Tuesday, July 10, 2012

Piza hotdog SUKMA


K.gee diserang demam Sukma.... semua menu ada Sukma... kek sukma, hotdog sukma.... hehehehe semangat kesukanan lah katakan...


Ini roti hotdog beritikan sos piza... k.gee buatkan khas untuk pengunjung Karvival Usahawan SUKMA terutama peminat dan penyokong acara sepaktakraw di Kompleks Sukan UIAM, Indera Mahkota, Kuantan. Jom ke sana....


Anak gajah ini namanya Tahan... dia yang tolong jualkan hotdog...
tengoklah tu... ceria selalu kan... macam k.gee.... hehehehe



Marilah ramai-ramai memeriahkan Karnival Usahawan Sukma 2012 ini....
sambil berbelanja sambil membantu usahawan Bumiputera kita berniaga...


Monday, July 9, 2012

Lapar...?


 Lapar? Jom join k.gee makan tengahari...


Sambal tumis udang favourite anak dara k.gee si eQa... sampai merah2 mata dan bibirnya makan sambal pedas tapi siap tambah nasi 2 kali... sama macam ayahnya hantu pedas.....


Ikan selar kuning kalau goreng garing2 rasa macam makan keropok kan...


Haaa....inilah favourite k.gee.... batang keladi masak tempoyak...
buat pedas2.... pergh!! sedapppp......
jemput makan semua....


Saturday, July 7, 2012

Doakan kami...


Ya Allah Ya Tuhan kami... mohon rezekikan yang terbaik buat anakanda kami
Amirul Asyraf dalam pertandingan equestriannnya...
aminnnn......


Friday, July 6, 2012

Percik gaya ibu mertuaku


Salam Jumaat salam ceria salam bahagia... bertemu lagi di pondok buruk k.gee ni... time sibuk2 ni tak boleh potpet2 lama2 yer.... nanti banyak pulak kerja yang terbengkalai kan.... jamu mata ajelah yer....


Menu kali ini ikan tambak masak percik stail ibu mertua.... Masa arwah ayah mertua ada dulu dia memang gemarkan ikan masak percik... biasanya ibu mertua k.gee guna ikan bawal.... isi ikan bawal yang putih dan lemak tu memang sesuai dibuat percik... makan bersama nasi panas atau meratah begitu saje pon sedap... tapi kali ini k.gee guna ikan tambak.... pernah tengok ikan tambak? k.gee pon baru pertama kali tengok... kebetulan masa k.gee tiba, ikan fresh baru sampai... terus sambar seekor...


PERCIK IKAN TAMBAK

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
serai satu batang
2 sudu cili kisar
1 keping asam keping
2 cawan santan
Daun kunyit
Garam dan gula
minyak



Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan dan dikerat 3 bahagian.  Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Ketepikan.  Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.  Tumis bahan hingga naik baunya.  Tambahkan cili kisar.  Biarkan bahan tumisan garing.  Masukkan serai, santan, garam, gula dan asam keping.   Kacau sehingga agak pekat dan naik minyaknya. Jangan terlalu kering biarkan berkuah sedikit.  Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata.  Taburkan daun kunyit yang dimayang halus dan angkat.  Sedia dihidangkan. 
jom makan percik...

Wednesday, July 4, 2012

SUKMA datang lagi...


Selamat Datang ke Kuantan... Selamat Datang ke Negeri Pahang... Selamat Datang kepada semua para atlet, petugas, penyokong dan pegawai2 pengiring ke Karnival Sukan Malaysia XV 2012 yang berlangsung dari 7 hingga 16 Julai 2012... Beberapa acara sudah pun bermula sejak 1 Julai 2012 lagi.... setakat ini Pulau Pinang mendahului dengan pungutan 5 pingat emas...


Kenapa tiba2 k.gee jadi duta Sukan Malaysia (SUKMA) pulak ni... hehehe.... K.gee bukan petugas atau apa2 pon cuma berbangga sebab Sukan berprestij ini dianjurkan di tempat k.gee... semangat kesukanan la kononya.... Lagipon pejabat k.gee menjadi agensi angkat kepada Kontigen Sarawak... dan lagi pulak anak sulong k.gee Amirul Asyraf salah seorang atlet mewakili Negeri Pahang melalui sukan equestrian... itu yang semanagt berkobar-kobar tu... Semoga beroleh kejayaan...


