Friday, June 3, 2011

Ahai...cara ku

Rajinnya aku hari ini...lepas satu satu menu keluar... seronok cuti begini...layan dapor dan layan selera anak2... tapi kuih cara berlauk ini anak2 tak suka jadi kenalah tukang masak yang belasah sampai habis.... huuuu kenyangnya pewot....
  
Cara berlauk ni 1st time buat sebenarnya...selalu buat cara manis aje... saje nak try la konon... selongkar resipi kat dapor MaDiHa... sedap kuihnya...mekacih...minta izin tepek resipi kat sini pulak yer...


CARA BERLAUK



Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.


Cara Menyediakan Inti


1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.

Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat dan hidangkan...

Masak asam terung telunjuk

Tengahari ni masak asam rebus aje...bagus juga sesekali makan makanan rendah lemak ni kan... kalau dengan tekak akak ni sesuai sangat laa...ada pulak ikan goreng dan sambal belacan.., pergh !! 


Masak Asas Terung Telunjuk

BAHAN-BAHANNYA :-)

10 biji terung telunjuk (dibelah 2)
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
5 biji cili padi 5 biji bawang merah
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
1 keping asam gelugor
Secubit gula
Sedikit belacan (jika suka)

CARA :-)
1.Tumbuk lumat cili padi, cili merah, kunyit hidup dan bawang merah.  Masukkan ke dlm periuk bersama terung yg dibelah tadi.  Masukkan  air secukupnya juga belacan dan juga asam gelugor. Jerang hingga mendidih. Tambah sedikit garam dan gula dan masak sekejap. Hidangkan bersama nasi panas...
 

Donut cokelat pulak

Salam Jumaat dan salam Rejab semua... sudah masuk bulan Rejab rupanya...“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Kepada mereka yang mengambil kesempatan berpuasa sunat sempena 1 Rejab hari ini, tahniah  dan selamat berpuasa, semoga mendapat ganjaran dari Allah hendaknya...

Menu sarapan anak2 hari ini donut coklat... alahai pestime buat tak senonoh la pulak...comot sekali coklatnya... nasib baik la habis diorang makan kalau tidak ''kak long'' juga yang kenyang...  Sebenarnya donut ni lebih yg semalam, pagi ni goreng dan curah coklat... layan selera anak2...

Thursday, June 2, 2011

Crunchy lekor

Sudah minum petang? Puas fikir nak buat juadah apa petang ni...nak buat kuih muih rasa malas pulak... maklumlah masih penat lagi dek kerana menyoping kat parkson tengahari tadi... bukan penat ape penat memilih beli nya 2,3 benda aje...hahaha

Bercerita pasal menu minum petang... tetiba dapat idea nak goreng keropok lekor celup tepung... ermmm krap krup krap krup mulut memasing mengunyah keropok lekor... rangup!!  


Crunchy keropok lekor

5 batang keropok lekor
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung goreng ayam
Air
Serbuk roti

Cara : Keropok lekor di potong kecil2.  Bancuhkan adunan tepung di dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Masukkan keropok. Kemudian gaulkan pula dengan serbuk roti dan goreng hingga garing.  Sedap dimakan dengan sos cili atau sos pencicah. Cubalah....

Donut...ulang tayang

Letihnya ronda2 satu famili di Jualan Gudang Parkson Megamall... nampaknya orang sudah mula bershopping untuk hari raya (ye kot...?)... bagus juga beli awal ni, ramadhan nanti tak lah letih sangat... lagipun boleh jimat sikit...

Ini donut menu sarapan pagi tadi. Suka sangat resipi donut si Ita ni, lembut dan gebu... dan yang paling penting... sedapppp.... sudah banyak kali buat dan anak2 memang suka... Nak share satu info pasal buat donut atau roti.  Cikgu akak cakap kalau nak bagi roti atau donut tu cepat kembang, masukkan dalam oven pada suhu 45 C selama 40 minit, sure kembang punya... cubalah......

Memandangkan ini menu ulangan, resipi boleh intai di sini yer... akak guna resepi yang sama cuma buat separuh adunan saje... dapat 20 biji donut cumil sais S....

Wednesday, June 1, 2011

Roti bantal golek..eh..eh!

Eh..eh..!! bukan bantal golek la... ini roti guling namanya...ops gulung la bukan guling... bukan laaa roti sosej kan mak..? apapun namanya itulah menu sarapan anak2 di rumah pagi ini... Jom layan 


Senang saje nak sediakan roti bantal golek ini, jom ke dapor...

Roti sosej gulung

Bahan-bahan:)
8 keping roti gardenia
8 batang sosej - akak guna sosek mushroom
1 biji telur
serbuk roti

Cara-cara 1.rebus sosej hingga kembang sikit dari saiz asal 2.sambil tunggu sosej direbus - lenyek nipis tiap2 keping roti gardenia tu 3.gulungkan sosej dalam roti penyek itu tadi. 4. celupkan gulungan roti tadi kedalam telur yg telah dipukul 5.kemudian cepat2 golekkan pula dlm serbuk roti - then terus goreng hingga jadi kaler golden 6.angkat dan toskan - kalau suka potong2 secara serong dan siap untuk dimakan panas2 - cicah ngn sos + mayones ..pergh...selamat mencuba - amat mudah


Banana choc bottom cake ~ tertunai sudah

Yabedabeduuu.... tertunai sudah hajat nak buat kek glamour ni... yg glamour di kalangan chef2 blogger... walaupun akak bukan chef tapi teringin juga nak menayang kek ini...ahaks

Sebenarnya dah 4,5 kali merengek suruh hb carikan pisang berangan nak buat kek ini tapi tak jumpa2...mujurlah masa ronda2 di pasar tani temerloh baru2 ni ada, terus sambar... memang teringin sangat nak buat dan rasa kek banana choc bottom ni... dah intai kat dapor ramai chef2 blogger...mmmm memang hebat dan gojes kek diorang tu... macam2 gaya ada... pandai betul lah diorang tu mendeko... gambar pun cantik2... makin jeles i dibuatnya....

Hehe... sukanya hati dapat buat kek ni... SAH!! memang sedap... terima kasih banyak2 kepada para penyumbang resipi kek yg enak ini.   Akak skodeng resipi di sini.  Thanks yer...

BANANA CHOCOLATE BOTTOM  CAKE
130gm Butter, softened
140gm castor sugar (I reduced it from the initial 225gm)
1 egg , lightly beaten
1 tsp vanilla essence
3 -4 medium ripe bananas, mashed or pureed
190gm plain flour
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda
A pinch of salt
30gm good quality cocoa powder
1/2 cups chocolate chips (I reduced from the initial 1 cup)
2 Tbsp milk

Method:
Cream butter and sugar until light and fluffy.
Add in the egg, vanilla essence and then the mashed / pureed bananas, beating thoroughly.
Sift together the flour, baking powder, bicarbonate soda and salt. Slowly add into the mixture in a few batch until well mixed.
Divide the batter into half. Add the cocoa powder to one portion of the batter and mix well.
Evenly spread the cocoa batter on a lightly greased and lined with parchment paper 8" inch square baking tin.
Spread the remaining plain batter on top and gently swirl it with a knife. Lightly sprinkle the top with chocolate chips.
Bake at 180 degree Celsius for about 30 minutes or the tester comes out clean when inserted to the centre of the cake.
Cool on the wire rack before cutting them into squares and serve.
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015