Bila tengok Bakso sedap! yang Ita tayang kat blog Masam Manis tempohari, 2,3 kali juga k.gee telan airliur... sebenarnya k.gee tak pernah makan bakso tapi penangan gambar-gambar si Ita membuatkan menitis-nitis air liur ku dibuatnya... aduh mak aiii...terliurnyaaa.... !!
Nasib baik ada stok daging korban dan bahan-bahan lain dalam esbok... terus saje k.gee menggodek buat bihun bakso stail Ita...
Assalam Ita, minta izin ye cnp resipinya...
Rujukan : Ita Masam Manis
1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng
Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu
Bebola Daging
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rataBulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan
Kuah Bakso
1/2 kg tulang ~ ita tambah
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah
Subhanallah... memang puas hati memang mabeles...
1 comment:
aaarrrghh menggiurkaaannn.....bakso salah satu makanan favoritku kak...
Post a Comment