Terkial-kial hari ini k.gee nak menghapdet... sebabnya lappy kesayangan k.gee tu anak bujang pinjam bawa ke kolej nak buat asssignment katanya.... adusssss... guna lappy baru ni tak familiar lagi so terhegeh2.... cap mohor 'gee-hut' pon tak tempah lagi...
Sebenarnya bukan ada menu special pon, setakat makan pasta goreng sempoi saja pagi ini... hajat di hati nak buat spagheti meatball... tup tup balik rumah semalam tengok tersalah beli pasta...bukan spagheti tapi fetuchini.... haiya! mata pon dah naik rabun.... terus hilang mood nak makan meatball... pagi ini fetuchini terjun dalam kuali dan goreng biasa-biasa saje lah...
PASTA GORENG SEMPOI
1 paket pasta fetuchini
1/2 paket daging kisar Ramli Burger
1/2 cawan sos piza (rempah piza + tomato puri)
4 butir bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - didadu
1 sudu cili kisar
1 biji buah tomato
2 biji telor
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Pasta direbus hingga lembut dan toskan. Ketepikan.
Panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga naik baunya. masukkan bawang dadu dan daging kisar. gaul sebati. masukkan sos piza dan buah tomato. tambahkan sedikit air, garam dan gula dan biar sehingga mendidih dan pekat. Bila sudah pekat, tuangkan pasta yang direbus tadi dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan. Senangkan...






































