Showing posts with label goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Bawal goreng rangup


Pejam celik pejam celik... rupanya sudah berada di hari terakhir bulan Februari 2018... alangkah pantasnya masa berlalu... kalaulah ada tangan ajaib mahu rasanya menolak jarum jam mengundur  supaya jauh lagi perjalanan untuk sampai ke ambang jubli emas... haha! lupakan saje angan-angan untuk terus muda... harus terima kenyataan bahawa umur sentiasa berjalan ke hadapan kan.. hehe... gurau je... 

Apa agaknya menu makan tengahari ini...? ayam ke.. ikan ke... seafood ke... atau sedang berdiet makan sayur dan buah sahaja... apa-apa pon ambillah makanan yang sihat dan berkhasiat ye...

Lauk k.gee hari ini...anak ikan bawal putih digoreng garing... ikan disalut dengan sedikit rempah dan digoreng deep fry... memang rangup... kalau suka boleh dicicah sama kicap cili padi... meratah pon sedap...  Jom dapatkan resepinya di sini yea.... 101 Resipi Sajian Hati ke Hati... 



boleh dapatkan di Popular Bookstore seluruh negara...  

Sunday, January 10, 2016

Tempe goreng kering mak saya


Layan menu simple saje hari ini... tempe goreng kering sama ikan cencaru masak kicap... yang penting famili berselera makan... Teringat pada ayah k.gee yang memang sangat gemarkan tempe goreng kering yang emak buat... emak akan hiris nipis2 tempe dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung... kemudian goreng sampai garing... Sambalnya pula emak akan tumbuk cili padi dan bawang merah... bila sudah garing sambalnya, perasakan dan gaulkan dengan tempe tadi... mak ai! memang sedap dimakan sama nasi panas... 


Kali ini k.gee ubahsuai sikit resepi tempe emak... k.gee tambahkan beberapa urat kacang panjang (hasil tanaman encik hubby taw... ), ikan bilis dan sedikit sos tiram... 




TEMPE GORENG GORENG KERING

4 keping tempe
15-20 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 urat kacang panjang - dipotong kecil
Segenggam ikan bilis
1-2 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Caranya :

Tempe dipotong kecil dan nipis.  Goreng sampai garing. Angkat dan ketepikan.  Goreng ikan bilis sampai garing.  Angkat dan ketepikan.
Cili padi dan bawang merah dikisar / tumbuk hingga lumat.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi.  Tambahkan garam, kicap manis dan sos tiram.  Biarkan hingga garing.
Kemudian baru masukkan kacang panjang, tempe dan bilis.  Gaul rata.  Siap.


Meratah pon sodap ni...


Sunday, November 1, 2015

Ikan cencaru belah belakang


Dulu semasa tinggal di asrama, ikan cencaru adalah menu paling tidak digemari... kononya isi ikan keras dan tak sedap sehingga diberi gelaran ikan jaket... ramai yang sanggup berlapar bila makcik kantin menyediakan lauk ikan cencaru goreng atau masak kicap...

Namun bila masa berlalu dan berubah zaman.... tak disangka rupanya ikan jaket jadi lauk kegemaran... bakar atau goreng 'bodo' aje pon sedap...cicah sambal belacan atau kicap lada...  kalau rajin buatkan sambal gaul sama kelapa dan sumbatkan belakang ikan cencaru tu.... memaaaang sedaaap...!!! 



RESEPI IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan-bahan:-

Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
1/2 biji kelapa parut.*
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Garam dan gula secukup rasa *
Air Asam Jawa

Cara-caranya :- 

Lumurkan ikan cencaru dengan garam dan kunyit.
Sementara tu sediakan bahan bahan untuk di sumbat.
Bahan-bahan bertanda * di tumbuk sehingga halus.  
Perah kan air asam jawa. Gaul rata.
Sumbat kan ke dalam ikan cencaru tadi.
Panaskan minyak dan goreng.  Kalau nak bakar pun boleh


Siapa kata ikan cencaru tak sedap... rugi wooo...


p/s:  ops...abaikan typo error tu yea... dah tua....hik2x


Wednesday, October 14, 2015

Lidah buaya Ma'al Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah buat semua umat Islam di mana jua berada srta salam kemaafan jua dipinta... Semoga kita semua mampu berhijrah ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah swt dan junjungan Nabi Rasulullah saw..


Menu snek yang ringkas sempena cuti tahun baru Ma'al hijrah... Kuih lidah buaya atau juga dikenali sebagai kuih tiram di setengah tempat... ada juga yang menggelarnya kuih lidah kucing... Bila belek2 album pagi tadi terpandang gambar kuih ini sewaktu bercuti ke negara gajah putih tahun lalu... rupanya kuih ini juga popular di Thailand...   hampir setiap hari kami membelinya untuk kudapan dalam kereta... memang sedap hingga menjilat jari kan.... 



