Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Sunday, July 29, 2018

Sup sayur ayam kampung


Salam siaran semua... apa menu makan tengahari hari ini? Biasanya di hujung minggu banyak menu spesel terhidang...maklumlah ada banyak masa di rumah bolehlah sediakan aneka lauk pauk... kan...!

Hari ini k.gee tak berapa rajin ke dapur... seharian berkemas 'khazanah' dalam rumah yag sudah bertimbun-timbun... so masak yg rebus-rebus saje.. buat bubur nasi kosong berlaukkan sup sayur ayam kampung... kemudian tumbukkan sambal cili padi untuk abang haji yang suka pedas sama goreng ikan pekasam tabur bawang... itu saje lauk ringkas kami hari ini...   


SUP SAYUR AYAM KAMPUNG

2,3 ketul ayam kampung
Sayuran - karot, bunga kobis, kentang dan celeri
Daun sup daun bawang
Sup bunjut
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam 
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
Bawang merah, halia, bawang putih
Sedikit lada hitam

Cara:

Bersihkan ayam dan sayuran dan potong kecil.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg ditumbuk. 
Bila sudah naik baunya, masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sup bunjut. Biarkan sehingga ayam kecut. Masukkan kiub ayam.
Kemudian masukkan air dan kentang. Masak hingga kentang empuk. 
Tambahkan garam.  Akhir sekali masukkan sayuran, daun sup dan daun bawang. 
Jika suka boleh taburkan bawang goreng.



Tuesday, May 29, 2018

Tomyam seafood


Alhamdulillah... hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan... nampaknya ibu-ibu dan suri rumah sudah semakin rancak mengukis... sudah bersusun nampaknya kukis dalam balang untuk hidangan hari raya yang akan menjelang tiba... Juadah berbuka puasa semakin ringkas nampaknya... maklumlah tak terkejar dek tangan mana nak buat kukis lagi... nak siapkan baju raya sedondon lagi... langsir dan alas meja yang belum dibeli... aduhai... rasa nak putar balik kalendar ke belakang... kaan...  

Hari ini layan menu tomyam seafood mudah sahaja... tekak rasa nak makan yang masam-masam dan pedas pulak... jom...


TOMYAM SEAFOOD Mudah

Bahan-bahan:

2-3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil
200gm udang - bersihkan
1 btg serai- diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 biji bawang holand - hiris
1 helai daun Limau purut
3-4 biji cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - hiris
Sayuran- bunga kobis, karot, seleri 
2 sudu perencah tomyam putih
Air secukupnya
Garam

Cara :

1. Masukkan bawang, serai, tomato, daun limau purut, cili padi, perencah tomyam dan air ke dalam periuk.  Didihkan.
2. Kemudian masukkan uang dan sotong dan diikuti dengan sayuran.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan sayuran masak.  Tutup api dan angkat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau bihun.


Tuesday, January 9, 2018

Selamat Tahun Baru 2018


Yuhuuuuuu.....
Assalamualaikum....
Selamat pagi Selasa semua... 

Ya Allah...!! apa sudah jadi dengan dapor kesayangan k.gee ni.... ? Sudah jadi hutan simpan gayanya... ha! ha! ha! haaaa... silap silap haribulan tok harimau pun ada bertapa di sini kot... aum!!!

Entri suka suka kali ini... k.gee hanya nak mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2018" Semoga tahun baru memberi sinar baru cahaya baru dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt sentiasa... Harapan k.gee entri Sup Tenggiri Bonda ini menjadi inspirasi untuk k.gee terus berkarya di Dapor Gee Hut... sejuk sejuk begini layan sup panas sedap juga kaaa... he he he...


SUP TENGGIRI BONDA

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
6 ulas bawang merah – mayang halus
4 ulas bawang putih – mayang halus
2 inci halia- hiris memanjang
1 sup bunjut
½ sudu lada hitam - tumbuk
Daun sup secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya;
Panaskan minyak di dalam periuk Masukkan bawang  merah, bawang putih dan halia- goreng sampai bangkit baunya.  Masukkan sup bunjut dan sedikit air. Masukkan ikan dan masak hingga menggelegak. Tambah garam dan lada hitam. Hiaskan dengan daun sup. 


