Friday, January 12, 2018

Ayam Kung Pao


Salam Jumaat...

Hujan masih turun berterusan...cuaca yang gelap dan sejuk begini kalau diikutkan hati, mahu rasanya berselimut lagi di atas katil... tapi apakan daya... seawal 6.30 pagi sudah keluar rumah menghantar anak ke sekolah... esok lusa mungkin tidak perlu seawal ini kerana eQa sudah mendapat tawaran masuk ke asrama... pasti mak dan ayah sunyi di rumah tanpa eQa, kakak dan abang2nya... semua anak2 sudah tinggal di asrama melanjutkan pelajaran... sayu pulak rasanya... 

Apapun... itulah kehidupan...

Baiklah... hari ini k.gee kongsikan resipi Ayam Kung Pao... hidangan yang ringkas, mudah dan menyelerakan... meratah pun sodap... 

AYAM KUNG PAO

Bahan-bahan:
400 gm ayam – potong kecil
2 sudu besar sos tiram
½ sudu teh lada sulah
1 sudu tepung jagung
100 gm kacang gajus
5-6 tangkai cili kering
1 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 biji lada capsicum
½ sudu teh minyak bijan
1 tangkai daun bawang
Garam
Minyak masak

Cara-cara :

Gaul ayam bersama tepung, sos tiram dan lada sulah.  Goreng seketika dan angkat.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan sos cili. Tambahkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan kacang gajus, capsicum dan daun bawang. Gaul rata. Sedia dinikmati.



Wednesday, January 10, 2018

Cap ayam jer...


Selamat pagi kengkawan...ini entri main main aje... warm up jari jemari yang dah keras kaku nih... hehehe... sesiapa yang suka makan sardin yang pedas sangat sampai berasap telinga.. kita geng...!!  Jom kita semak resipinya... 


SARDIN BERAPI

Bahan2
1 tin sardin (k.gee guna sardin cap ayam) 
10 -20 biji cili padi ~ tumbuk
3 biji bawang merah ~ tumbuk
1 biji bawang besar - potong bulat
6-10 biji cili api - belah 2 utk extra pedas
1 keping asam keping
Minyak utk menumis
Garam 

Bahan2
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk hingga garing dan bangkit baunya.  
2. Masukkan ikan sardin, bawang besar dan asam keping.
3. Kacau sebati. Tambah sedikit air jika perlu.  
4. Masak hingga kuah pekat.
5. Perasakan dgn garam.
6. Akhir sekali masukkan cili api belah tadi. 



Sudi-sudikanlah beli buku resipi k. gee nih... hehehe 



Tuesday, January 9, 2018

Selamat Tahun Baru 2018


Yuhuuuuuu.....
Assalamualaikum....
Selamat pagi Selasa semua... 

Ya Allah...!! apa sudah jadi dengan dapor kesayangan k.gee ni.... ? Sudah jadi hutan simpan gayanya... ha! ha! ha! haaaa... silap silap haribulan tok harimau pun ada bertapa di sini kot... aum!!!

Entri suka suka kali ini... k.gee hanya nak mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2018" Semoga tahun baru memberi sinar baru cahaya baru dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt sentiasa... Harapan k.gee entri Sup Tenggiri Bonda ini menjadi inspirasi untuk k.gee terus berkarya di Dapor Gee Hut... sejuk sejuk begini layan sup panas sedap juga kaaa... he he he...


SUP TENGGIRI BONDA

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
6 ulas bawang merah – mayang halus
4 ulas bawang putih – mayang halus
2 inci halia- hiris memanjang
1 sup bunjut
½ sudu lada hitam - tumbuk
Daun sup secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya;
Panaskan minyak di dalam periuk Masukkan bawang  merah, bawang putih dan halia- goreng sampai bangkit baunya.  Masukkan sup bunjut dan sedikit air. Masukkan ikan dan masak hingga menggelegak. Tambah garam dan lada hitam. Hiaskan dengan daun sup. 


Salam rindu salam kasih sayang buat semua...  



