Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Bandung soda


Salam Khamis semua... tetiba terjumpa post ni dalam folder 'draft'... Aci tak layan air yang sejuk sejuk di musim hujan ni... hehehe... layankan aje tekak sendiri kan...


BANDUNG SODA AIS
Resepi : UmmuZuhayr
  • Sirap
  • Air Gula
  • 3 tin susu cair
  • 4 botol Air ais Krim Soda
  • Secubit Garam


Cara:

Buat air sirap mengikut kemanisan yang kita suka. 
Tambahkan susu cair ke dalam air sirap. Masukkan air ais krim soda perlahan-lahan ke dalam bancuhan air. Timba air sirap bandung soda sehingga air membentuk lapisan buih di bahagian atas. Tambahkan secubit garam ke dalam air sirap bandung soda yang telah siap itu.



Nah! segelas untuk awak Bandung Soda yang mabeles... 



Thursday, September 4, 2014

Sirap selasih


Jom nyamankan tekak dengan sirap selasih buah kabung yang sejuk.... ermmmm



Sambil minum sambil kunyah-kunyah buah kabung yang kenyal...


Aaaarghhh....legaaa....


Friday, July 4, 2014

Melon blended


Alhamdulillah..

Syukur padaNya masih diberi peluang bernafas di dunia ini. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan mulia dengan sebaiknya... Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran pahala buat hambaNya yang bertaqwa...  


MELON BLENDED

1 biji buah tembikai
1/2 gelas air
Sedikit gula

Masukkan semua bahan ke dalam jus blender dan kisar.  Tuang ke dalam gelas dan tambahkan ais jika suka.  Sedia untuk dinikmati. 



Ermmm...nyamannya tekak....

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015