Friday, August 15, 2014

Pulut sambal bilis


Pulut memang menu kegemaran anak-anak k.gee... Biasanya pada hujung minggu k.gee akan masak pulut versi tanak dan digandingkan bersama sambal ikan bilis... sambalnya agak pekat dan kering dan ikan bilisnya digoreng garing... Kalau suka boleh juga pulut tanak dimakan bersama ikan masin, telur dadar, serunding atau pulut digaul nyiur...


Orang kata makan pulut mengakibatkan mata mengantuk dan badan jadi lesu... betul ke?  dan ada pulak yang mengatakan kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit dan kulit jadi cantik macam orang Siam   wallahu’alam...


PULUT SAMBAL BILIS

500gm pulut susu

Air secukupnya

Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, agak-agak sama paras dengan beras. Masak dengan api perlahan.


SAMBAL BILIS

Bahan-bahan :


•2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan ketepikan)
•20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
•2-3 biji bawang merah kisar
•1 sudu sos tiram
•garam dan gula secukup rasa
•minyak untuk menumis
•Asam keping

Cara:

•Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kisar sehingga garing. Masukkan sedikit gula, sedikit garam dan juga belacan.

•Tambahkan sos tiram dan asam keping dan masak sehingga sambal agak kering.

•Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan.

•Sedia dihidangkan



Salam Jumaat semua.....

Wednesday, August 13, 2014

Pizza cincai


Sambil belek-belek stok barang makanan dalam peti ais, tetiba... ting!! dapat idea nak buat pizza versi cincai versi ikut dan kata orang kampung... hehehe...   buat 5 keping, 2 keping untuk sarapan dan bakinya frozenkan.... bila-bila teringin nak makan nanti boleh bakar semula... senang kan?


HOMEMADE PIZA

Bahan sos :

25gm campuran rempah piza }
30 gm gula }
200 gm paste tomato }
(dlm tin eg:Leggos~ada kat Giant)

Cara: campur kesemua bahan, gaul sebati & perap 4-5 jam

atau  

kalau tiada campuran rempah pizza boleh buat sendiri begini....

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahan-bahan yang perlu : roti tortilla atau roti pita, lada benggala, sosej, sandwich burger Ayamas (digoreng dan hiris kecil), keju mozarella parut untuk ditabur atas piza. 

Caranya :  Sediakan tortilla, sapu sos piza dan susun bahan-bahan tadi di atanya.  akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan bakar.




Sedia dimakan panas-panas... nyum nyum...


Tuesday, August 12, 2014

Biskut 'Blooming Flakes'


16 Syawal sudah... biskut raya masih ada berbaki sedikit lagi.... wah! masa inilah biskut yang tinggal 2,3 ketul menjadi rebutan anak-anak... sedap juga rupanya makan serdak biskut raya ni...kata eqa sambil menjilat-jilat jari telunjuknya yang dicelupkedasar bekas kukis... alahai kesiannya...InsyaAllah esok emak buatlkan yer sayang.... janji emak kepada anak daranya walaupun sebenarnya emak sangatlah malas nk mengukis.... 




BISKUT BLOOMING FLAKES
Resipi : Cikgu Norzihan adik k.gee

Bahan-bahan :-

250gm butter
1 ½ cawan gula castor
2 ½ cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan cornflakes (hancurkan kasar/ramas)
1 cawan cornflakes untuk hiasan
Paper cup secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan cornflakes yang dihancurkan tadi.  Gaul rata
  3. Canai dan terap bentuk bunga.  Hiaskan dengan kepingan cornflakes di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 175 C selama 15 minit.

Thursday, August 7, 2014

Nasi impit kuah kacang


Ketupat atau nasi impit sama kuah kacang memang menu sinonim di hari raya... zaman dulu-dulu kena menganyam daun kelapa untuk buat ketupat... pernah juga terjadi ketupat tidak keras-keras malah menjadi bubur sebab tak cukup isi beras dalam anyaman... sekarang tidak susah lagi nak makan ketupat... beli saje ketupat segera tak perlu cari daun kelapa, tak perlu anyam menganyam tak perlu sukat beras... beli dan rebus... hanya perlu sediakan kuah kacang atau apa-apa bahan pencicahnya.... mudah kan?  


K.gee pernah belajar menganyam ketupat dengan arwah nenek dulu sampai berbelit-belit jari jemari... terhegeh-hegeh... puas lilit sana lilit sini... kadang-kadang jadi ketupat satay, kadang-kadang jadi ketupat bawang... kadang-kadang langsung tak menjadi.... hehehe... masa nak shooting kelmarin, k.gee cubalah kot-kot skill menganyam tu ada lagi... cer tengok ketupat daun kelapa tua k.gee tu menjadi tak..? haha...


Itu ketupat daun main-main saje... yang dalam mangkuk tu bukan ketupat daun kelapa tapi ketupat segera @ nasi impit gitu... beli, rebus dan makan... Kuah kacang tu encik Laling yang tolong buatkan kerana kebetulan hari itu jari k.gee terluka... terus k.gee jadi pengarah je suruh hb buat itu dan ini... k.gee tolong kacau-kacaukan kuahnya dan tolong rasa... wah! sedap kuah kacang encik Laling... caya lah...


RESIPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng bersama minyak hingga garing dan blender
Air secukupnya
Garam dan gula
Asam jawa
1 batang serai dititik

Bahan kisar :-

4-5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
10-20 tangkai cili kering

Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 kisar dan serai yang dititik hingga garing dan bangkit baunya.

2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi. Kacau perlahan2.

3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya. .

4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi impit.


Aura Raya masih ada lagi kan... jom pekena nasi impit kuah kacang....

Wednesday, August 6, 2014

Cucur semanis kurma


Terlanjur stok kurma masih ada berbaki, k.gee pon godek-godek buatkan cucur untuk iftar kami berdua semalam... kunyah panas-panas dengan irama krap krup krap krup tepung yang garing dan rangup... sedapnya... menu yang cepat dan ringkas saje bertemankan teh-o panas sebelum makan nasi berlaukkan ikan goreng berlada dan kobis masak lemak putih... alhamdulillah kenyang perut...


Sebenarnya banyak menu yang boleh dibuat berasaskan buah kurma, k.gee sempat skodeng kat SINI dan SINI... jus kurma pun ada di SINI... menarik kan? bila berkesempatan bolehlah mencubanya nanti... 


RESIPI CUCUR KURMA


10-20 biji buah kurma (dibuang biji)

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
Sedikt marjerin
Garam dan minyak masak

Cara :-

Gaulkan kesemua tepung bersama marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Tambahkan air dan garam dan jadikan batter seperti tepung goreng pisang. biarkan pekat sedikit. Celupkan kurma dengan batter dan goreng garing. Angkat dan sedia untuk dihidang.



Nah! satu troli kurma untuk anda...!

Tuesday, August 5, 2014

Pegedil Daging


Salam Syawal ke 9... tahniah kepada yang sudah selesai menunaikan puasa 6... k.gee baru nak mula berpuasa hari ini.... Mudah2an Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan... Bila berpuasa di kalangan orang tidak berpuasa ni, cabaran dan dugaan lebih terasa.... maklumlah semerbak bau aroma nasi lemak ayam goreng menu sarapan pagi rakan sepejabat di pantri bagai menggigit-gigit lubang hidung... maklumlah sudah agak lama tak menanak nasi lemak... terguggat juga lah iman sekejap... sabar... sabar...
  

Nak tayang menu hari raya memang tak dapek lah nampaknya... memang tak sempat nak menembak pon... Pegedil daging ini menu di bulan puasa itu hari... makan bersama bihun sup... biasanya kalau buat pegedil k.gee buat berlebih-lebih sikit sebab anak-anak suka makan begitu sahaja dicicah sambal kicap... memang sedap...



PEGEDIL DAGING

Bahan-bahan :-


3 biji kentang (saiz sederhana, buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
200 gm daging dicincang halus
1 sudu teh lada hitam - tumbuk halus
Garam
Bawang goreng
Daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.

2. Masukkan daging yang cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam, lada hitam, bawang goreng dan daun bawang yang dihiris halus.

3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Buat sehingga habis.

4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.

SAMBAL KICAP

Bahan2


2 ulas bawang putih
10-15 biji cili api
2 sudu besar gula
Kicap manis


Cara2

Curah semua bahan dalam blender dan kisar. Kalau suka boleh perahkan sedikit limau nipis sebelum dimakan bersama bihun sup atau soto.  

 

Kacau dodol di pagi hari
Keliling rumah pasang pelita
Hari ini masih Aidil fitri
salah dan silap maaf dipinta...

hehehe....


Monday, August 4, 2014

Semarak Eidul Fitri 1435H


Assalamualaikum...
Salam 8 Syawal 1435H... masih dalam mood berhari raya ke... ? haah! sudah tinggal habuk....? haha...tak mengapa.... malam nanti boleh godek2 lagi kan... k.gee pun baru plan nak membaking... raya baru ini tak sempat nak buat kek sedap... hari ini teringin pulak nak buat kek fesyen lama... kek guna marjerin.... tunggu yer sudah siap nanti boleh tayangan kat sini.... sambil2 tu bolehlah cuci mata tengok gambar-gambar raya k.gee yg tak seberapa ni.... heheh 


Kami beraya di kampung mertua di Felda Lurah Bilut, Bentong... seronok beraya di sini kerana masih mengekalkan suasana raya ala kampung ziarah menziarahi dan bertakbir rumah ke rumah...


Anak-anak k.gee yang sudah remaja belaka... 


Bersama sepupu sepapat mereka... setiap tahun berposing ber7...


Mertua k,gee yang sentiasa ceria bersama anak menantu cucu cicit... ramai sebenarnya tapi yang lain tak sempat bergambar... memasing sibuk....


Anak dara siapa ni... ?cute macam mama dia kan...? hehe


Salam Lebaran buat semua
Maaf Zahir dan Batin...

p/s: cantik tak orkid tiger kat belakang tu,,,,?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015