Monday, May 23, 2011

Al fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat

Tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak di hati setiap kali membaca kisah tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa Hulu Langat. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Dititipkan sekudus doa, semoga Allah mencucuri rahmat kepada hamba-Nya telah kembali ke pangkuan-Nya.

Sunday, May 22, 2011

Tilapia bakar tempoyak...pergh!!

Assalamualaikum... juadah apa makan malam hari ini? selera nampak..? sebenarnya malam ini akak cuma buat nasi goreng aje...menu ikan tilapia bakar tempoyak ni juadah hari Jumaat ituhari tak sempat nak posting sebab terus balik kampung...

Selera sungguh makan ikan bakar tempoyak ni cicah pulak dengan air asam...pergh!! sampai nak pecah perut dibuatnya...hehe... jom tengok resepinya yuk...

Ikan Tilapia Bakar Tempoyak

3 ekor ikan tilapia - bersihkan
1/2 cawan tempoyak
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kuiyit muda ~mayang halus
3 helai daun kunyit
garam
gula


Cara :
1. Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Tambahkan sedikit garam dan gula.
2. Campurkan ke dalam tempoyak.  masukkan daun kunyit muda yang dimayang halus dan gaul rata
3. Lumurkan bancuhan tempoyak ini ke atas ikan tilapia tadi.
4. Balutkan ikan dengan daun kunyit dan bakar.
5. Ikan bakar ini sedap dimakan / dicicah dengan air asam.

Minum petang ringkas

3 hari pintu rumah bertutup... sunyi sepi...baru hari ini nampak cahaya sikit... tapi mood nak ke dapur belum ada lagi...maklum saja lah kain baju berlonggok...nak uruskan benda yg berlonggok tu dulu baru boleh bersiaran....apapun jom kita layan minum petang tadi yg sangat ringkas...
   
Popia simpul kasih ini sempat buat masa balik kampong semalam....kebetulan ada stok serunding ikan beli masa pergi ke Trengganu baru2 ni, apalagi duduk menyimpul la semalam sambil2 melayan sedara mara di kampung...

Mudah saja menyediakannya semudah memakannya....tapi memerlukan kesabaran dan ketekunan. 

Jom tengok resepinya.

1 paket kulit popia
Serunding ikan
Minyak menggoreng
  1. Kulit popia dipotong segi 4.
  2. Letakkan serunding ikan ditengah dan gulung. Kemudian lipat dan simpul sekali (mcm simpul tali kasut).
  3. Goreng dengan api perlahan dan guna minyak yg banyak sehingga kekuningan dan garing.

Thursday, May 19, 2011

Kek Oreo

Salam semua....sudah makan malam ke? nak makan kek oreo...? alahai...minta maaf la yek...tak sempat nak pelawa, awal2 lagi dah licin... jerung2 di ofis akak ni pantang nampak makanan terus terkam....siapa lambat pakat kempunan laaa..... lain kali lah akak buat kan yek..?

Memang mabeles kek oreo ni...lembut, gebu dan mmmm delicious banget...tak rugi lah akak jenjalan kat dapor cik amy.. terima kasih banyak2....

Aik..!! kenapa nampak pelik pulak tu? Owww... pasal Abang Poi tu ye....itu jurufoto sambilan akak baru lantik semalam...dia kata kesian tengok akak terhegeh2 nak snap gambar sampai tergolek sana tergolek sini nak dapat pic yg cantik... haaa senang lah sikit bila dah ada jurufoto ni... Ok jom kita tengok resipi pulak. Resipi c&p dari blog si amy tu....

Oreo Butter Cake Recipe

Ingredients:

225g cake flour
1 tsp baking powder (omit this if you are using self-raising flour)
½ tsp baking soda
½ tsp salt
85g unsalted butter, cut into smaller pieces
170g sugar
2 eggs, beaten lightly
1 cup(240ml) non-fat unsweetened yogurt (I use Dutch Lady Natural Flavour)
1 tsp vanilla essence
80g Oreo cookies, roughly crushed (I use mini Oreos)Preheat oven to 180C and grease or line a 8-inch round cake pan.

What to do ? 
Sift cake flour, baking powder, baking soda and salt. Set aside.
Cream butter, Oreo cookies cream and sugar till it's light and creamy.
Add in eggs slowly. About 1 tbsp at a time and beating constantly for about 2 mins.
Fold in gently 1/3 of the flour mixture until well combined. Follow by ½ of the yogurt and continue fold in 1/2 of the flour mixture, mix till well combined. Then followed by vanilla extract and fold in the the remaining yoghurt and finally the remaining flour.
Lastly, add the crushed cookies and mix well.
Pour the batter into greased pan and arrange whole Oreos on top.
Bake for about 40 - 50 mins till skewer inserted comes out clean.


haaaa....kan dah kata..licin kena pulun

Kuih bakar kentang

Selamat pagi semua... sudah sarapan ke hari ini? Kalau sudi marilah sarap sama2 makan kuih melayu, kuih bakar kentang berperisa pandan...mmm lemak berkrim kesukaan ramai...

 

Kuih Bakar Kentang Perisa Pandan
* 2 cawan tepung gandum.
* 1 cawan gula halus
* 2 biji kentang (direbus dan lecek)
* 4 cawan santan
* 1 cawan air
* 3 biji telor
* 3/4 sudu teh essen vanilla
* 1/2 sdu teh garam
* daun pandan
* sedikit mentega atau minyak
Cara-caranya:-

* Panaskan ketuhar dalam 180'C.
* Loyang disapu dgn mentega lalu dipanaskan dalam ketuhar sebentar.
* Pukul telor dengan gula sampai kembang. Masukkan essen vanila, santan, garam dan air padnan lalu kacau sehingga sebati.
* Masukkan tepung dan kentang, lalu kacau lagi.
* Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 40-50 minit atau sehinga masak.
* Setelah sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.

Wednesday, May 18, 2011

Selera kampung

Malam ini makan malam selera kampung aje...masak lemak cili api ikan masin berterung... sedap, memang kena dengan selera kami sekeluarga lebih2 lagi my hubby... syukur alhamdulillah air tangan mendapat tempat di hati suami...ops, hati ke perut..?? ahaks


Masak Lemak Cili Api Ikan Masin Berterung

Bahan-bahan:


200gm ikan masin talang dipotong
500gm santan kelapa
3 biji terung bulat dipotong kecil
Asam keping
Garam
Daun kunyit

Bahan kisar:

5 ulas bawang merah
10 biji cili api
3cm kunyit hidup

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masukkan santan.
3. Kacau rata di atas api perlahan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan.

Tuesday, May 17, 2011

Umar danish~anak saudara baru

2 hari lepas pergi melancong ke Kuala Trengganu tengok anak saudara baru si Umar Danish. Jom layan pic si kecik tu...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015