Selamat pagi sayang
Apa khabar engkau di sana
Kan ku tunggu kau datang
Walau di dalam mimpi
Hatiku kan bernyanyi....
Lagu retro ini ditujukan khas buat yang tersayang yang berada nun jauh di sinun, di hujung tanah air... dengan ucapan semoga yang di sinun dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt... aminnnn
He he he... jangan jeles you... i miss my sayang... ahai! ok ok... nah.. nah! ambil lah sorang semangkuk pengat pisang bersagu k.gee ni... buat dessert selepas sarapan pagi ataupun untuk minum petang nanti... musim2 cuaca tak menentu ini selera tekak pon tak keruan... siang malam nak makan yang manis2... jangan diserang diabetes sudah ler....
PENGAT PISANG BERSAGU
4 biji pisang nangka (dipotong-potong)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping gula melaka/ gula merah
1 cawan sagu biji
sehelai daun pandan
1/2 cawan gula
secubit garam
Cara :
1. Mula-mula k.gee buatkan puding sagunya dulu. Bilas sagu dengan air, lepas tu rebus... masukkan gula sikit ( tak payah manis sangat, sebab nanti makan dengan air gula ). Masa rebus sagu tu, kacau selalu supaya tak begentel dan biarkan sehingga sagu kembang dan berkilat. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
2. Kemudian masak pengat pisang pula. Dalam periuk masukkan gula melaka, santan cair dan daun pandan. Masak sekejap dan kemudian maasukkan pisang nangka yang telah dipotong tadi... masukkan pula gula dan secubit garam. Sentiasa kacau perlahan2 supaya santan tidak pecah minyak... bila sudah mendidih tambahkan santan pekat dan masukkan puding sagu tadi ke dalamnya. Kacau sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan panas ataupun sejuk.
2 comments:
Salam k.gee.....
Amboi....nmpk manisan nie di pagi hari....sedap2....lama dah x mknnya.....
wah mnarik ni Kak G...pengat pisang ade sagu skali..sedapnya
Post a Comment