Thursday, January 12, 2012

Puding jagung


Adoi..doi..doi.. kenapa internet slow sangat ni... geramnyaaa.... tolooooonggg...!!! dahlah mood nk menghapdet pon lemau... dah naik kulat semuanya... mencinyaaa.....!!


Kesian puding jagung k.gee ni sudah 3 hari tunggu giliran nak masuk n3... nasib ko la puding... Sebenarnya puding ni emak k.gee yg buatkan... balik saje dari ofis tengok sudah terhidang atas meja... apalagi... terus ngap 3 ketoi you... !! ermmmmm sedap.... lemak berkrim! kantoi diet....kwang3x... Oklah, jom layan resepi pulak...


PUDING JAGUNG

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung kastad
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
secubit garam.
2 tongkol jagung manis
(atau boleh juga guna jagung dalam tin)

Cara-caranya:)

Parut jagung dan satukan bersama santan, gula dan sedikit garam.  Blend hingga hancur.  Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.

Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus).

Tuangkan dalam loyang atau acuan dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong.

Cak!! jom makan puding....


Tuesday, January 10, 2012

Mari sarapan kuih cara


Tetiba semalam tercetus idea nak mencara pulak.... apalagi terus set alarm pukul 4 pagi... ye lah, acuannya satu saja so kenalah awal sikit kalau tidak lewat pulak ke opis nanti... kuih cara memang mudah cuma leceh sebab mengambil masa panjang... inipun kak gee bancuh 2 cawan tepung saja... cukup untuk sarapan emak dan ayah di rumah dan tapaw untuk kekawan di opis... kawan2 opis memang seronok kalau dapat makan freee... heeee


Baik kuih cara manis atau kuih cara berlauk... dua2 kuih fav kak gee dan hb... satu pinggan tu sekali hadap jer... satu persatu kena ngap! tak sedar seminit dah licin...   Kuih cara ini kak gee buat guna santan sawit... beli di pasaraya semalam... santan sawit ini k.gee kenali masa di Pameran HALFEST ituhari... rasanya lebih kurang santan kelapa juga dan mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah, tidak meningkatkan kadar kolesterol, tidak menjejaskan jantung dan sudah pasti baik untuk kesihatan.  Maklumlah, bila sudah berusia ini kesihatan kena jaga juga, so sambil makan sambil jaga kesihatan, tak gitu...?




KUIH CARA BERLAUK

Bahan-Bahan:

½ kg tepung gandum
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
1 cawan santan
½ liter air
2 biji telur
2 tangkai cilI merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
4 sudu besar minyak masak

Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Mula2 sedaiakn intinya dulu. Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.



sebelum ngap... baca bismillah dulu yer...
kan CT...


Monday, January 9, 2012

Butter Cheese Cake..


Selamat  petang Isnin semua.... Pastinya ramai yg sedang berehat selepas makan tengahari yer... Apa pulak juadah minum petang nanti.... Jom buat kek... nak? Kek ini kak gee buat dua hari lepas untuk bawa balik ke kampung...  kebetulan ada stok butter dan cheese dan  k.gee tambah pulak 2 flavor ~ sunquick dan coffee... wow! semerbak baunya ...


Resepi asalnya dari Jun Yummylicious... tapi k.gee derhaka sikit.... heeeee... yang bawah tu flavor sunquick dan atasnya coffee... Terima kasih Jun, kek ini sangat moist, gebu dan semestinya..... yummy!! tak rugi mencuba kek ini, memang sedap.... sesiapa yg berminat boleh tengok resipinya di bawah yer...


Butter Cheese Cake wif coffee flavor
Rujukan :  Jun Yummylicious

1 1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
150gm buah blueberry (tak letak... ganti dgn coffee flavor)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur
2 sudu besar sunquick (yg ini k.gee tambah)

Cara :

Panaskan oven pada 160'c. gris n alas 2 loyang (adunan ni banyak sket..kalau ikut resipi ni dia bakar guna 1 loyang 4 segi 20cm n satu loaf pan). pukul butter, gula n esen hingga ringan n lembut. masukkan telur 1-1 n pukul. masukkan cream cheese n susu, pukul lagi. masukkan tepung n pukul rata. masukkan buah blueberry n gaul rata. bakar dalam loyang 4 segi selama 50min n dalam loaf pan selama 35 min.