Salam rindu salam kasih sayang buat semua...  



Wednesday, June 22, 2016

Sup bebola ayam malas



Salam Nuzul Quran...

Hari ini k.gee nak kongsikan resipi mudah dan ringkas... Sup bebola ayam malas... hehe... ini bukan menu berbuka puasa tapi menu untuk orang demam di bulan puasa.... Sup bebola dimakan bersama bubur nasi dan ayam goreng carik2...  


Sup Bebola Ayam

Bahan-bahan:

10 biji bebola ayam frozen
3 biji bawang putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
1/2 inci halia - hiris
1 biji kentang - potong kecil
1/2 batang karot - potong kecil
Beberapa helai daun bawang - hiris
1 kiub pati ayam
Sedikit bawang goreng
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis
Garam

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama halia hingga naik baunya.  Masukkan air, bebola ayam, kentang dan kiub pati ayam. Biar mendidih. Akhir sekali masukkan karot, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Angkat dan taburkan daun bawang dan bawang goreng.



Semoga cepat sembuh...

Monday, October 26, 2015

Soto sempoi


Bila tekak teringin makan soto, buat jugalah walaupun bahan tak mencukupi... yang penting bahan utamanya ada cuma 'aksesori' sahaja yg tidak lengkap... soto ala kadar atau soto sempoi namanya... hehe...



SOTO 

A. Sup
1/2 ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
5 ulas bawang merah kecil, dikisar
5 ulas bawang putih, 
dikisar 
1 inci halia muda, dikisar 
1 batang serai, diketuk 
1/2 sudu rempah sup - dibuat pes
1/2 sudu rempah kurma - dibuat pes
1 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang)
5. Didihkan dan sesuaikan rasanya




B. Pegedil
5 biji kentang - dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
200 gm daging kisar
5 ulas bawang kecil, digoreng keemasan
½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
1 sudu teh garam
2 biji telur, dipukul
1 sudu kecil lada sulah/serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Masukkan ke semua bahan (kecuali minyak) ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
3. Panaskan minyak
4. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

  

Sempoi tapi sedap... 


Saturday, October 10, 2015

Bihun Bakso


Bila tengok Bakso sedap! yang Ita  tayang kat blog  Masam Manis tempohari, 2,3 kali juga k.gee telan airliur... sebenarnya k.gee tak pernah makan bakso tapi penangan gambar-gambar si Ita membuatkan menitis-nitis air liur ku dibuatnya... aduh mak aiii...terliurnyaaa.... !! 

Nasib baik ada stok daging korban dan bahan-bahan lain dalam esbok... terus saje k.gee menggodek buat bihun bakso stail Ita...  

Assalam Ita, minta izin ye cnp resipinya...  



BAKSO
Resepi Oleh : Che'Iza
Rujukan : Ita Masam Manis

1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu



Bebola Daging

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata
Bulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan


Kuah Bakso

1/2 kg tulang ~ ita tambah
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah




Subhanallah... memang puas hati memang mabeles...


Friday, May 29, 2015

Kuey Teow Sup


Kue teow sup simple menu makan malam hari ini... sambil layan Drama Ayuni Safira di TV9... Kebelakangan ini keadaan dan kesibukan tugas memang tidak mengizinkan untuk berblog... jengok pon sekali sekala aje.... 'menembak' jauh sekali.... apatah lagi nak mengupdate... kadang-kadang terfikir nak tutup jer dapur maya geehut ini... bimbang bila habuk dah menimbun nanti... tak jumpa pintu masuk pulak... amacam... setuju tutup?  


Syabas kepada blogger yang rajin mengadap blog memasing setiap hari.... yg tak pernah kering idea memasak atau idea mengarang.... syabas! korang memang hebat...! 



Kuey Teow Sup
(Rujuk dari blog seseorang tapi lupa nama nya...)

