Thursday, June 28, 2018

Pecal Jawa


Hari ini kami berbuka puasa dengan menu simple dan berkhasiat... pecal sayur yang sangat heaven...!! berselera sungguh makan dan sangat puas hati.. kuah pecal dari mak saudara k.gee, Maksu sangat sedap dan menepati citarasa k.gee sekeluarga...  kata maksu, ini kuah pecal resepi Jawa ori... pergh...!!


Memadangkan kuah pecal ini bukan resipi air tangan kak gee, jadi tiada resepi yang dikongsikan di sini yea...  k.gee cuma mix & match saje... celur sayur kangkung, pucuk ubi, kacang panjang dan kobis...  tauhu dan tempe dipotong kecil dan goreng sehingga garing... masukkan kuah pecal ke dalam bekas dan bancuh dengan air panas... kemudian masukkan kesemua sayuran dan kuah pecal ke dalam bekas dan gaul sehingga rata dan mesra... siap untuk dihidangkan... 


Tuesday, June 26, 2018

Salam Syawal 1439H


Cornflakes Madu@ Idil Fitri


Inilah satu-satunya cookies yang homemade di rumah kak gee... Yang lain semua k.gee main 'tunjuk tunjuk' jer... hehehe... Ini pun anak dara yang buat... cookies paling mudah, ringkas dan cepat disediakan... dan yang paling laris... sekejap saje sudah licin balang kuih...   


CORNFLAKES MADU

Bhn2..
125 gm cornflakes
63 gm butter
30 gm gula perang
3 sdb madu
Manik warna warni - utk hiasan

Cara2nya..
1. Panaskn butter dan gula perang dlm kuali sehingga cair.
2. Masukkn cornflakes ke dalam kuali dan gaul biar rata bersama adunan butter tadi.
3. Tuangkn madu dan gaul sebati. Angkat.
4. Susun mini papercup.  Ambil sesudu cornflakes dan sudukan dalam papercup, buat sampai abis dan taburkn manik warna warni ke atasnya.
5. Bakar dgn suhu 170'C selama 10 minit shj. Siap djamu. 


Cornflakes Madu enak rasanya
Dijamu bersama teruna dara
Aidil Fitri masih meriah sambutannya
Sudi-sudikan lah ke teratak hamba... 


Monday, June 25, 2018

Percik ikan kembung


Salam 11 Syawal 1439H... rasanya masih belum terlambat untuk mengirimkan ucapan Salam Aidil Fitri buat  sanak saudara, sahabat handai rakan taulan dan umat Islam di mana jua berada... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... 

Sudah lebih seminggu asyik layan juadah hari raya kan... ketupat lemang, rendang daging, ayam dan sebagainya.. hari ini tekak terasa nak makan ikan pulak... cuma di musim raya ini agak susah dapat ikan segar... layan apa yang ada aje lah yek  


PERCIK IKAN KEMBUNG    

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung segar
1 biji kelapa ~ diambil pati santan
2 batang serai ~ dititik
2 keping asam gelugor
2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar :
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inici halia

Cara-cara :
Mula-mula sediakan kuah percik.  
Masukkan bahan kisar berserta santan ke dalam kuali.  Tambahkan serai, garam, gula dan asam gelugor.  Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat.

Sementara kuah pekat, ikan dibakar hingga separuh masak.  Bila kuah agak pekat sesuaikan rasanya dan angkat.

Lumurkan atau percikkan kuah atas ikan dan bakar. Ulang bakar pada sebelah lagi. Buatlah beberapa kali hingga kuah melekat pada ikan.

Bila masak bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 10, 2018

Sambal garing pucuk ubi


Di sana sini kelihatan persiapan hariraya makin rancak... maklum lah tinggal 4 hari saja lagi Aidil Fitri akan menjelma.. Ramai juga yang sudah bercuti untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung halaman... terasa rindu dan sendu terkenang desa tercinta... 

Tetiba teringat sayur pucuk ubi yang digoreng garing, pedas dan rangup... sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng... hubby pula suka meratah begitu sahaja... Sambal garing pucuk ubi menu klasik dari ibu mertua... Al fatihah buat ibu mertua k.gee yang baru sahaja menemui sang Pencipta beberapa hari sebelum Ramadhan baru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin...  


SAMBAL GARING PUCUK UBI

Bahan-bahan :
2 ikat sayur pucuk ubi - buang tangkainya 
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ditumbuk/kisar :
10-20 biji cili padi
3 biji bawang merah
½ cawan ikan bilis
Sedikit belacan atau budu jika suka

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk.  Masukkan pucuk ubi dan kacau rata.  Tambahkan garam dan asam gelugor. Masak/goreng hingga pucuk ubi garing menggunakan api sederhana.


Wednesday, June 6, 2018

Bubur gandum iftar 21 Ramadhan


Assalamualaikum...
Hari ini 21 Ramadan... Bahang Idil Fitri sudah semakin terasa kan... Anakanak pun ada yang sudah mula bercuti... meriah lah rumah berbuka bersama anak anak yg dirindui... 