Sebelum makan,
say..... cheeseeeee....

Sunday, January 8, 2012

Yang biasa2 saje...


Sunyi sepi blog kak gee kebelakangan ini... entah ke mana hilangnya mood nak berblogging.... kesibukan dan keterbatasan waktu barangkali... apapon hari ini kak gee sempat menyapu habuk2 yg sudah semakin tebal di blog ini.... harap2 selepas ini Allah permudahkan segala urusan dan dapatlah bergerak aktif semula... InsyaAllah.....



Resepi yang simple dan biasa2 saje dari kak gee... sayur bendir goreng belacan... kak gee suka makan dengan nasi panas dan ikan goreng... ermmm...  

BENDI GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

10 batang bendir
5 biji cili api
5 ulas bawang merah*
1 inci belacan*
Segenggam ikan bilis*
Garam dan gula secukupnya

Cara:

1. Tumbuk cili padi, bawang, ikan bilis dan belacan. Jangan terlalu lumat.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Sementara itu, potong bendir kecil2 dan terus masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. 
4. Masukkan garam dan gula.  Gaul rata dan boleh dihidangkan..

Wednesday, January 4, 2012

Berkhidmat untuk negara


Alahai...anak bujang akak... kenapa moyok jer tu....



Ooooooo.... kena pergi berjuang yer... 



Dapat elaun ke nih...? Yabedabedooo.....!!!


Heeee.... kan manis tu....
jangan susah hati yer sayang...
pasti dapat ramai kawan nanti....


Hamboiiii.... semangat waja nampak...



Jaga diri baik2 yer sayang... Mak tahu Along anak yg baik...





Mak doakan yg terbaik untuk Along....
muaahhhhks....

Tuesday, January 3, 2012

Kuih sagu nan sayu...


Sunyi rumah hari ini tanpa anak2... Along sudah ke PLKN di Temerloh, kakak sudah masuk asrama, Alif macam biasa di Tahfiznya... tinggal yang kecik si eQa jer... sayu jer rasa hati.... itupun esok eQa sudah mula bersekolah dengan status baru sebagai Pengawas atau Leader... ahai


Kuih sagu @ bronok ini kak gee buat semalam... buat minum petang sehari sebelum anak2 berangkat ke destinasi masing2... kuih yg simple, mudah dan cepat menyediakannya, kan.... makan pon senang... gulp..!! masuk tekak.... heee kenyang.  Mari layan resipi pulak yer....


Kuih sagu @ bronok

Bahan-Bahan:

1 cawan sagu (direndam selama sejam)
4 cwn air
1/2 cwn gula
1 sudu besar sirap ros
Kelapa parut (gaulkan dgn sedikit garam)

Cara membuat:

1. Masakkan air+gula hingga larut.
2. Masukkan sirap ros. Kacau sebati.
3. Masukkan sagu dan kacau hingga sagu kembang.
4. Akhir sekali, tuang dlm loyang dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk, potong dan disalut dgn kelapa parut

Sunday, January 1, 2012

Roti kismis yogurt... welcome 2012


Jari-jariku sakit semua..
Kerna bekerja hari-hari..

hehehe... dah lama tak bersiaran...
salam rindu semua....


Banyak aktiviti di hujung tahun... nak perabih bajet beb...
Untung2 tahun baru ini dapat lebih lagi bajet...
bolehlah kak gee naik pangkat... heee...
tabik bos!!  


Kak gee buka tirai 2012 dengan roti kismis yogurt resipi dak ijah mapin tu... terima kasih dik... sedap sungguh roti ni... lembut, gebu dan walla..... best!! Izinkan kak gee tepek resipi roti sedap ini di sini pulak yer...

ROTI KISMIS YOGURT
Rujukan : izah daut

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)

*izah dapat 16 ketul
300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)

*izah tak letak kismis

Bahan sapuan:

2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:

Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.

Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)

Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata

Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.

Canai adunan memanjang dan gulung.

Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.

Sapukan susu sejat.

Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.
 
 
SELAMAT TAHUN BARU 2012...
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015