samprit pn blh.

6.  Sementara dok paip Churros tu, blh la panaskn kuali minyak.  
Goreng smpai warna keemasan.
Jgn trlebih masa, nnti churros kita jd keras.


7.  Dip plak dlm hot coklat... mmg 'hot'



Sesuai untuk minum petang... cubalah

Saturday, January 9, 2016

Karipap comel


Sudah seminggu anak-anak bersekolah di tahun baru kan.,.. kerja-kerja menyampul buku sekolah masih belum lagi selesai... buku latihan, buku teks dan buku tulis semua perlu disampul... aduhai... banyaknya... lenguh badan dibuatnya... 

Tiba-tiba... 

"Mak..! petang ini buat karipap yea... dah lama tak makan karipap yg mak buat... karipap yang jual di kantin tu tak sedap... boleh ye mak...?! "

"Hmmmm... (sambil mengeluh) aduhai anak... kita baru nak berehat, dia oder karipap pulak... 

"Betul tu... makan karipap panas petang hari sama teh-o memang sedap..."  sampuk si ayah

Nampaknya esok lah pula sambung kerja menyampul buku.... nak menggodek karipap pulak... jom ke dapur..!


KARIPAP

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Daun sup/daun bawang/daun kari
Sedikit udang kering - tumbuk

Cara membuat inti:

1. Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
2. Masukkan bancuhan rempah kari, daun kari dan cili kisar. 
3. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biar sehingga daging empuk.  Kacau.
4. kemudian masukkan kentang dan bawang. 
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masak sehingga agak kering.  masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. 
8. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


PASTRI KARIPAP

Resepi Olahan : Amy

500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi 
Caranya :

Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik


Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung. 
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh.  Kemudian bolehlah di goreng.

Kaedah Mengoreng Karipap :
Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas.
Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol
Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.
Jadi pastikan minyak sederhana panasnya. 
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah bawah baru balikkan 
Bila dah betul-betul masak baru angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.


Layan karipap comel sambil sampul buku sekolah yg menimbun... heheh



Sunday, January 3, 2016

Kuih Talam Keladi Berlauk


Sambil bersantai petang semalam, sempat k.gee intai-intai dapor FHA... paling teruja kisah sambal totok Jawa asli yang banyak kali diulang tayang dengan aneka sajian dan resepi yang menambat selera... Kalau di Pahang sambal totok ini dikenali sebagai sambal hitam... mungkin adik beradik kot.... cuma mungkin orang Pahang banyak tanam pokok belimbing jadi sambal hitam Pahang dibubuh belimbing yang direbus hingga hitam... yang pasti sambal hitam dan sambal totok gerenti pedas... kan FHA?


Bila tengok kuih talam keledek berlauk bersama sambal totok jawa asli oleh FHA, k.gee terus terliur... kebetulan sambal hitam ada stok dan keladi beli dari pasar malam pun ada... alang-alang dah 'ngences' ni kata orang Jawa... jom ke dapor!!  


TALAM KELADI BERLAUK 
Sumber : Intai-intai Dapor FHA,
Resepi : Shiela Spicesjourney

Bahan A

175g tepung beras
40g tepung jagung (k.gee tak letak)
20 g tepung gandum
1 liter santan
sedikit garam

Bahan B
1 biji keladi

Bahan C
Sambal Hitam Pahang (k.gee beli)

Bahan D
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah lembut.

Cara-cara memasak
1. Keladi dibuang kulit dan potong dadu.  Rebus sehingga empuk. Toskan airnya.
2. Satukan Bahan A dalam periuk dan kacau di atas perlahan sehingga naik wap.
3. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser sedikit minyak.
5. Masukkan keladi yang sudah empuk tadi dan sambal hitam di atasnya.
6. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
7. Angkat dan taburkan lagi Sambal Hitamdiikuti bawang goreng, daun bawang dan cili merah yg dihiris.
8. Sejukkan sebelum dipotong.



Jemput minum petang... wallah!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015