Saturday, December 10, 2011

Pai epal


Tetiba tekak ini teringin nak makan pai pulak.... Apa kata pagi ini kita sarapan pai epal... semalam tengok 3 biji epal tergolek jer dalam esbok tu... terus dpt idea nak mengpai... tapi pai versi melayu lah... versi orang kampung jer....hehehe


Puas selongkar dapor orang nak cari resipi kulit pai.... dulu pernah buat sekali tapi kulitnya keras... kali ini cuba resepi yang ini pula.... ermmm memang rapuh....fillingnya pon sedap... cuma k.gee ubahsuai sikit buatkan pai mini supaya senang anak2 nak makan... Terima kasih Zai tuan tanah Teratak Impian.... minta izin k.gee abadikan resepinya di sini pula yer...



Pai epal
Sumber : Zai Teratak Impian

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara

untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.

Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.

Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.

canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)



Bahan-bahan inti:


4 biji epal hijau (dipotong dadu)
(k.gee tambah beberapa ulas buah prune)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:

Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.

Friday, December 9, 2011

Tempe balado


Salam Jumaat...hari yg penuh baraqah.... "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Didalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi dan syuhada, hingga para Nabi dan syuhada kagum." Saat ditanya oleh para sahabat, Rasulullah menjawab : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah, saling berkunjung kerana Allah dan saling memaafkan kerana Allah".  wallahualam...

Mari kita selongkar menu hari ini...Tempe Balado atau tempe goreng berlada... resepi mudah dan ringkas....


TEMPE BALADO

bahan2nya:


Tempe - hiris nipis dan goreng.
Ikan bilis - digoreng garing

2 biji cili merah
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukup rasa

cara2nya:

-Kisar kesemua cili dan bawang merah.  Tumis hingga naik bau. Tambahkan sos tiram dan garam dan sedikt gula.  Bila sudah garing masukkan bawang besar yg dihiris, tempe dan ikan bilis yg sudah digoreng tadi.  Gaul rata.  Siap !!

Boleh dimakan bersama nasi panas.... sila lah...


Wednesday, December 7, 2011

Ondeh-ondeh keledek


Tengok tu cek kak cek kak kita tak abis2 lagi menari di dapor... dari awal pagi tengahari petang malam dan larut malam pon ada di dapor lagi.... wadduh!! kesian yer buk.... hehehe...ibu mithali...!!

Hahaha...jangan marah yer gurau aje... Sudah ada ke juadah minum petang nanti... ? Haaa...jom kita gentel-gentel keledek buat kuih nak... petang semalam k.gee berbuka dengan ondeh-ondeh keledek tau... tetiba teringin makan keledek pulak lepas dah puas makan ubi kayu.... Jom kita jengok2 ke dapor...



ONDEH-ONDEH KELEDEK
Rujukan : LIN

Bahan-Bahan:-

2 Buku Ubi Keledek
- Garam Secukup Rasa
- Tepung Pulut Secukupnya

Inti:-
Sekeping Gula Merah-Di Potong Dadu

Hiasan:-
Kelapa Parut Putih
Secubit Garam

Cara:-
1. Bersihkan Ubi Keledek Dan Dipotong Dadu. Letakkan Dalam Seperiuk Air. Tambah Garam Secukup Rasa. Rebus Sehingga Keledek Lembut. Tapiskan.

2. Setelah Sejuk Lecek Keledek Sambil Masukkan Tepung Pulut Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh Yang Lembut.

3. Kelapa Parut Di Campur Dengan Garam Kemudian Kukus Selama Kira-Kira 2 Hingga 3 Minit.

4. Ambil Sedikit Doh Dan Letak Ditapak Tangan Letakkan Sekeping Gula Kelapa Ditengah-Tengah Dan Tutup Dengan Doh. Bulat-Bulatkan Seperti Bola Dan Ulangi Hingga Adunan Habis.

5.Didihkan Seperiuk Air Kemudian Masukkan Ondeh-Ondeh. Apabila Ondeh-Ondeh Telah Terapung Angkat Dan Golekkan Diatas Kelapa Tadi.


