
Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
Kuih cara berlauk
Assalamualaikum... diharap semuanya sihat2 belaka... Masih ingat k.gee lagi keee...? Sunyi sepi dapor gee-hut yer... Alahai.... tuan rumah bukan bizi sangat.. bukan juga malas dan bukan juga masalah internet.... masalah 'menembak' pon bukan, kekangan masa pon bukan... cuma masalah encik mood selalu sangat datang ke rumah... datang bawa aura malas... hehehe... alasan!!
Sebenarnya... dapor gee-hut tetap berasap macam biasa.... setiap hari kelentang kelentung periuk belanga... menu masakan yang biasa2... tak ada kek berkrim tak ada spagheti tak ada rendang segala bagai... menu masakan harian saja... nak tayang menu berulang-ulang nanti jemu pulak orang tengok, kan... lagi pulak tak ada cerita2 menarik hanya cerita biasa-biasa sahaja... Hari ini walaupun tak ada yang istimewa cuma kuih cara berlauk tapi tuan rumah gagahkan juga menghapdet blog sebab... AKU RINDU KAMUUUU...
KUIH CARA BERLAUK
Bahan untuk Inti
200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong halus
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang n daun sup dipotong halus
dipotong halus
cili merah dihiris nipis
sedikit garam
Bahan untuk batter :
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat kuih cara berlauk:
1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.
Taraaaa.... kuih cara untuk KAMU....

Tuesday, July 2, 2013
Kek span pandan
Assalamualaikum... salam siaran dan salam rindu teramat rindu pada semua... punyalah lama dapor gee-hut tak berasap, kan... tuan rumah dilanda mood kemalasan tahap gaban.... ha ha ha.... bukan malas memasak tau tapi malas menembak jer...! mood kelabu asap dek terkena serangan jerebu kot... hehehe
Hari ini mood ada sedikit bagus... k.gee mulakan dengan membaking kek span yang tersangat lembut dan gebu... Untuk makluman kawan-kawan sekalian, sebenarnya kek ini k.gee beli tepung kek span segera cuma kena tambahkan air, minyak dan telur... sudah banyak kali k.gee buat kek begini dan untuk resipi kali ini 10 biji telur digunakan... hah...!!? 10 biji..!!!? mulanya k.gee pon terkejut tapi bila sudah siap dibakar... amboiiiiii..... lembutnya gebunya wanginya dan sedapnyaaaa kek... memang puas hati... berbaloi baloi..!!! Jom kita semak resipiya...
KEK SPAN PANDAN
Resepi : seperti tertera di plastik bungkusan
Olahan : gee-hut.blogspot.com
500 gm plain sponge cake mix
500 ml telur
125 ml air / santan kotak
110 ml minyak masak / butter cair
1 sudu kecil pes pandan
1/2 sudu kecil esen pandan
Cara-cara :
1. Sediakan acuan 10 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Masukkan tepung adunan pek segera ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air / santan dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.
3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji ya. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.
4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila, dan minyak / butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
Jom makan kek span yang sedap ...

Monday, July 1, 2013
My Little Star @ SUKMA 2013
Assalamualaikum... syukur ke hadrat Ilahi... rupanya Allah berikan kami sinar cahaya selepas mendung melanda beberapa ketika... Subhanallah... terima kasih Ya Allah... dan jutaan terima kasih juga kepada sahabat handai, rakan taulan dan sanak saudara yang sentiasa memberi sokongan, nasihat dan kata-kata semangat buat k.gee menghadapi detik2 kesedihan yang melanda kami sekeluarga... hanya Allah jua yang membalas jasa baik anda sekalian...
Hari ini k.gee ingin kongsikan pula kegembiraan sempena kecemerlangan anakanda sulong k.gee Amirul Asyraf bersama skuad equestrian Negeri Pahang mendapat pingat Perak di SUKMA Kuala Lumpur 2013 yang berlangsung di Putrajaya semalam... Tempat pertama dimenangi oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor di tempat ketiga...
Terpancar kegembiraan di wajah para 'rider' bersama pingat kemenangan mereka... syabas dan tahniah!
Tercapai juga impian dan cita2 Along untuk beraksi di Sukan Malaysia setelah beberapa tahun menunggu peluang terbaik ini... syukur dan syabas anakanda...
Para 'rider' yang bakal menjadi atlet mengharumkan nama negara suatu hari nanti...
Along bersama Tito kesayangannya...
Lompat Tito...lompat!!
Yeaaaahh...!!!
Terima kasih Ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang Kau kurniakan...