Saturday, May 20, 2017

Kuih tepung gomak


Alahai... kamera buat hal ke... atau tuan kamera yang buat hal ni...? awat nya gambar blur semacam... tuan kamera pon memang sudah lama tak turun padang... dah hilang focus barangkali... huhu... apapon sekadar nak berkongsi resepi kuih tepung gomak...   


KUIH TEPUNG GOMAK
Resepi : Raidah


Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk menyalut kuih

200g serbuk kacang hijau (k.gee beli yang sudah ready made)



Malam ini bolasepak Piala FA Pahang vs Kedah... 
Ale ale... Tok Gajah... go go!!


Wednesday, May 10, 2017

Kari sotong ala mamak


Aduh mak aiiii.... time hujan begini tarik selimut lagi best, kan... sebelum itu, k.gee nak kongsikan resipi kari sotong ala mamak untuk tatapan peminat... biasanya kari mamak tanpa santan tapi k.gee masukkan sedikit santan pekat untuk rasa yang lebih lemak dan berkrim... dan lebih kolestrol... huhu... Kalau suka boleh dimakan bersama roti, roti canai atau nasi hangat yg pastinya menjadi pilihan nombor satu k.gee....jom kari...! 

KARI SOTONG ala MAMAK

Bahan-bahan

·                     2 ekor sotong saiz besar
·                     1/4 cawan santan pekat
·                     3 ulas bawang merah *
·                     1 ulas bawang putih *
·                     1/2 inci halia *
·                     2 sudu cili kisar
·                     1 tangkai daun kari
·                     2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dengan sedikit air
·                     1 sudu kecil serbuk ketumbar
·                     ½ cawan air asam jawa
·                     Sayur bendir atau tomato – jika suka
·                     garam, gula secukup rasa
·                     minyak untuk menumis

Cara

1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.  Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk/kisar lumat.  Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah kari dan cili kisar hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air dan biarkan bahan rempah hingga pecah minyak. 
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan air.  Kacau rata.
5. Masukkan sotong, sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah.
6. Masukkan santan, sayuran dan masak seketika lagi biar mendidih dan pekat.

7. Angkat dan hidangkan.




Monday, May 8, 2017

Mochi



Menurut ceritanya kuih mochi merupakan kuih tradisi paling popular di Jepun... kuihnya kenyal, lemak dan manis intinya... kuih koci atau tepung gomak mungkin boleh dikatakan kembar kuih mochi... hehehe...


MOCHI


  • 1.5 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung jagung (disangai)  
  • 200gm pes kacang merah
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan air
  • pewarna pilihan

Cara :


1. Sediakan bekas, masukkan air, tepung, gula dan pewarna.  Kacau rata.

2. Tuang ke dalam loyang dan kukus 15-20 minit sehingga masak dan adunan kenyal.

3. Di atas dulang taburkan tepung jagung yang sudah disangai seketika dan letakkan adunan mochi di atasnya.   bentukkan mochi dan ratakan dengan tangan lepas tu masukkan inti kacang merah di tengah dan tutup bahagian yang terbuka.  Lakukan langkah tu hingga adunan mochi habis. 

4. Siapkan Snow Sugar lepas tu golekkan di atas mochi.  Mochi sudah siap untuk dimakan.




Sunday, May 7, 2017

Kerabu mangga


Lebat pulak buah mangga di belakang rumah k.gee... mungkin musim panas sesuai untuk tumbesaran buah mangga kot... kelmarin sudah petik sebakul untuk dibuat jeruk dan sebahagiannya k.gee bawa ke pejabat... kawan2 suka makan colek... 

Hari ini hubby request nak kerabu mangga... nak meratah katanya... teringat kerabu yang sangat mabeles masa melancong ke Thailand hari tu... Kerabu k.gee ini kerabu ala kadar aje... ikut apa yg ada dalam stok... kerabu malas namanya.... haha!




KERABU MANGGA ala GeeHut

10 biji mangga muda - dihiris nipis dan memanjang
1 ulas bawang besar - dihiris halus
5-6 biji cili padi - dihiris kecil2
2 sudu kacang goreng - tumbuk kasar
10-15 ekor ikan bilis - goreng dan tumbuk halus
1 biji lemoh - perah airnya
Garam dan gula secukupnya

Cara :
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan mesra.  Siap. Sedia dinikmati.





HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015