Monday, December 26, 2016

Homemade Roti Gula


Pernah makan roti gula?


Selalunya roti yang tak habis dimakan dan hampir luput hayatnya... ibu ibu akan usahakan supaya ianya tidak disia-siakan... salah satu cara menyelamatkan ia adalah tranform kepada roti gula... haa..!! rasanya yg lemak manis, rangup dan garing memang mengasyikkan... lepas satu keping satu keping masuk mulut...krap krup krap krup... aik! makkkkkk!!! roti dah habis.... hadoiii... tak sempat simpan dalam balang...dah licin...  


Tak mengapa... jom kita buat lagi roti gula.... buat banyak2 dan simpan stok untuk seminggu... hehe


ROTI GULA

Beberapa keping roti
Marjerin planta
Gula pasir

Caranya :
Sapukan marjerin ke atas roti dan taburkan gula pasir.  Susun diatas dulang pembakar.
Masukkan ke dalam oven suhu 165'C selama 15 minit.  Keluarkan dan sejukkan. 
Sedia dinikmati. Simpan di dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan pada bila-bila masa.


Daaaa.... Selamat mencuba..!


Sunday, December 25, 2016

Kek Marble Choc Strawberry


Hai... selamat petang minggu...


Tak ada apa-apa yang nak diceritakan cuma saje buat tayangan amal kek Marble Choc+Strawberry... inipun tepung kek segera yg sudah hampir expired... nasib baik sedar... hehehe... kak gee cuma tambah air, telur dan minyak jagung... dan sedikit esen vanilla, perisa strawberry dan serbuk koko... godek-godek, corakkan marble dan masuk oven.... mmmmm harum semerbak satu rumah tau... yummy..!!


Resipinya sudah beberapa kali k.gee kongsikan...boleh semak di SINI, SINI atau SINUN... boleh pelbagaikan perisa dan rupa mengikut kreativiti masing-masing...  


Ok... selamat bercuti... let's enjoy...!!

Thursday, November 24, 2016

101 Sajian Hati ke Hati
















1 buku ada 101 resipi... berbaloi-baloi...!
Jom ramai-ramai serbu Kedai Popular Bookstore... 
dapatkan buku resipi k.gee di sana..!


Sunday, November 20, 2016

Roti... alamak..!! dah bersawang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Alamak..!! banyaknya sawang... dah bergayut2 sarang lebah kat pintu rumah... puas lah nak sapu nih... lama bebenor tak ke sini...kena ajak kawan2 tolong nih...  

hallooo....masih ada yang sudi keee...? katanya ada yang bertanya k.gee menghilang ke mana...? Oh...bukan k.gee hilang cuma cik 'mood' yang hilang... merajuk gamaknya... dah puas dipujuk pujuk masih tak mahu timbul... 

Tup tup... tetiba malam ni mood ketuk pintu...lalu diajaknya k.gee cuci sawang... joooom! cuci sawang sambil bawa bekal roti sarang lebah yg sedikit hangus... hehe   


ROTI SARANG LEBAH (tanpa sos karamel)
Resepi asal : Izah Daud;  Ubahsuai : gee-hut

DOH
2 cawan tepung gandum/tepung roti
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


Kalau mood bagus... esok update blog lagi... babai..!


Saturday, July 30, 2016

Putri 2 Sebilik


Ahai... tetiba tekak ini teringin nak makan kuih muih tradisional pulak... kuih zaman dulu-dulu yang ada inti nyior dan ada aroma daun pisang yg harum... maklumlah asyik makan kukis moden ajer, kan...

Asalnya nak buat kuih badak berendam... tup tup kuih putri 2 sebilik pulak jadi nya... walaupun rupa paras sang putri agak debab dan hodoh sikit... haha! Layan aje lah yek...


PUTERI DUA SEBILIK  
Sumber : Ita Masam Manis

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran 

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah 
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.




Untuk Inti Kelapa  
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.

Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B

Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. 


Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau).  Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)  Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan... Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya. Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais. 

Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  


Hehe... puteri debab dan hodoh...



Thursday, July 28, 2016

Selamat Hari Raya semanis madu...


Masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia... Selamat Hari Raya dari kak gee dan keluarga... Mohon ampun maaf atas salah dan silap serta terkasar tutur bicara... 



Tiada juadah open house yang istimewa yea.. cuma layan cornflakes madu yang lemak manis lagi rangup dikunyah sambil nonton televisyen... hehehe...   



Cornflakes madu

Bahan2 

300gm conrflakes (ramas sikit)
100gm mentega
6-8 sudu gula
1/2 cawan madu
ceri cincang
kismis

Cara
1. Cairkan mentega dan gula
2. Masukkan madu, kismis dan ceri. Bila dah mendidih masukkan cornflakes.
3. Tutup api dan kacau rata.
4. Sudukan dalam papercup. 
5. bakar dlm oven lebih kurang 10-15 minit.



Cookies yang ringkas, mudah tapi enak dinikmati sambil bersantai bersama keluarga, kan...


Saturday, July 2, 2016

Biskut pasir... nostalgia beraya di kampung


Baru hari ini k,gee dapat menyediakan kukis untuk hari raya... Jeles tengok orang lain yang sudah berderet kukisnya dalam balang... berwarna warni dan aneka rupa lagi... Pagi ini anak dara k,gee rajin nak bantu buat biskut raya... Siap dia sediakan senarai biskut yang digemarinya... biskut choc chips, biskut oreo black beauty, biskut famos amos chef amer, cornflakes coklat dan tidak lupa biskut pasir... biskut kegemaran wan (nenek) katanya...   


Biskut Pasir memang kukis favourite family k,gee dari dulu lagi sejak dari arwah wan k,gee, kemudian turun kepada emak dan sekarang k.gee pulak mewarisi resipi tradisi ini... kata emak, biskut ini dinamakan biskut pasir kerana teksturnya yang seakan-akan berpasir dan ada deraian habuk di hujung jari apabila memegangnya... ia dibuat menggunakan lemak sayur... zaman emak dulu dipanggil spry dan sekarang lebih dikenali sebagai shortening... acuannya juga agak unik dan menggunakan kaedah tekan dan potong... masa kecil dulu k.gee paling suka dapat tolong buat kukis ini... bangga nya dapat buat kuih raya... seronok ! 


BISKUT PASIR

Bahan:
1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adunan lembek tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Ambil satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna coklat.  Bentukkan memanjang dan lekatkan keduanya. Masukkan ke dlm acuan dan tekan potong sehingga habis... Bakar dalam oven 15 minit suhu 175'c.



Salam Lebaran semua... 


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015