Thursday, June 27, 2013
Doa buat kami...
Ya Rabb, apakah kami sedang diuji?
Mampukah kami.. berhadapan dengan berbagai halangan dan cabaran yang menerpa tanpa diduga..
Ya Allah, kami hadir dengan doa dan harapan.. kerana hanya padaMu kami serahkan segala kebergantungan ini, Ya Allah.
Andai kami lemah, Engkau kuatkanlah kami.. Ya Allah
Andai kami jatuh, Engkau bangunkanlah semula semangat kami..
Andai kami kalah..suburkanlah rasa pasrah di jiwa kami Ya Allah.. kerana kami bimbang jika kami kehilangan redhaMu YaAllah...
Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami andai kami tersalah atau terlupa, kurniakanlah ilmu dan hikmah ke dalam hati-hati kami yang bermanafaat untuk kami teguhkan hati kami ini untuk beramal dengannya...
Amin ...
Semoga ALLAH merahmati...

Wednesday, June 19, 2013
Mee kari
Rezeki kita hari ini ialah mee kari yer... rezeki mata lah, kan... hehehe... biasanya memang mata lah yang cepat lapar... cepat terliur dan dia jugak lah yang cepat tergoda.... betul gitu? tambah-tambah bila berada di bulan puasa.... siap lah mata melilau di bazaar Ramadhan di pasaraya... tengok itu sedap... tengok ini sedap... itu nak... ini nak...haish!! tak adil.... kesian mata... semoga Allah beri kita hidayah dan kekuatan melawan hawa nafsu yang melampau.... jom jihad !
Mee kari ini menu ringkas dari k.gee... k.gee memang peminat tegar kari tau! mee kari laksa kari kuah kari... tapi bukan kari mamak style yer... gee-hut style... !! ringan dan simple sambil layan tekak anak-anak....
MEE KARI
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Isi ayam ( dipotong kecil )
Bahan Kuah:
4 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 inci halia - kisar
3 sudu rempah kari
200 gm udang hidup
1 cawan stok udang (rebus kulit dan kepala udang dan ambil airnya )
1 liter santan
1 mangkuk air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan iringan :
Tauhu goreng dan hiris
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau nipis / kasturi
Sawi
Taugeh
Cili jeruk (fav hb)
Cara Penyediaan :
- Tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kari.. tumis sehingga wangi dan naik minyak.
- Masukkan isi ayam, udang dan stok udang dan kacau seketika.
- Kemudian masukkan santan dan air secukupnya dan biarkan mendidih.
- Masukkan garam, gula air asam jawa sambil tu dikacau selalu.
- Biar sampai mendidih. Kalau suka boleh masukkan fish ball dan fish cake.. k.gee tak letak sebab tak suka makan...
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur dan bahan-bahan iringan yang digemari.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati...
la la la la....

Tuesday, June 18, 2013
Nasi briyani & rakan-rakan
Apa nak cerita hari ini yer? Buntu.... !! kata blogger Ben Ashaari... "nak cerita apa pon, cerita laaa .. tapi kena la bijak mengolah !"... betul tu Ben, k.gee setuju... cuma belum ada idea lagi untuk berceloteh hari ini... so terus saje ke dapor gee-hut bersama simple nasi briyani dan rakan-rakannya, ayam masak merah dan acar timun... Menu ini untuk tetamu k.gee yang berkunjung ke rumah di hujung minggu baru ini... asalnya nak mencuba gulai kawah dan nasi briyani kambing tapi tak kesampaian sebab tak cukup bahan-bahannya... InsyaAllah kalau ada rezeki nanti k.gee teringin juga mencuba gulai kawah orang Kelantan yang memang menambat selera tu...
SIMPLE NASI BRIYANI
Bahan-bahan
* 500 gram beras basmati (dibasuh dan ditos)
* Air secukupnya
* 4 sudu teh minyak sapi
* 2 biji bawang merah di hiris* 1 inci halia
* 4 ulas bawang putih
* 2 sudu serbuk briyani
* Rempah penumis
* Daun pandan
Cara-caranya:
* Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dihiris sehingga naik harumannya. Masukkan pula rempah briyani yang dibancuh sedikit air.
* Masukkan air... tunggu sampai mendidih
* Masukkan pula beras. Kacau.
* pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Biar nasi masak
* Apabila nasi masak, taburkan bawang goreng, kismis dan daun parsli di atasnya.
Bahan A:
1 kg ayam (dipotong, dibersihkan, gaul dengan garam kunyit dan goreng)
Bahan B (ksiar):
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cilikering2 sudu makan tomato puri
i inci halia
Bahan C:
1 biji tomato dibelah empat
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam dan gula secukup rasa
sos tomato dan sos cili secukup rasa
Cara memasak:
* Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
* Masukkan ayam yang sduah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati.
* Masukkan pula bahan C dan biarkan mendidih.
* Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
* Sedia untuk dihidangkan.
ACAR TIMUN
Bahan-bahannya :-
* 1 batang timun dihiris memanjang.
* 1 batang lobak merah dihiris halus memanjang
* 1 biji lada besar - dimayang
* 3 ulas bawang merah dimayang
* 3 sudu besar cuka makan
* 4-5 sudu besar gula pasir
* garam secukupnya
Caranya :
Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra. Sedia untuk dihidang.
Mak ! nanti buat nasi briyani gam pulak yer... kata eQa...
hehehe... insyaAllah yer sayang....



