Bahan-bahan

1 bungkus Kuey Teow
500gm daging lembu - jangan dipotong 
1 biji bawang besar di belah 4
4 ulas bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan diketuk 
Air secukupnya
Rempah penumis secukupnya
Sedikit kiub ikan bilis/kiub ayam
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan air dan celur kuey teow. Tos dan ketepikan.
Daging dibersihkan dan rebus sekejap hingga mendidih kemudian buang air rebusan. Ini supaya kuah supnya menjadi jernih dan cantik.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang diketuk sekejap sahaja. Masukkan air. Kemudian masukkan daging yang direbus sekejap tadi.  Terus rebus semula daging bersama-sama bahan bahan lain sehingga daging betul-betul empuk dan lembut. Perasakan dengan garam secukupnya.

Apabila hendak menghidang, barulah potong daging yang direbus bersama kuah sup tadi dan curahkan kuah panas ke atas kuey teow. Tabur daun bawang, daun sup dan taugeh.  Hidangkan bersama sambal kicap.

  

Jemput lah...


Friday, February 14, 2014

Nasi sup


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia...Sabda Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat".  Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat Islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Subhanallah Alhamdulillah  La ilaha illallah Allahuakbar...


Hidangan serba ringkas hari ini nasi bersama sup ayam... maklumlah tuan tanah kurang sihat jadi layan sup memujuk tekak yang perit dan meragam...


NASI SUP
(Ikut style Wana Potret kasih)

untuk nasi   1 pot beras - dimasak seperti masak nasi biasa  

Untuk sup

K.gee gunakan bahagian rangka ayam, bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk (dipotong kecil2 )

Untuk Tumisan

3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.

2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam.  Jika suka boleh tambahkan ubi kentang, karot dan sayur2an lain yg digemari.

3. Sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….

* Untuk menghidang... masukkan 1 scoop nasi ke dalam mangkuk dan tuangkan sup ayam tadi.  Sedia dinikmati.



Jemputlah....

Monday, January 20, 2014

Mihun sup harijadi Amirul


Selamat pagi Isnin dan selamat pagi kawan-kawan semua... Di harap hari ini hari yang membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam kehidupan kita... marilah kita sama-sama mulakan tugasan hari ini dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.   Semoga Allah takdirkan yang positif dan yang baik-baik saja buat kita... Amin...
 


Mihun sup ini k.gee buatkan sempena ulang tahun ke-20 anak k.gee  Amirul Asyraf baru-baru ini... Mihun sup memang menu kegemaran Amirul... tambah-tambah digandingkan dengan pegedil dan sambal kicap... memang berselera dia makan... tak sedar sudah bujang anak sulung k.gee tu... terasa baru saja melahirkan dia pada tanggal 11 Januari 1994... Amirul anak yg cerdik sejak dari kecil walaupun zaman kecilnya kurang minum susu... dia lebih gemarkan  sirap dan ribena... mujur tumbesarannya normal dan aktif seperti kanak-kanak lain...  semasa berusia 4 tahun dia sudah mengenal huruf dan nombor... setiap pagi dalam perjalanan ke pusat jagaannya dia akan membaca nombor2 plat kenderaan di hadapan... sewaktu 5 tahun Amirul sudah pandai membaca jadi selalulah k.gee belikan dia buku cerita kanak-kanak dan komik... Amirul menduduki peperiksaan UPSR sewaktu berusia 11 tahun dan pada usia 12 tahun dia sudah melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz di Shah Alam... sedih juga sewaktu nak meninggalkan dia di asrama dalam usia yang masih muda... mujurlah dia pandai membawa diri dan cepat berkawan... Setahun menuntut di Shah Alam dan kemudian dia menyambung pengajiannaya di Maahad Tahifiz Negeri Pahang di Kuantan... di sini Amirul aktif bersukan equestrian sehingga dia terpilih mewakili skuad equestrian Pahang di SUKMA 2012 dan SUKMA Kuala Lumpur 2013... Subhanallah... Allah kurniakan anak yg berbakat kepada kami...

Hari ini Amirul menyambung pula pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kapal terbang di sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan... Syukurlah dan semoga Amirul terus sukses dalam pelajarannya dan menjadi anak yang soleh... 
  

