Wednesday, July 4, 2012

SUKMA datang lagi...


Selamat Datang ke Kuantan... Selamat Datang ke Negeri Pahang... Selamat Datang kepada semua para atlet, petugas, penyokong dan pegawai2 pengiring ke Karnival Sukan Malaysia XV 2012 yang berlangsung dari 7 hingga 16 Julai 2012... Beberapa acara sudah pun bermula sejak 1 Julai 2012 lagi.... setakat ini Pulau Pinang mendahului dengan pungutan 5 pingat emas...


Kenapa tiba2 k.gee jadi duta Sukan Malaysia (SUKMA) pulak ni... hehehe.... K.gee bukan petugas atau apa2 pon cuma berbangga sebab Sukan berprestij ini dianjurkan di tempat k.gee... semangat kesukanan la kononya.... Lagipon pejabat k.gee menjadi agensi angkat kepada Kontigen Sarawak... dan lagi pulak anak sulong k.gee Amirul Asyraf salah seorang atlet mewakili Negeri Pahang melalui sukan equestrian... itu yang semanagt berkobar-kobar tu... Semoga beroleh kejayaan...


Oklah berbalik kepada menu hari ini, k.gee sajikan Kek Dragon sempena SUKMA... kek ini adalah kek chiffon dragon fruit... Masa k.gee out station ke Janda Baik baru2 ini dapat sebakul buah dragon dari orang kampung sana.... puas dah buat makan begitu saja teringin pulak nak mencuba jadikan kek... bila belek2 terjumpa resepi DragOn Fruit Chiffon Cupcake dari dapor Anncoo... keknya nampak lembut dan berspring... terus k.gee godek2 dan..... taraaaaa!!! inilah hasilnya.... sedappppp....!!




DRAGON FRUIT CHIFFON CAKE
Ingredients: (Thank you Elin of Elinuv's TIDBITS Corner for sharing this lovely recipe)

Sumber : Anncoo Journal

3 Egg yolks (use large egg 70g each)
25g Caster sugar
70g Dragon fruit puree
40g Corn oil
1/4 tsp Vanilla extract
55g Self raising flour
2 tbsp Corn flour

3 Egg whites
1/8 tsp Cream of tartar
60g Caster sugar

Method:
Whisk egg yolks and sugar until light and fluffy. Beat in dragon fruit puree, corn oil and vanilla extract. Light mix in self-raising flour and cornflour.

In a separate clean bowl, whisk egg whites, cream of tartar and caster sugar until fluffy and stiff. Carefully fold the egg yolk mixture into the beaten egg white until well combined.

Spoon batter into muffin liners.

Bake in preheated oven at 170C for 10 minutes then reduce temperature to 160C and bake for another 20-25 minutes or until a skewer inserted in the cake comes out clean.

Remove from the oven and invert cake immediately. Leave undisturbed until completely cooled.

Tuesday, July 3, 2012

Bingka labu ... ter'over'


Ha..ha..ha..ha... bingka labu k.gee terover hangus la pulak...kononya nak biar berkerak sikit...keluar dari oven letak pulak atas dapor... tup tup terlupa... apalagi... hitam legam la dia.... nasib baik masih boleh dimakan... kalau tidak... membazer jer kan... bunga tu sengaja enterprem... nak cover line you... hehehe


Bingka yang sedap ini hasil selongkar dari dapor Izah Daut... agak lama izah menyepikan diri, terasa rindu di hati... mungkin sibuk dengan urusan rumahtangga kot ataupun bisnes... apapon harap-harap Izah sihat di samping anak2 dan famili tersayang.... Izah! izinkan k.gee kongsikan resepi bingka labu ini di sini yer... buat pengubat rindu kononya... ahai...


BINGKA LABU

rujuk dari: Izah Muffin Lover
sumber: cik mat gebu@ myR
sumber: Kak Zana

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong

Monday, July 2, 2012

Agar-agar cendol


Salam pagi Isnin dan salam bulan Julai... pagi ini kena sapu2 habuk di pondok k.gee ni... maklumlah 3,4 hari out-station dapur pon sudah berdebu... tambah-tambah cuaca panas sekarang ini memang habuk berterbangan merata-rata... di setengah2 tempat kena serangan jerebu dan penduduk dinasihatkan pakai mask dan kena minum banyak air masak dan yang paling penting kena jaga kesihatan yer...


Di Janda Baik juga cuaca sangat panas... cuma untungnya tempat penginapan kami berhadapan sungai Pulau Santap... ohhhhh alangkah nyamannya kalau dapat berendam semasa cuaca panas2 begini... tapi apakan daya tugas perlu diutamakan.... tak sempat nak menikmati kenyamanan air sungai Janda Baik pon, sempat pandang2 jeling2 jer... huuuuuu.....


Apapon untuk nyamankan tekak, k.gee buat agar-agar cendol ajelah...
ermmm yummy!!



Agar-agar cendol

1 paket agar-agar
1 cawan cendol
1 cawan gula
1/2 cawan air gula melaka
1 cawan santan
3/4 liter air
1 biji telor (masukkan dalam santan)
Sedikit garam

Masak agar-agar dengan air hingga hancur, masukkan gula, gula melaka, santan, telor dan sedikit garam.  Masukkan cendol dan kacau rata.  Biarkan mendidih dan angkat.  Curah dalam acuan/loyang. Sejukkan.


Thursday, June 28, 2012

Choc bottom banana square


Assalamualaikum teman2 blogger dan para peminat pondok k.gee... Sarapan apa yer pagi ini? Mesti makan yang enak2 kan... biasanya kalau di Kuantan menu sarapan penuh dengan hidangan berbagai-bagai nasi... nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, nasi berlauk, nasi goreng, nasi kerabu dan tidak ketinggalan berbagai2 kuih muih dan pulut.... kalau sesiapa yang sedang berdiet tu eloklah makan di rumah saje dengan menu sihat memasing yer...