Oklah berbalik kepada menu hari ini, k.gee sajikan Kek Dragon sempena SUKMA... kek ini adalah kek chiffon dragon fruit... Masa k.gee out station ke Janda Baik baru2 ini dapat sebakul buah dragon dari orang kampung sana.... puas dah buat makan begitu saja teringin pulak nak mencuba jadikan kek... bila belek2 terjumpa resepi DragOn Fruit Chiffon Cupcake dari dapor Anncoo... keknya nampak lembut dan berspring... terus k.gee godek2 dan..... taraaaaa!!! inilah hasilnya.... sedappppp....!!




DRAGON FRUIT CHIFFON CAKE
Ingredients: (Thank you Elin of Elinuv's TIDBITS Corner for sharing this lovely recipe)

Sumber : Anncoo Journal

3 Egg yolks (use large egg 70g each)
25g Caster sugar
70g Dragon fruit puree
40g Corn oil
1/4 tsp Vanilla extract
55g Self raising flour
2 tbsp Corn flour

3 Egg whites
1/8 tsp Cream of tartar
60g Caster sugar

Method:
Whisk egg yolks and sugar until light and fluffy. Beat in dragon fruit puree, corn oil and vanilla extract. Light mix in self-raising flour and cornflour.

In a separate clean bowl, whisk egg whites, cream of tartar and caster sugar until fluffy and stiff. Carefully fold the egg yolk mixture into the beaten egg white until well combined.

Spoon batter into muffin liners.

Bake in preheated oven at 170C for 10 minutes then reduce temperature to 160C and bake for another 20-25 minutes or until a skewer inserted in the cake comes out clean.

Remove from the oven and invert cake immediately. Leave undisturbed until completely cooled.

Tuesday, July 3, 2012

Bingka labu ... ter'over'


Ha..ha..ha..ha... bingka labu k.gee terover hangus la pulak...kononya nak biar berkerak sikit...keluar dari oven letak pulak atas dapor... tup tup terlupa... apalagi... hitam legam la dia.... nasib baik masih boleh dimakan... kalau tidak... membazer jer kan... bunga tu sengaja enterprem... nak cover line you... hehehe


Bingka yang sedap ini hasil selongkar dari dapor Izah Daut... agak lama izah menyepikan diri, terasa rindu di hati... mungkin sibuk dengan urusan rumahtangga kot ataupun bisnes... apapon harap-harap Izah sihat di samping anak2 dan famili tersayang.... Izah! izinkan k.gee kongsikan resepi bingka labu ini di sini yer... buat pengubat rindu kononya... ahai...


BINGKA LABU

rujuk dari: Izah Muffin Lover
sumber: cik mat gebu@ myR
sumber: Kak Zana

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong

Monday, July 2, 2012

Agar-agar cendol


Salam pagi Isnin dan salam bulan Julai... pagi ini kena sapu2 habuk di pondok k.gee ni... maklumlah 3,4 hari out-station dapur pon sudah berdebu... tambah-tambah cuaca panas sekarang ini memang habuk berterbangan merata-rata... di setengah2 tempat kena serangan jerebu dan penduduk dinasihatkan pakai mask dan kena minum banyak air masak dan yang paling penting kena jaga kesihatan yer...


Di Janda Baik juga cuaca sangat panas... cuma untungnya tempat penginapan kami berhadapan sungai Pulau Santap... ohhhhh alangkah nyamannya kalau dapat berendam semasa cuaca panas2 begini... tapi apakan daya tugas perlu diutamakan.... tak sempat nak menikmati kenyamanan air sungai Janda Baik pon, sempat pandang2 jeling2 jer... huuuuuu.....


Apapon untuk nyamankan tekak, k.gee buat agar-agar cendol ajelah...
ermmm yummy!!



Agar-agar cendol

1 paket agar-agar
1 cawan cendol
1 cawan gula
1/2 cawan air gula melaka
1 cawan santan
3/4 liter air
1 biji telor (masukkan dalam santan)
Sedikit garam

Masak agar-agar dengan air hingga hancur, masukkan gula, gula melaka, santan, telor dan sedikit garam.  Masukkan cendol dan kacau rata.  Biarkan mendidih dan angkat.  Curah dalam acuan/loyang. Sejukkan.


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015