Friday, May 6, 2011

Ikan goreng taucu

Salam Jumaat semua.  Alangkah cepatnya masa berlalu...rasanya baru sahaja Jumaat minggu lepas jemput anak di asrama...dah muncul Jumaat lagi... apapun syukurlah kita masih diberi peluang bernafas dan menghirup udara di bumi ciptaan Allah swt ini... semoga peluang yg ada ini dapat kita beribadat dan mensyukuri segala nikmat kurniaaNya...


Menu ringkas hari ini ikan cermin goreng taucu...kebetulan ketika berjogging di tepi Pantai Sepat petang kelmarin terserempak dengan sang nelayan pantai yg baru pulang dr laut...agak tersentuh hati melihat hasil tangkapan mereka yg tidak sebanding dengan titik peluh yg mengalir...demi mencari sesuap nasi dan membesarkan anak2 ibubapa berkorban apa sahaja...apakah kita sanggup berkorban untuk mereka?Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. . Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa.  

Jom tengok resipi Ikan Cermin Goreng Taucu

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cermin ~ ikan2 lain pn boleh digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ dihiris
2 biji cili padi ~ dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugor
2 camca besar taucu
Air ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa(jika perlu)

Cara penyediaan:

1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan sos tiram dan juga taucu. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan air dan masukkan asam keping/gelugor.
4. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula.
5. Bila kuah agak pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

Thursday, May 5, 2011

Agar2 jem strawberry

Agar2 jem strawberry ni buat 2 hari lepas.  Sekarang ni musim panas, memang sesuai la jamu agar2 kan...? Akceli jem dan halwa strawberry yang hubby beli di Cameron Highlands baru2 ni tak berusik...terus godek2 jadi agar2 merah ni...


inilah jem dan halwa strawberry dari CH tu...sebenarnya pengusaha produk ini usahawan bimbingan program SDSI (satu daerah satu industri)..siap ada kilang dan ladang sendiri...syabas syarikat KHS.

mari kita lihat resepinya pula...mudah saje

10 gm agar2
1 liter Air
1 cawan gula
2 sudu jem strawberry
10 biji halwa strawberry
Pewarna merah (jika suka)

Masak agar2 dan iar hingga hancur.  Masukkan gula, pewarna merah dan jem strawberry.  Potong kecil2 halwa dan masukkan ke dalam acuan.  Tuang agar2 ke dlm acuan yg ada halawa tadi.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.  Cubalah...

Tuesday, May 3, 2011

Demam blended orange cake

Aum cak !! kenapa..tak percaya? Memang betul...inilah blended orange cake yang menjadi kegilaan chef2 blogger kebelakangan ini...macam bermusim pulak dan berjangkit-jangkit... lepas seorang seorang pamer kek masing2...cantik2 pulak tu memang menggiurkan.... akak pon nak tumpang berjangkit juga lah...
Mudah buat kek ini, semua masyuk dalam blender aje...rasanya pun sedap dan kata kawan kalau biarkan bermalam lagi moist... huk aloh tak sempat bermalam...dah licin....

Dah ramai chef2 yang buat kek ini...nur, hana, diana, mas dan ramai lagi..semua dengan gaya masing2...syabas semua dan terima kasih kerana resipi yang sungguh sedap ini... Jom kita tengok resepinya... izinkan akak letak resipi di sini yer para blogger yg budiman...muahhh sayang semua...

Blended orange cake

1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )


Cara membuatnya :

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris. Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak

Layan sup

Malam ini layan sup ikan merah...pekena dengan ikan pekasam dan sambal cili padi... perghh!! berpeluh dahi dibuatnya...macamana nak diet selera sokmo...3 pinggan u.... Jom layan resepi nya...