  

PEGEDIL

200 gm daging (cincang/blender hingga hancur)
200 gm ubi kentang
daun bawang - hiris
daun sup - hiris
bawang goreng
lada hitam - tumbuk
sedikit garam
1 biji telur
minyak utk menggoreng

1. Kupas kentang, potong, cuci dan toskan. Goreng hingga kekuningan. Tumbuk hingga halus.

2. Sediakan bekas dan masukkan daging yg dicincang/blender tadi, kentang lecek, garam, lada hitam, hirisan daun & bawang goreng. Gaul hingga sebati.

3. Bentukkan bulat dan leperkan...buat hingga habis.

4. Panaskan minyak dengan api kecil....salut pegedil dengan telur dan goreng.
 

MIHUN SUP

Bahan A:

1 paket mee hoon - rendam dan celur hingga lembut
Bahan Kuah Sup:

500 gram daging / tulang 
1 bungkus rempah sup bunjut

Bahan-bahan untuk ditumbuk/kisar:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 sudu rempah sup serbuk

Rempah penumis:
*1 inci kulit kayu manis
*3 kuntum bunga lawang
*5 biji bunga cengkih
*2 biji buah pelaga

Garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan:

Daun sup dan daun bawang dihiriskan
Bawang goreng
Cili merah dihiriskan

Cara Penyediaan

1. Rebuskan tulang/ daging sehingga daging lembut.
2. Tumiskan rempah pemunis beserta rempah serbuk hingga wangi dan masukkan pula bahan-bahan yg dikisar tadi bersama sup bunjut. Kacau.
3.  Masukkan pula daging/tulang beserta air rebusannya dan tambahkan lagi sedikit air. 
4.  Biarkan sehingga mendidih.
5.  Sesuaikan rasanya. Tutup api.


 

Jemputlah...

Monday, November 25, 2013

Mi sup bilis


Salam Selasa tengah malam Isnin dan salam sejahtera buat semua... sehari dua ini tuan tanah tak sedap badan... sakit tekak, batuk dan selsema... alahai... lebih sejam menunggu giliran berjumpa doktor di klinik... rupanya ramai yang senasib dengan tuan tanah.... sindrom musim tengkujuh....


Bila tekak meragam ni, mulalah mengidam yang bukan-bukan.... nasib baik masih ada kudrat nak menggodek di dapur... masak yang mudah dan ringkas saje... tuan doktor pesan kurangkan makan yang berminyak dan pedas2... seeloknya makanan yang lembut dan sup.... baiklah tuan doktor.... jom layan sup bilis...


MI SUP BILIS
Resipi : Sup Ringkas Kue Tiau oleh Suwarsi M.Arukin (Menu Lengkap 100 Resipi)
Olahan : gee-hut

100 gm ikan bilis (rebus dan toskan)
150 gm ikan bilis - goreng dan tumbuk lumat
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
750 ml stok udang (k.gee gantikan 1 kiub ikan bilis)
500 ml air
1 sudu teh minyak masak
Garam, lada sulah dan sedikit gula

Bahan tambahan :
Sawi, telur rebus, daun bawang dan homemade fish ball

Cara membuat :

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau.  Kemudian masukkan stok ikan bilis, ikan bilis yg ditumbuk tadi dan kiub ikan bilis.  Tambahkan air dan *fishball. 

Didihkan sehingga semua sebati. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah yang mendidih.  Sesuaikan rasa dengan garam, lada sulaha dan sedikit gula.  

Untuk menghidang, ambil sedikit mee dan letak dalam mangkuk.  Tambahkan bahan2 tambahan dan tuang kuah sup.  Sedap dihidang panas.  

* Homemade fishball : k gee gunakan 2 ekor ikan kembong, rebus dan buang tulangnya.  Kisar halus dan tambahkan sedikit tepung ubi, garam dan lada sulah.  Gaul rata dan gentel bulat2.  Panaskan air dan rebus fishball hingga masak. 



