Sunday, April 17, 2011

Mi kari

Seronoknya dapat berhujung minggu bersama keluarga kan...? Makan bersama, boleh pergi shopping, berkelah atau paling tidak pon santai2 depan rumah sambil belek2 pokok orkid sambil minum fresh orange... cuaca panas begini memang sesuai benar dapat teguk ais...hmmm lega sungguh

Menu makan tengahari akak harini mi kari bersama jus strawberry. memang dah lama tak buat mi kari, itu yang berhajat tu...

Jom tengok resepinya...


1 paket mi kuning
100 gm sawi
20 biji telur puyuh ) direbus
2 biji cili merah
2 keping tauhu ) digoreng
1 cwn air asam jawa
Minyak masak dan garam

Bahan kuah
300 gm daging ayam
300 gm udang hidup
Santan
4 sudu besar serbuk rempah kari
4 ulas bawang putih ) kisar
4 ulas bawang merah ) kisar
1 sm halia ) kisar
10 tangkai cili kering ) kisar

Cara :)
Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yg dikisar hingga naik bau.
Masukkan serbuk rempah kari, garam. Masak hingga garing.
Kemudian masukkan ayam, udang  dan santan serta air asam jawa. Masak hingga mendidih.
Apabila menghidang, masukkan mi dan sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan bubuhkan telur puyuh rebus.

Jom lempeng...

Selamat pagi minggu...jeng..jeng..jeng...hari ini dapat idea masak Lempeng Nyior...yeehaaaa....!! kebetulan ada pulak sardin...fuhlamak...memang secocok la tu buat pencicah... 

Bancuh tepung gandum, nyior (kelapa parut laa...pilih yg agak muda sikit yek..) dan air garam.  Biar agak cair sikit bancuhannya, kalau pekat nanti keras pulak lempengnya. Panaskan non-stik pan dan lenserkan sedikit minyak. Letakkan 1 senduk adunan dan tutupkan pan dengan tudung [buatkan bentuk kecil..nampak comel] Masakkan dgn gunakan api paling minumum. Sedap dihidangkan dengan sambal sardin, gulai daging atau apa sahaja yang digemari.  Sesuai untuk sarapan pagi....Selamat mencuba...

Saturday, April 16, 2011

Salad strawberry


Hari Sabtu memang hari untuk berkreatif...daripada pagi sampai petang berputar aje kepala otak ni memikirkan idea2 untuk sediakan makanan...kadang2 tu masa belek2 blog orang macam2 benda terjumpa...itu yang buat kecor airlioq tu...memanglah besar sungguh kurniaan Allah kepada kita kan? otak yg sekecil itu mampu menjana berjuta idea...syurkurlah....


Idea nak makan salad strawberry datang tetiba...lepas aje lunch masa nak cari dessert teringat sos rojak 'mak bee'yang dah hampir expired...apalagi, terus dapat idea nak makan strawberry cicah kuah rojak...masam2 manis dan pedas.......sedapppp!!

 Mudah aje sediakan salad ni...sediakan strawberry dan kuah rojak...akak gunakan kuah rojak jenama mak bee... memang ngam...pedas manis pekat dan perghhhh...!! cakap tarak guna laaa........

Ermmmm....ada kacang lagi....dasat...dasat....
20 biji strawberry sekali ngap aje....melampauuu!!

Kuih talam tokyo

Talam Tokyo? Ada ke kuih ini di Jepun sana? Entah la...Dari mana datangnya kuih ni yer..? Oooo kata CMG kuih ni berasal dari Johor...mungkin ada orang Johor yang duduk di Tokyo kot... Pernah makan sekali di pejabat, sedap rasanya... kebetulan ada pulak sahabat bertanyakan resepi kuih ni...terus teringin nak mencuba...

Percubaan pertama membuat talam tokyo....yg warna ungu tu ada perisa keladi dan yang kuning perisa pandan.  Mmmmm...kalau nak rasa jemputlah datang ke rumah...ada satu loyang lagi...