Selera ala kampong...


 Wordless Wednesday...boleh gitu...?


Sambal Petai Cili Padi

3 papan petai padi (diambil isinya sahaja)
10-15 biji cili padi } ditumbuk bersama bawang merah dan belacan
segenggam ikan bilis } ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit belacan
Minyak masak
Garam dan gula
Asam keping

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yg ditumbuk bersama petai.  Kacau sebati.
    tambahkan sedikit air. masukkan garam, gula dan asam keping.  Biarkan mendidih.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar yg dimayang bulat dan gaul rata.  Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Tuesday, December 6, 2011

Donut kentang... gaya anak-anak


Salam 10 Muharram... Ramai yg berpuasa sunat sempena hari Asyura hari ini... InsyaAllah pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. Banyak peristiwa penting yg berlaku pada tanggal 10 Muharram ini, antaranya Allah jadikan bulan,bintang, matahari dan cakerawala. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam. Allah menjadikan Siti Hawa. Allah menjadikan Syurga. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga dan banyak lagi.. sama-sama lah kita menghayati peristiwa sejarah dalam menegakkan syiar Islam... (kredit to : famili azam)

 
Mari kita ke dapor pulak... maklumlah anak2 yg tak berpuasa tu perlu dilayan makan minumnya... Donut kentang Fatmah dari dapor Izah Daut ni memang sedap...lembut dan menepati selera anak2... Tepat sekali kata Izah... Best ever donut!


Tapi bab mendeko akak memang serender awal2 lagi.... tangan tak seni weyhhhh.... main hantam aje... Yang ini semua anak2 punya design... diorang sukalah topping coklat tuh... Terima kasih Izah dan tuan punya resepi Fatmah... memang berbaloi..!! akak kongsikan resepinya di sini pulak yer...

DONUT KENTANG

resepi: Fatmah Bahalwan
sumber: Izah Daut

Bahan-bahan

500 gr tepung terigu protein tinggi *saya guna gandum
50 gr susu tepung
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.

Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.

Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.

Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.

Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Hmmmm ada sos coklat lagi...


Sedap...memang bebaloi.... cubalah

Monday, December 5, 2011

Kuih talam ubi ~ air tangan bondaku


Musim-musim hujan begini banyak pulak timbul ubi kayu....sana sini ada orang menjaja... sebenarnya macam2 juadah boleh dibuat dengan ubi kayu kan... kuih bingka, kuih talam, kek, apam, pengat, lepat, ubi rebus dan goreng pon sodap... pernah juga emak akak buat masak asam...sedap jugak


Kuih talam ini emak akak yang buatkan untuk minum petang semalam...tapi agak lembek sikit tang kepala dia tu...makan memang sedap cuma kurang cun rupanya, sememeh sikit... apapon air tangan bonda semestinya menambat selera kan....


KUIH TALAM UBI

Bahan-bahannya:-

Bahagian bawah

600gm ubi kayu yang diparut dan toskan airnya
160 ml santan cair.
200 gm gula pasir.
Sedikit pewarna kuning.

Bahgian atas:

600 ml santan.
1/2 tsp garam.
40 gm tepung gandum.
70 gm tepung beras.

Cara-caranya:

Satukan santan, gula pasir dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Tuangkan kedalam bekas yang mengandungi ubi kayu parut. Kacau hingga rata.masukkan sedikit pewarna kuning. Ratakan dan kukus 20 minit atau hingga masak dengan api sederhana.

Bahagian Atas.

Satukan semua bahan bahannya dan tapis. Tuangkan ke atas ubi kayu yang dikukus tadi. Kukus hingga masak. Apabila masak buka penutup pengukus dan biarkan di atas api selama 10-15 minit. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru dipotong.
 

Jom makan ubi...

Saturday, December 3, 2011

Nasi lemak pandan


 Yuk sarapan nasi lemak pandan bersama kak gee...


Resepi biasa-biasa saja cuma kak gee tambahkan sedikit air pandan dalam nasi...


 Nasi lemak jadi wangi pandan tapi maintain lemak...lepas makan kita diet yer...keh3x

Jom sarapan....
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015