Sehari dua ini k.gee tak berapa sihat... tekak terasa pahit menelan makanan... hari ini k.gee buat manisan untuk melayan tekak yang meragam... bubur gandum bersama sagu mata ikan... ada juga yang menggelarnya bubur gunting sebab dohnya digunting untuk mendapatkan bentuk comel dan senang disuap ke mulut... terasa nyaman sedikit tekak... kan!   


BUBUR GANDUM

Bahan A(doh):
1/2 cawan tepung gandum 
Air atau air pandan.
Secubit garam

Bahan kuahnya:
2 cawan santan
1/2 cawan air
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Bahan C
Sagu mata ikan - rendam seketika

Cara:
1. Adunkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan

2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya kuahnya tidak berbintil.  Ambil doh tadi dan cubitkan atau gunting kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Buat sehingga doh habis. Biarkan mendidih dan doh gandum masak.

3. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Kacau rata dan sedia dihidangkan.


Sedap dinikmati sejuk ataupun suam... Selamat berbuka puasa...

Sunday, June 3, 2018

Itik salai masak lomak cili api


Semalam dapat itik salai buah tangan dari Negeri Sembilan... Alhamdulillah rezeki... harum semerbak baunya ala-ala aroma ayam golek... tak sabar nak memasak... Sebenarnya k.gee tak pernah masak itik... pernah makan sekali jer rendang itik di di rumah kawan... itupun sudah beberapa tahun yg lalu... Kata orang itik salai sedap dimasak lemak cili api... hai... memang peberet en hubby lah kalau masak yang pedas pedas... harus masak nasi lebih nampaknya... compom berselera...! 


Pertama sekali k.gee gugel resipi... oooh... orang Negeri Sembilan masak lemak itik tanpa menggunakan bawang... hanya halia, lengkuas dan sekilo cili padi... ops... sekilo! nak mampus...ceri beri nanti..! hahaha... 


ITIK SALAI Masak Lomak Nismilan
Resepi : fayreenmizan

Bahan-bahan:
-1/2 ekor itik yang telah disalai
-2 batang serai- dititik
-250gm santan pekat
-200gm air 
-1 helai daun kunyit
-1 sudu kerisik (k.gee tambah)
-garam  
-sedikit serbuk kunyit

Bahan tumbuk/kisar:
-10 biji cili api - boleh tambah kalau nak lebih pedas
-2 batang serai - dihiris halus dan kisarkan (ni optional ya... tapi rasa masakan memang lebih marvellous)
-1 inci kunyit hidup 
-1 inci halia

Cara-cara :
Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama bahan-bahan kisar yang lain. Campurkan bahan-bahan kisar bersama-sama itik di dalam periuk. Masukkan juga serai yang telah dititik. Masukkan air dan masak dengan api sederhana sehingga daging itik empuk. Selepas itu masukkan santan. Kacau-kacaukan kuah supaya santan tidak bergentel. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Apabila kentang sudah empuk, masukkan pula daun kunyit dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga semua bahan mesra. Siap!


Saturday, June 2, 2018

Gulai kambing stail Kelate


Salam Nuzul Quran...
Sempena cuti hujung minggu ini k.gee dan adik beradik bercadang untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama... kami potluck... k.gee masak gulai kambing, popia goreng dan badak berendam kuih feberet... pepagi lagi k.gee dan hubby pergi ke pasar membeli barang-barang untuk memasak... alamak! harga kambing selepas 0%gst makin mahal pulak... katanya stok daging makin kurang di pasaran... kadang-kadang peniaga di pasar suka mengambil kesempatan... maklumlah di musim perayaan permintaan daging makin tinggi... jadi mereka ingin mengaut keuntungan berlebihan... mereka menaikkan harga sesuka hati... haisy...!!  



Gulai Kawah Kambing Kelantan

Bahan bahan:
1 1/2 kg daging kambing
2 1/2 sudu besar rempah gulai
2 sudu rempah kurma dan 1 sudu rempah kari (k.gee tambah)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawah putih
1/2 inci lengkuas (k.gee tambah)
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
3 pek kecil santan
1/2 keping gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara cara;
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan kacau sehingga agak pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan daging kambing yang telah direbus dengan pressure cooker serta sedikit air rebusan daging. Kacau rata.


Friday, June 1, 2018

Kuih ketayap @ kuih gulung


Salam Jumaat... 
Sehari dua ini viral di laman sosial tentang kuih 'kuba guling' kuih yang popular di Kelantan... sedap katanya... terdetik juga rasanya nak mencuba kerana keunikannya menggunakan serbuk arang dari tempurung kelapa yg dibakar... Buat masa ini kita layan ketayap bang aji dulu ye... kuih gulung bukan guling... hehe


KUIH KETAYAP@KUIH GULUNG

Bahan Kulit [batter] 
1 cawan tepung gandum 
2 sudu besar minyak
1 1/2 cawan air jus pandan 
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 1/2 cawan air dan tapiskan] 
1 biji telur 
beberapa titik pewarna hijau 
secubit garam 
Bahan inti: 
1 cawan gula merah 
1 cawan gula biasa 
1/2 cawan air 
1 biji kelapa parut muda 
2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Cara: 
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. 
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan. 
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan 
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak. 
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. 
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya. 
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas. 
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan



HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015