 Slruuuup.... sedapnya layan mi sup panas-panas....

Wednesday, October 23, 2013

Sup ayam simple


Bizi..bizi..bizi... jadual akhir tahun yang selalunya padat dengan aktiviti demi aktiviti... kadang2 tak sempat nak jengok ke dapur bila balik ke rumah pun sudah hampir senja... nasib baik ada hb yang memahami dan emak yang sentiasa membantu kerja-kerja di dapur... terima kasih hb dan terima kasih emak!


Ini sahajalah menu yang sempat k.gee godek... sup ayam yang serba ringkas digandingkan dengan ikan bilis goreng cili padi dan kailan ikan masin... k.gee masak sup saje yang lain emak yang sediakan... hehehe beruntung kan ada emak bersama kita...   



SUP AYAM SIMPLE


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji kentang - potong kecil
1 biji karot - potong memanjang
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup - cincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Masak:


1.Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk kasar. 

2. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini berserta sup bunjut sehingga wangi. 

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sekejap.

4. Tambahkan pula air dan ubi kentang.  Biarkan mendidih dan kentang empuk.

5. Bila sudah mendidih, masukkan garam, karot dan daun sup. Kacau rata.

6. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat menjamu selera....



Friday, June 7, 2013

Sup ikan merah


Salam Jumaat semua... Moga hari ini hari yang lebih baik dari hari semalam... Mari kita mulakan hari ini dengan hati yang syukur dan ceria serta fikiran yang baik-baik kerana kebahagiaan dan ketenangan ada dalam setiap kesyukuran. 

"Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Amin."



Hari ini menu ringkas lagi... sup ikan merah...ala-ala lauk orang demam... demam rinduuuu gitew... hehehe


SUP IKAN MERAH

1 ekor ikan merah - bersaiz sederhana ( dicuci bersih dan dikerat )

1 bungkus sup bunjut
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1 liter air
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Bahan hiasan :

Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Caranya :-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia yang ditumbuk kasar.  Masukkan ikan merah, sup bunjut dan kacau rata.  Tambahkan air dan garam.  Biarkan sehingga mendidih.  Jika suka boleh tambahkan tomato dan batang celeri dan sebagainya.   Sesuaikan rasanya dan tutup api.  Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 


Sudi-sudikan lah...


Saturday, May 4, 2013

Sesekali ubah selera...


Kalau asyik makan nasi saje hari2 jemu juga tekak ni, kan... apa kata hari ini kita ubah selera hirup bubur pulak... walaupun masih nasi tapi versi yang lebih lembut dan berkhasiat... bubur nasi bersama sup sayur... ermmmm... wallaaaa


Eh...eh! k.gee sihat bukan demam... cuma tekak ini saje teringin sangat nak makan bubur nasi... tak..!tak..! tak mengidam pon...! tolong lah...


Tak perlu demam atau mengidam kalau nak ubah selera.... keputusan di tangan anda... kalau rajin pergi godek2 sendiri... kalau kurang rajin... oda saja...! betul tak gitu? hehehe.... 


BUBUR NASI 
1 cawan beras ( dibersihkan)
1/2 halia - dihiris
Air secukupnya
sedikit garam

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga nasi kembang dan lembut.
2. Bila sudah lembut dan agak pekat tutup api.
3. Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama sup sayur, ikan bilis goreng dan telor masin...



SUP SAYUR

Bahan-bahan


1 cekak sayur (sawi, karot dll sayur kegemaran) potong ikut kesesuaian, basuh bersih dan toskan.
100 gm daging / ayam - potong kecil
4 biji bawang putih -  mayang halus
1 ketul kiub ayam
Garam secukupnya
Air
Sedikit minyak

Cara:

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga layu.  Masukkan daging, gaul rata dan tambahkan air.  Rebus sehingga daging empuk dan lembut.  Bila daging sudah lembut, tambahkan air untuk kuahnya, kiub ayam dan sayur-sayuran.  Masukkan garam dan kacau. Siap untuk dimakan bersama bubur nasi tadi.



Belum cuba belum tahu, kan.... cubalah!
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015