Sup ikan merah

1 ekor ikan merah (bersihkan dan potong 3)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun sup dan daun bawang
1 butir sup bunjut
Garam
Minyak
Tomato (jika suka)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia yg ditumbuk lumat.  masukkan sup bunjut.  goreng seketika hingga naik baunya, masukkan ikan.  Gaul rata.  Masukkan air dan biar mendidih seketika.  Tambahkan garam.  Masukkan daun sup dan daun bawang.  Jika suka boleh tambahkan tomato dan hias dengan bawang goreng.

Monday, May 2, 2011

Pau goreng .... tembon

Juadah minum petang hari ini kuih pau goreng inti kelapa...Pertama kali buat kuih ni...biasanya kalau teringin nak makan beli aje ....hari ni cuba2 adun sendiri dengan adunan donut...sedap juga, lembut sangat dan gebu...cuma masa menggoreng terover sikit...

Resipi pau ini akak ciplak dari blog masam manis donut...baek punya... memang mantap..terima kasih tuan punya resipi...memang sesuai dengan tekak kami sekeluarga....habis 20 biji pau goreng walaupun terhangus....hihihi 

Pau goreng inti kelapa

Bahan-Bahan:

500 gm tepung roti
200 gm tepung gandum
11 gm yis/mauripan
100 gm gula halus
1 sudu kecil garam
100 gm butter/marjerin
200 ml air
4 biji kuning telur
minyak masak

Inti kelapa:

1 biji kelapa(ambil yg putih je)
Daun pandan
sedikit garam
Gula merah(agak-agak nk htm...isi lbh sikit)

** Semua bhn inti dimsk atas dapur...hingga masak.

Untuk buat Doh Pau:

1.satukn tepong, gula, garam, yis & butter, tuangkn air sdkt-sdkt sambil sebatikn adunan hingga jd doh.
2.Uli tepung hingga lembut & bulat2kn hingga menjadi 20 bebola kecil.letakkan dlm dulang yg telah ditaburi tepung sdkt.
3.Biarkn 10 min.kemudian bulat2kn doh & leperkn...isi inti kelapa & bulatkn kembali & lepekan sedikit.
4.Letakkan diatas daun pisang /dulang yg telah disapu dgn sdkt minyak(agar x melekat nanti).Ulangi hingga doh habis.
5.Biarkn naik/kembg & blh la digoreng hingga kekuningan....

Sambal itam ibu mertua

Sambal itam ibu mertua

Bahan-Bahan:

1 cawan ikan bilis
5 ulas bawang merah (kecil)
20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula ikut suka

Cara:
Tumbuk/blender cili dan bawang, masukan ikan bilis...tapi jangan terlalu hancur.
Tumis bahan - bahan tersebut..sampai masak...tapi jangan terlalu garing..klau nak lagi sedap..tambahkan bawang besar yang dipotong bulat...

* Sedap dimakan bersama nasi putih, roti atau bubur. Ibu mertua selalu buat sambal ni...memang kaw... cubalah

Sunday, May 1, 2011

Roti gulung pedas...sarapan ringkas

Hari ini 1 Mei ~ Selamat Hari Pekerja semua... masak sedap2 yer untuk suami dan anak2...Walaupun pejabat cuti tapi kerja di rumah tak pernah cuti kan...? Syabas semua...berkhidmatlah kerana Allah...semoga mendapat ganjarannya di hari kemudian....

Roti gulung pedas...menu sarapan yang ringkas dan mudah sempena cuti hari pekerja ni...(ketandusan idea la pulak...) barangkali penat mengemas semalam...lagi pulak malas nak keluar membeli sarapan ...so masak apa yang ada aja...apa yang penting?! perut kenyang...ahaiiii

Resepi Roti Gulung Pedas

5 keping roti gardenia
10 butir mushroom frankfuter
1 biji telur
2 biji cili padi
1 ulas bwg putih
garam
minyak

Senang saja menyediakannya.  Pukul telur dan campurkan cili dan bawang putih yg ditumbuk lumat.  Roti digelek nipis, letak frankfutter di tengah dan gulung. Selepas itu celup dalam telur dan goreng. 

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015