KUIH LIDAH BUAYA
Resepi : Fiza Nordin

Bahan-bahan 

* 500gm tepung
* 1 biji telur
* 2 sudu margerin
* sedikit garam
* 160ml air
* **6 sudu tepung jagung**
* **6 sudu minyak**


Cara-cara

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.





Sambil menonton TV jom kudap-kudap lidah buaya...sedaaap....



Tuesday, October 6, 2015

Cucur jagung


Nampaknya keadaan jerebu di Kuantan sudah ada perkembangan yang baik...hari ini nampak cerah sedikit...  alhamdulillah... 

Balik dari ofis tadi terus encik laling request nak minum petang sambil bersantai di luar rumah... sempatlah k.gee godek cucur jagung (mujur ada stok jagung tin...) dihidang sama air nescafe panas kawkaw untuk kami berdua... ala-ala honeymoon gituuuu...hehehe      


Cucur memang menu simple dan ringkas... tapi bila ia dinikmati berdua-duaan sambil saling suap menyuap... ahai.. tetiba ia menjadi sangat istimewa sehingga tak sedar sekelip mata licin sepinggan... siapa kata orang bercinta makan tak lalu mandi tak basah tidur tak lena...? hahaha...orang tua bercinta lagi dasyat tau..! 


CUCUR JAGUNG SIMPLE

Bahan: 

1 tin jagung ~ jagung kernel dlm tin
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
Udang hidup/ikan bilis
2 biji cili besar - hiris nipis
Beberapa tangkai daun kucai
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:

Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam satu bekas, masukkan air sedikit2 dan gaul mengikut kepekatan yg dikehendaki. Lebih kurang macam buat cocodok bilis tu..kemudian panaskan minyak dan bolehlah digoreng. senang kan!


Wallah.... sedapnya cucur jagung yg Laling suapkan...
jangan jeles yea...




Thursday, August 20, 2015

Popia


Petang petang begini layan popia goreng yg rangup sama teh-o panas sedap juga ye... jom...!!


POPIA

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis, kacang panjang dsb.
1 biji telur
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya :

1. Tumis bawang putih hingga wangi.

2. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul.

4. Masukkan sedikit garam.

5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.

6. Ambil kulit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung. Buat sehingga habis.

7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.

8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.



Selamat minum petang sambil bersantai bersama keluarga tersayang...

Saturday, June 27, 2015

Karipap rangup emak memang best!


Karipap memang kuih kegemaran k.gee anak beranak terutama karipap yang emak buat... sejak dari zaman k.gee kecil-kecil lagi, kuih ini sudah menjadi menu wajib dalam sajian hidangan tak kiralah untuk santapan sarapan pagi, minum petang atau menu santai2... kami memang tak pernah jemu makan karipap air tangan emak dari dulu sampai sekarang... walaupun karipap emak ini agak leceh menyediakanya tapi emak tak pernah mengeluh bila kami adik beradik minta emak buatkan... kadang2 mengambil masa sampai 2 hari nak siapkan karipap.. apa tidaknya... mula2 nak bancuh tepung untuk jadikan kulitnya yang berlapis2 dan 'berpusing2'...(hehehe...karipap pusing daaa....) lepas itu nk buat intinya pulak... pastinya kena kupas kentang, bawang dan segala bagai... lepas itu masak pulak sehingga menjadi inti yg sedap... kena sejukkan pulak inti sebelum sebelum diletakkan atas kulit karipap... tak habis lagi... kena canai pulak doh... lepas itu kena kelim pulak tepinya kasi cantik dan beropol2... wa..wa..wa... manyak kilije woooo mau bikin karipap... eh! belum siap lagi... sudah kelim tepinya... susun dan barulah digoreng... goreng pulak ada standardnya... kuih mesti tenggelam dalam minyak yg penuh dan pastikan api yg perlahan... kalau minyak terlalu panas kuih akan hangus dan kulitnya menggerutu... kena bersabar goreng karipap ni... kata emak... barulah dapat hasil yg baik... baru puas hati...
  


Memang tak pernah jemu makan karipap emak... anak2 pun selalu request nak makan karipap yg wan buat... biasanya k.gee akan minta emak sediakan kulitnya dan yg lain k.gee buat... buat banyak2 dan frozenkan... senang bila dah ada stok, kan? Ok...jom kita buat karipap... boleh buat juadah berbuka puasa nanti... sudah 10 Ramadhan dik....