Pagi ini k.gee tak sediakan sarapan sebab penghuni di rumah semuanya berpuasa... eQa sorang tak puasa... lagipon k.gee akan bertugas rasmi ke Janda Baik jadi tak sempat nak ke dapor pagi ini... Choc bottom banana square ini k.gee buat petang semalam dan tapaw ke JB untuk rakan2 setugas.  Sebenarnya k.gee dah pernah buat kek ini 2,3 kali tapi resepi dari min's blog yang k.gee ambil dari nasilemaklover ini sangat sedap dan keknya sangat lembut... memang terbaek!


Chocolate-Bottom Banana Squares
Rujuk : nasilemaklover
(recipe source : adapted from Mins' blog, 1st posted by Hearty Bakes, with minor changes)

Ingredients:

125g butter, softened
120g sugar
1 egg (lightly beaten)
1 tsp vanilla / Rum
220g ripe bananas (mashed)
180g cake flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2tbsp cocoa powder
1/2 cup chocolate chips

Method

1. Line the base of a 8” square baking pan (removable base) with baking paper.
2. Sieve flour, baking soda and baking powder, add in salt and set aside.
3. In mixing bowl, cream butter and sugar till light and fluffy.
4. Drizzle in the eggs, vanilla/Rum and mashed bananas, beating thoroughly.
5. Add in flour mixture and mix it well.
6. Divide the batter into half. Add the cocoa powder to one portion of the batter. Spread cocoa batter in the baking pan then followed by another half of plain batter. Smooth the top.
7. Sprinkle top with chocolate chips.
8. Bake at pre-heated oven at 180c for 30mins or test batter done with a toothpick or fork.
9. Cool and cut into squares to serve.


Wednesday, June 27, 2012

Paratha gulung


Seronoknya bercuti... boleh relaks boleh lepak boleh tidur sampai tengahari.... yeeeehaaaa...!!!! dan yang paling penting boleh mengadap lappy 24 jam.... seronoknyaaa... kepada yang sedang bekerja tu... Selamat menjalankan tugas dan ikhlaskan diri anda.... sesungguhnya ada nikmat yang Allah sediakan...InsyaAllah  


Sambil berlepak-lepak di rumah, k.gee sediakan sarapan yang agak ringkas...  k.gee beli roti paratha segera, goreng, lapiskan dengan telur dan gulung... lepas tu cicah bersama kari dhal... ermmm yummy!! Yang penting senang, ringkas dan menepati selera sekeluarga....




PARATHA GULUNG
sumber : K.Zai, olahan : gee-hut

Bahan:-


5 keping frozen plain paratha
5 biji telor - dipukul sedikit
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.

Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, cili dan garam. Kacau rata.

Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.

Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.

Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari kegemaran dan sedap dimakan ketika panas2.
 


yummy!



Tuesday, June 26, 2012

Jantung hati ku...


Opocot! melatah pulak k.gee pagi ini.... bukan jantung hati laa tapi jantung pisang... hehehe menu orang kampong... maklumlah dah lama tak balik kampong rindu pulak rasanya... kena tunggu hingga aktiviti kesibukan sudah reda nanti baru boleh berehat di kampong.... sabarlah yer...  


Dalam sibuk2 pun sempat lagi singgah pondok buruk ini... itulah, kalau memang sudah minat apapun bisa di atur dong... Sambal jantung pisang ini lauk makan tengahari 2 hari lepas... k.gee gandingkan dengan ketam masak lemak cili api.... wah! sedap tu... Jom lihat resepinya yer


SAMBAL JANTUNG PISANG

1 biji jantung pisang - mayang halus
10-15 biji cili api
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
Sedikit belacan
Garam & gula
Asam keping

cara membuat :


Jantung pisang dihis halus, basuh dan toskan.  Tumbuk cili api, ikan bilis, belacan dan bawang besar sehingga lumat.  Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama jantung pisang Tambahkan sedikit air, asam keping, garam dan gula secukup rasa.  Masak hingga wangi dan garing.  Selamat mencuba...!


Monday, June 25, 2012

Kuih bakar comel


Salam rindu dan salam sayang buat semua... Kebelakangan ini k.gee agak sibuk dengan tugas2 rasmi di pejabat dan tanggungjawab di rumah... Kalau diikutkan hati memang meronta2 nak mengadap blog setiap hari dan bw ke dapor kawan2 tapi apakan daya... K.gee kena hantar dan jemput anak pergi trainning SUKMA setiap hari dan malamnya hantar dia balik ke kolej... hampir 100 km perjalanan pergi balik.... letih memang letih tapi demi minat dan masa depannya kenalah kita berkorban sikit kan...



Dalam kesibukan begini aktiviti memasak agak slow sikit. Apapun, memasak memang minat k.gee... heeeee.... Kuih bakar comel ini k.gee buat untuk sarapan pagi Sabtu lalu.... Biasanya buat dalam acuan besar dan masak dalam oven tapi kali ini cuba acuan kecil dan masak atas dapor gas saja... cepat siap dan sedap bila makan yang berkerak dan hangus tu, garing jer kan....



KUIH BAKAR COMEL

2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 cawan air daun pandan
1 cawan gula
2 biji telur
Secubit garam
Minyak untuk disapu pada acuan

Cara :  Satukan semua bahan kecuali minyak dan kacau rata.  Tapiskan.  Panaskan acuan dengan sedikit minyak, tuang bancuhan dan biar masak 10-15 mint.  Bila sudah masak dan garing, angkat dan hidangkan.
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015