Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum... rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H...  semoga tahun baru hijriyah ini akan meningkatkan lagi iman kita, dipenuhi kebaikan dan keberkatan, semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan Illahi, selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Dikesempatan ini juga k.gee nak mengucapakan "Selamat Berjuang" buat anakanda Nurul Ain dan semua calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM yang bermula hari ini... Semoga Allah permudahkan segalanya dan beroleh kejayaan cemerlang... InsyaAllah emak dan ayah akan sentiasa iringi dengan doa...


Menu simple dari Dapor Gee-hut hari ini... lempeng nyior... kebetulan ada belen kari 'tok gajah' (ops... bukan kari gajah yea... kari ikan tongkol jer...) k.gee pon godek2 tepung dan kelapa jadikan lempeng dan cicah dengan kuah kari semalam daaaa... menu simple tapi sedap...!



LEMPENG NYIOR

Bahan


■ 1 cawan kelapa parut putih

■ 2 cawan tepung gandum

■ Secubit garam
■ air secukupnya

■ Sedikit minyak... supaya tak lekat dan masak nampak cantik


Cara memasak

1.Masukkan kelapa, tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.  Bancuhan jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Agak2 mcm nak buat cekodok.

2. Panaskan kuali dengan api paling perlahan.  Titikkan beberapa titik minyak dan ratakan minyak pada permukaan.

3. Panaskan minyak dlm kuali leper, tuangkan adunan dan tutup sebentar supaya lempeng masak sekata. Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal atau kuah kegemaran.


Jemput makan lempeng...



Saturday, November 2, 2013

Ombre ombak rindu... buat kekasih


Selamat berhujung minggu dan Happy Deepavali buat rakan India yang meraikannya.... dan selamat berjuang buat wira-wira skuad Tok Gajah yang akan bertarung menentang the Red Warrior esok... go! go! Tok Gajah... pastikan Piala Malaysia milik kita...   


Kek ombre ombak rindu ini pula khas buat warrior k.gee yang tercinta... hehehe... walaupun rupa kek nya comot dan indah nama dari rupa... tapi k.gee tetap bangga dapat menyediakan kek sempena hari lahir insan tersayang... Semoga kebahagiaan menjadi milik kami hingga ke syurga yang kekal abadi.... amin...aminnn Ya Allah...


KEK OMBRE OMBAK RINDU
Sumber Ilham : Ita Masam Manis
Resipi : ABM

BAHAN BAHAN


(18cm loyang)

Bahan kek :

350g tepung naik sendiri - diayak
(atau tepung gandum+1 sudu besar baking powder)

1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, skip)

230 butter (kalau boleh pakai unsalted) - di suhu bilik

300g gula kastor

4 biji telur

2 sudu kecil esen vanilla

240ml susu segar (ABM guna buttermilk)

pewarna biru (ABM guna warna biru dan turquoise)

Frosting :

400ml whipping cream

100g cream cheese

3-4 sudu besar gula

pewarna biru


CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.

2. Pukul butter sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Lebih kurang 2-3 minit.

3. MAsukkan telur satu demi satu sementara memukul adunan. Masukkan pula esen vanilla dan pukul sebati.

4. Gunakan speed rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/buttermilk. tepung-susu-tepung-susu-tepung. Jangan overmix adunan.

5. Bahagikan adunan sebanyak 4 bahagian. Masukkan pewarna. Pastikan ada kelainan setiap adunan untuk menampakkan "ombre". Masukkan didalam loyang.

6. Bakar setiap lapisan selama 20-25 minit. Buat sehingga siap.

7. Sejukkan dulu barulah di frosting.

frosting

1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula dan pukul sebati.

2. Masukkan pula whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overmix juga.

3. Hias kek ikut keinginan masing2.



Terima kasih kepada 'chef' muda ABM dan 'chef' tersohor Ita Masam Manis yang mengilhamkan k.gee membaking kek berwarna biru ini... romantik kan... ahai! 


Ombre ombak rindu....?
hehehe... yang penting... bahagia...
kan Laling!!!


Friday, November 1, 2013

Pulut panggang...


Salam Jumaat yang penuh keberkatan.... Selamat Hari Lahir buat suami tercinta.... 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahem...

Jadikanlah kami sebagai suami istri yang saling mencintai dikala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
saling menyempurnakan dalam peribadatan

Ya Allah sempurnakanlah kebahagian kami
dengan menjadikan perubahan ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti ketaatan serta cinta kami kepada Sunnah Rasul-Mu

Ya Allah…. Ya Tuhanku…….


Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi…
Isteri yang Solehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…

Aamiin aamin... Yaa Rabbai ‘Aalamiin…!


Semoga kami dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat...


PULUT PANGGANG

Bahan untuk inti

1 biji kelapa parut ambil yang putih saja
5-6 ekor udang hidup
* sedikit udang kering
1 senduk cili kisar
*5 ulas bawang merah
*2 batang serai
SEdikit serbuk kunyit
Garam, gula secukup rasa

Cara :

Kisar halus bahan bertanda * kemudian masuk kan kelapa parut, cili kisar, serbuk kunyit, garam dan gula.masukkan bahan kisar ke dalam kuali.  Udang hidup dipotong kecil dan masukkan sekali ke dalam kuali tadi.  Masak dgn api pelahan...kacau inti sehingga masak.