Resepi : Kuih Talam Tokyo
Sumber : Maz

Bahan-bahan (kita guna loyang 4 segi 6 1/2 inci)
Lapisan Bawah
30g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
50g kelapa parut -amik yang putih je
1 sudu kecil garam
200ml santan

Cara-cara:)
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas
150g gula pasir
50g tepung kastard
400ml santan
1 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil air abu (kita tak letak,sbb xde,klu ada letak ye supaya lapisan atasnya tu kenyal elok)
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedkit paste pandan (kita bland daun pandan sekali dengan kelapa parut,kemudian ramas amik santannya)

Cara-cara:)
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong

Nasi goreng romantika

Selamat pagi sayang...my sayang seorang yang hebat...saya amat kagum...bersyukur sangat2 dikurniakan awak dalam hidup saya...i love you so much...yeay! jangan jeles ek....

Dek kerana hati sedang berbunga2...n3 pon ade unsur2 romantik gitu...ahaks... padahal menu biasa2 saje...sengaja bikin gempak!! Layannnnn.....

Resepi Nasi Goreng Romantika

Nasi sejuk

2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
1 biji telur
Ikan bilis (ditumbuk)
1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
10 biji cili padi  (ditumbuk)
1 inci belacan ( ditumbuk )
garam
serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam. Kacau.
2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
3. Masukkan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata.
4. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
5. Semasa menghidang hiaskan dengan frankfutter dan timun ( jika suka ).

Friday, April 15, 2011

Terung belado

Sudah makan malam ke? waaah...mesti sedap menu malam ni...dah telentang memasing...sah 3 pinggan tu...air tangan ibu lah katakan... Apa rahsia air tangan yer? Apakah air tangan seorang ibu itu mempunyai enzim khas yang dapat menambah kelazatan makanan? Apa yang pasti, setiap kali ibu memasak, masakan itu disulami dengan kasih sayang, ketika si ibu memotong daging, menyiang ikan, menumis bawang, mengalir air kasih sayang seorang ibu terhadap setiap makanan yang dimasaknya, setiap masakan yang dimasak  akan dipastikan bersih, secukup rasa dan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa cinta demi untuk memberi ahli keluarganya makan. Itulah rahsia keenakan masakan seorang ibu, cinta dan keinginan untuk berbakti, tiada ramuan rahsia, hanya sekeping hati yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Jom layan resepi air tangan malam ni... Terung Belado... i like!!

Bahan-bahan :-
1 batang terung panjang, dihiris
garam dan gula secukup rasa
Sos tiram

Bahan ksiar
5-7 biji cili merah
1 labu bawang besar
Sedikit ikan bilis
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng terung sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang lebihan minyak dan tinggal bakinya utk menumis.
3. Tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
4. Apabila sudah masak, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Tuang sos tiram dan gaul lagi. Letak sedikit sahaja air jika perlu.
5. Masukkan terung yang telah digoreng dan balik-balikkan sekejap sahaja kerana terung akan cepat lembik. Angkat dan boleh dihidangkan.

Mambang biru...

 Selamat Hari Jumaat! Alhamdulillah, Jumaat kembali dengan seribu nikmat dan rahmat dariNya...terima kasih Allah berikan kebahagiaan ini untuk kita... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Dia telah mengatur kehidupan begitu indah dan sempurna..bersyukurlah....

Hari ini akak cuma nak share kejadian si mambang biru yang bentan ni...huuuuu... sedih dibuatnya...udahlah mood nak membaking baru nak pulih..tup2x begini pulak jadinya...mujur iman di dada masih kukuh...kalau tidak....mambang masuk longkang lah....


Tatau di mana silapnya, kek sponge jadi bingka pulak...  mungkin derhaka kot macam yg CMG selalu cakap... ataupun belum habis menuntut gamaknya...maklumlah baru pra-sekolah....banyak lagi ilmu masak memasak ni tak tahu...pakat ikut2 resepi orang aje... Adoiii...!! Tak mengapalah...cuba lagi yer...gagal sekali tak bermakna gagal selamanya...


Apapon...mambang biru licin bawa ke opis...terima kasih kawan2 

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015