KARIPAP 

Bahan-bahan

Doh A
150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B
500 gm tepung gandum 
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak
Daun sup/daun bawang/daun kari
Sedikit udang kering - tumbuk

Cara membuat inti:

1. Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
2. Masukkan bancuhan rempah kari, daun kari dan cili kisar. 
3. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. Kacau.
4. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati. 
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masak sehingga agak kering.  masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. 
8. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:


1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil 



2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil. 



3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.


4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong 


5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis. 

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis. 

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya. 

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata, garing dan cantik.




 Karipap rangup emak saya memang terbaek...!!!

Saturday, May 23, 2015

Cucur Bilis


Petang hari layan cucur bilis memang ngam kan... walaupun ia menu simple dan biasa-biasa saje tapi kalau kena dengan seleranya dan dimakan beramai-ramai... memang berbaloi2 lah bancuh sekilo tepung... lawan kan dengan secawan kopi-o panas... aduh mak aii..!! mabeles....


CUCUR BILIS

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan taugeh
2-3 batang daun kucai
1/2 cawan ikan bilis
2 biji bawang merah
2 biji cili padi
Garam
Minyak masak
Air secukupnya

Cara membuatnya :

Masukkan kedua-dua tepung dan garam ke dlm mangkuk.  Panaskan sesenduk minyak masak dan curahkan ke dalam mangkuktepung tadi.  Ratakan.  Masukkan air, bawang, cili dan ikan bilis yng ditumbuk terlebih dahulu. Kacau rata.  Masukkan pula taugeh dan daun kucai yg dipotong kecil. Kacau rata.  

Panaskan minyak dalam kuali.  Gunakan sudu dan masukkan adunan ke dalam kuali satu persatu. Buat hingga habis.  Goreng hingga kekuningan dan garing.

Hidang bersama sos cili kegemaran.



Jemput lah...


Sunday, April 26, 2015

Uncang emas?


Uncang emas? wah..! aku kaya... aku kaya...!! haisy...awak ni mengigau ke apa? sapa encik hubby... sudah dekat pukul 1.00 ni pergi la ke dapur memasak untuk makan tengahari ini... kan anak bujang awak nak balik sekejap lagi... Lor.... aku tertidur rupanya tadi sambil membelek Majalah Saji dan blog geehut yg sudah lama tak berupdate... 


Inilah cover Majalah Saji keluaran bulan Mei yang k.gee belek-belek tadi... terover belek sampai tertidur dan mengigau pulak tu... hehehe... Sebenarnya ada 9 resipi Geehut dalam majalah ini dan uncang emas salah satu daripadanya... Seronok dapat berkongsi resipi dalam majalah tau... terima kasih banyak-banyak Saji... nanti ofer k.gee lagi yea... hihi

Uncang emas ini k.gee ilhamkan dari Thai Golden Bag resipi yang popular di Thailand... ianya ala-ala popia cuma diinovasikan menjadi seperti uncang... nampak lebih menarik dan menyelerakan... kan?


Sesuai untuk hidangan minum petang dan bersantai... 


UNCANG EMAS

Bahan-bahan

1 paket kulit popia saiz sederhana
Daun kucai untuk mengikat uncang

Inti
2 ketul isi ayam – dicincang/kisar
10 ekor udang – dicincang
1 batang karot – hiris nipis
3 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit lada sulah
Secubit garam
Minyak masak

Cara penyediaan :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.  Tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam dan udang yg dicincang tadi. Tambahkan serbuk lada sulah dan garam.  Kacau rata. Masukkan karot dan segera tutup api. Sejukkan.

Ambil 2 keping kulit popia.  Letakkan sesudu inti ditengahnya.  Buat seperti uncang dan ikat dengan daun kucai yg dicelur terlebih dahulu. 
Panaskan minyak dan goring uncang igga kekuningan dan garing.  Toskan minyaknya. 

Hidangkan panas-panas bersama sos kegemaran.


Yummy... jemput semua....


Thursday, March 5, 2015

Vadai ke Masala Vadai ?


Sudah sarapan? Pagi ini k.gee makan kuih vadai.. sendiri bikin tau!! seketul demi seketul masuk perut dengan secawan besar teh tarik... alhamdulillah kenyang perut... baru puas hati dapat makan kuih buatan sendiri... walaupun tidaklah sehebat yang dijual di luar sana.... haha


Apa yang k.gee tahu kuih vadai merupakan kuih tradisional masyarakata India... ia juga dikenali dengan berbagai gelaran seperti vada, vadei, wada, masala, masa lode atau pun vadai yang bermaksud adunan rempah... biasanya kuih ini menjadi sajian minum petang yang dijamu panas-panas dan garing... rasanya yang agak pedas dan berempah membuatkan ianya digemari bukan sahaja oleh masyarakat India malah semua golongan terutama masyarakat Melayu yang kini ianya banyak dijual di pasar-pasar malam dan gerai2 makanan...