Untuk pulut

Pulut direndam 5-6 jam kemudian di kukus...sediakan pati santan yg dicampur dengan secubit garam & gula...bila pulut siap masak angkat dan gaulkan dengan santan. Gaul hingga mesra.

Cara membuat pulut panggang...

Layur daun pisang terlebih dahulu.supaya senang nak membalut...kalau xlayur kang tekoyak...tepekkan pulut di atas daun pisang.letakkan inti di tengah kemudian gulung...guna lidi untuk sepit dihujung kiri & kanan...

Bakar hingga daun pisang keperangan...kalau suka boleh biarkan hingga hangus sedikit... angkat dan bolehlah di makan

 

Makan pulut panggang jer ye hb, insyaAllah esok buat kek pulak yer... hehehe....

Tuesday, October 29, 2013

Vadai


Tetiba k.gee teringat lagu klasik zaman kanak-kanak dulu...

Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek....



Cuti sekolah tak berapa lama lagi kan...?  Jom kita bawa anak2 balik ke kampung berjumpa datuk dan nenek mereka... dan jangan lupa bawakan ole-ole sekali yer... apa kata sesekali kita buatkan kuih tradisi India ini untuk kudapan di kampung nanti... Jom vadai...!!



VADAI
Sumber : My Kuali

bahan2:


250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

Cara:


rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam

toskan hingga kering

kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)

satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata

leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat

susun atas dulang yg disapu sedikit minyak

goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan dan garing.




Selamat bercuti dan Happy Deepavali....


 

Friday, October 25, 2013

Popia goreng


Salam petang Jumaat semua... Cuaca di Kuantan sejak seminggu ini agak suram sikit... mendung dan hujan... seolah-olah musim tengkujuh sudah hampir tiba ke Pantai Timur... kadang-kadang rasa macam nak duduk dalam selimut sepanjang hari... hehehe... tak jadi kerja laaaa aku.... kata emak yang memang tak suka duduk melepak tanpa membuat sebarang kerja... biasalah orang tua kan... sentiasa sibuk buat itu dan ini, tak tahu penat... janji anak2 bahagia...


Apa kata petang ini kita sediakan menu istimewa untuk emak kita.... mesti suka hatinya bila anak2 sediakan makanan kegemarannya... emak k.gee sukakan kuih goreng-goreng... makanya popia goreng ini menjadi menu pilihan untuk emak... intinya k.gee gunakan sayur-sayuran seperti kobis, sengkuang, karot dan sedikit taugeh... cicah pula dengan sos yang pedas manis...  ermm.... sedapnyaa....



POPIA GORENG

Bahan-bahan :

Kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis
Telur
Bawang putih - cincang halus

Caranya :

1. Tumis bawang putih hingga wangi. 
2. Pecahkan sebiji telur dan gaul. 
3. Masukkan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam.
5.  Kacau rata, angkat dan sejukkan.
6. Ambil klit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung.  Buat sehingga habis.
7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran



Jemput minum petang...

Wednesday, October 23, 2013

Sup ayam simple


Bizi..bizi..bizi... jadual akhir tahun yang selalunya padat dengan aktiviti demi aktiviti... kadang2 tak sempat nak jengok ke dapur bila balik ke rumah pun sudah hampir senja... nasib baik ada hb yang memahami dan emak yang sentiasa membantu kerja-kerja di dapur... terima kasih hb dan terima kasih emak!


Ini sahajalah menu yang sempat k.gee godek... sup ayam yang serba ringkas digandingkan dengan ikan bilis goreng cili padi dan kailan ikan masin... k.gee masak sup saje yang lain emak yang sediakan... hehehe beruntung kan ada emak bersama kita...   



SUP AYAM SIMPLE


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji kentang - potong kecil
1 biji karot - potong memanjang
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup - cincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Masak:


1.Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk kasar. 

2. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini berserta sup bunjut sehingga wangi. 

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sekejap.

4. Tambahkan pula air dan ubi kentang.  Biarkan mendidih dan kentang empuk.

5. Bila sudah mendidih, masukkan garam, karot dan daun sup. Kacau rata.

6. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat menjamu selera....



Monday, October 21, 2013

Asam rebus ikan siakap


Assalamualaikum... banyak lagi ke daging korban dalam peti sejuk...? ada lah seketul dua lagi... boleh lah buat masak kari ke goreng kicap ke... hehehe... seminggu dua ini menu daging saje menjadi sajian kan... tidak kurang menu kambing sempena majlis aqiqah... Alhamdulllah... rezeki di bulan Zulhijjah...



Hari ini tekak teringin pulak nak makan lauk yang cair dan rasa masam masam... dah jemu rasanya asyik makan yang berlemak saje... sesekali sedap juga kalau dapat hirup kuah asam kann... k.gee kahwinkan ikan siakap dengan terung telunjuk yang fresh dari kebun sayur encik hb... sedap taww terung telunjuk dimasak asam rebus bersama siakap...  berselera kami sekeluarga makan...  



ASAM REBUS IKAN SIAKAP

Bahan2:

1 ekor ikan siakap segar (bersihkan dan kerat 3 bahagian)

Bahan2 utk di kisar:

1 biji bawang besar
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:

5 keping asam gelugor/asam keping
Garam
Air secukupnya
Daun kunyit
5-6 biji terung telunjuk

Cara:

1) Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Rasa asam garamnya dan bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.



Ikan di laut asam di darat
dalam periuk bertemu jua...
ohoi.... enak nyaaa...

 

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015