Ok lah mai kita tengok resepi

VADAI
Sumber : Jintan Manis

Bahan-Bahan


250 gram kacang dal (direndam dalam air selama sekurang-kurangnya 4 jam, kemudian toskan)

2 tangkai cili kering - dihiris halus

1 tangkai daun kari - dihiris halus

1/2 labu bawang besar- cincang halus

1 camca teh jintan manis (biji)

1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Sedikit kiub ikan bilis (k.gee tambah)

.

Cara-cara

- Kisar kacang dal dengan blender. Tak kisah lah kalau ada yang tak hancur sepenuhnya.

- Campur dengan semua bahan. Rasakan garamnya.

- Leperkan dengan tangan dan goreng hingga kecoklatan.



Vadai... vadai... vadai...!! panas panas...
mari mari... 2 singgit...2 singgit...


Friday, November 14, 2014

Tengkujuh sudah mai...


Nampaknya musim tengkujuh sudah tiba... hari ini sedari pagi hujan turun dan cuaca di luar sana pun agak suram dan gelap... menurut laporan keadaan cuaca di sini berada di tahap jingga dan kemungkinan akan berlaku air pasang pada malam ini... amaran banjir pun sudah mula dikeluarkan... jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah berlaku banjir berhati-hatilah... pastikan simpan dokumen penting ditempat yg selamat, kemas barang-barang rumah di tempat tinggi serta dengar arahan pihak berkuasa... pastikan keselamatan ahli keluarga ya...!


Pastikan juga ada stok makanan kering di rumah... jangan sampai licin terus... maklumlah bila musim hujan memang malas nak keluar rumah sedangkan perut pulak asyik meminta minta... lapar memanjang... lagipun kerap kali di musim begini para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan... paling kurang pun ada stok ikan bilis, sardin, telur, minyak masak, tepung, biskut dan gula... bila lapar senang nak godek... kan?  


BILIS GORENG HITAM MANIS

Bahan:

1 cawan ikan bilis - cuci besih dan tos

10-15 biji cili api - potong kecil

1 biji bawang besar – di hiris nipis

2 sudu besar kicap manis

minyak untuk menggoreng



Caranya:
1. panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak.

2. goreng ikan bilis sehingga garing. sentiasa dikcau supaya garing sekata.

3. kemudian masukkan bawang besar dan cili api yang dipotong kecil tadi. kacau.

4. masukkan pula kicap dan gaul rata.

5. angkat dan bolehlah dihidangkan.




Menu paling simple tapi tetap menyelerakan...


Thursday, November 13, 2014

Cucur jagung


Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati...

ingat tak biduanita Noor Kumalasari...? haaa... ini lirik lagu MATA dari Noor... tetiba teringat kan dia...


Itulah kan... mata ini pantang tengok benda yang menarik sikit... mulalah tergoda... kadang-kadang berangan pulak tu bila tengok orang tayang itu dan ini... bila nampak cantik dan menyelerakan mulalah... terlioq taww..!!! terliur pada makanan aja yer bukan benda lain... jangan salah tafsir pulak yer... cubit kang!!


Sebenarnya cucur ini asalnya cucur kentang yang menjadi fenomena baru-baru ini... memandangkan kentang ada seketul sahaja dan jagung manis ada 3 tongkol baki buat bubur 2,3 hari lepas, so k,gee adunkan keduanya dalam 1 mangkuk dan jadikan cucur jagung... aci kan... hehehe.  Jom kita semak resipinya...


CUCUR JAGUNG
Resipi CnP : Paty's Kitchen
Olah rasa : gee-hut

3 biji kentang dibuang kulit dan diparut halus


1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 tangkai daun kucai (k.gee tambah)

3 biji cili hijau dihiris nipis

3 sdb tepung jagung

3 sdb tepung gandum

sedikit garam dan lada sulah

1 biji telur ayam

Minyak secukup untuk menggoreng deep fry


Caranya :

Satukan kentang parut (dan jagung yg dihiris isinya), daun bawang, daun kucai, bawang besar hiris, dan cili hijau hiris.


Masukkan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan telur, gaul rata

Jemput-jemputkan dengan sudu dan goreng deep fry sehingga kekuningan.

Sesuai dimakan bersama sos cili kegemaran. 



Jemput sarapan...
sudi-sudikanlah....

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015