Sunday, July 1, 2018

Raya bersama rakan blogger


Masih dalam mood raya lagi ke? Raya kan sebulan... hehe

Raya tahun ini paling seronok taw... bukan sahaja dapat berkumpul keluarga, saudara mara dan rakan taulan malah dapat gather dengan teman blogger juga... Subhanallah... pertemuan sungguh bermakna buat k.gee... Terima kasih Tun Telani dan Suziela Ahmad... nanti kita kumpul rakan rakan blogger lagi ye... 

Thursday, June 28, 2018

Pecal Jawa


Hari ini kami berbuka puasa dengan menu simple dan berkhasiat... pecal sayur yang sangat heaven...!! berselera sungguh makan dan sangat puas hati.. kuah pecal dari mak saudara k.gee, Maksu sangat sedap dan menepati citarasa k.gee sekeluarga...  kata maksu, ini kuah pecal resepi Jawa ori... pergh...!!


Memadangkan kuah pecal ini bukan resipi air tangan kak gee, jadi tiada resepi yang dikongsikan di sini yea...  k.gee cuma mix & match saje... celur sayur kangkung, pucuk ubi, kacang panjang dan kobis...  tauhu dan tempe dipotong kecil dan goreng sehingga garing... masukkan kuah pecal ke dalam bekas dan bancuh dengan air panas... kemudian masukkan kesemua sayuran dan kuah pecal ke dalam bekas dan gaul sehingga rata dan mesra... siap untuk dihidangkan... 


Tuesday, June 26, 2018

Salam Syawal 1439H


Cornflakes Madu@ Idil Fitri


Inilah satu-satunya cookies yang homemade di rumah kak gee... Yang lain semua k.gee main 'tunjuk tunjuk' jer... hehehe... Ini pun anak dara yang buat... cookies paling mudah, ringkas dan cepat disediakan... dan yang paling laris... sekejap saje sudah licin balang kuih...   


CORNFLAKES MADU

Bhn2..
125 gm cornflakes
63 gm butter
30 gm gula perang
3 sdb madu
Manik warna warni - utk hiasan

Cara2nya..
1. Panaskn butter dan gula perang dlm kuali sehingga cair.
2. Masukkn cornflakes ke dalam kuali dan gaul biar rata bersama adunan butter tadi.
3. Tuangkn madu dan gaul sebati. Angkat.
4. Susun mini papercup.  Ambil sesudu cornflakes dan sudukan dalam papercup, buat sampai abis dan taburkn manik warna warni ke atasnya.
5. Bakar dgn suhu 170'C selama 10 minit shj. Siap djamu. 


Cornflakes Madu enak rasanya
Dijamu bersama teruna dara
Aidil Fitri masih meriah sambutannya
Sudi-sudikan lah ke teratak hamba... 


Monday, June 25, 2018

Percik ikan kembung


Salam 11 Syawal 1439H... rasanya masih belum terlambat untuk mengirimkan ucapan Salam Aidil Fitri buat  sanak saudara, sahabat handai rakan taulan dan umat Islam di mana jua berada... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... 

Sudah lebih seminggu asyik layan juadah hari raya kan... ketupat lemang, rendang daging, ayam dan sebagainya.. hari ini tekak terasa nak makan ikan pulak... cuma di musim raya ini agak susah dapat ikan segar... layan apa yang ada aje lah yek  


PERCIK IKAN KEMBUNG    

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung segar
1 biji kelapa ~ diambil pati santan
2 batang serai ~ dititik
2 keping asam gelugor
2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar :
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inici halia

Cara-cara :
Mula-mula sediakan kuah percik.  
Masukkan bahan kisar berserta santan ke dalam kuali.  Tambahkan serai, garam, gula dan asam gelugor.  Masak dengan api sederhana sehingga kuah pekat.

Sementara kuah pekat, ikan dibakar hingga separuh masak.  Bila kuah agak pekat sesuaikan rasanya dan angkat.

Lumurkan atau percikkan kuah atas ikan dan bakar. Ulang bakar pada sebelah lagi. Buatlah beberapa kali hingga kuah melekat pada ikan.

Bila masak bolehlah dihidangkan.

Sunday, June 10, 2018

Sambal garing pucuk ubi


Di sana sini kelihatan persiapan hariraya makin rancak... maklum lah tinggal 4 hari saja lagi Aidil Fitri akan menjelma.. Ramai juga yang sudah bercuti untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung halaman... terasa rindu dan sendu terkenang desa tercinta... 

Tetiba teringat sayur pucuk ubi yang digoreng garing, pedas dan rangup... sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng... hubby pula suka meratah begitu sahaja... Sambal garing pucuk ubi menu klasik dari ibu mertua... Al fatihah buat ibu mertua k.gee yang baru sahaja menemui sang Pencipta beberapa hari sebelum Ramadhan baru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin...  


SAMBAL GARING PUCUK UBI

Bahan-bahan :
2 ikat sayur pucuk ubi - buang tangkainya 
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ditumbuk/kisar :
10-20 biji cili padi
3 biji bawang merah
½ cawan ikan bilis
Sedikit belacan atau budu jika suka

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk.  Masukkan pucuk ubi dan kacau rata.  Tambahkan garam dan asam gelugor. Masak/goreng hingga pucuk ubi garing menggunakan api sederhana.


Wednesday, June 6, 2018

Bubur gandum iftar 21 Ramadhan


Assalamualaikum...
Hari ini 21 Ramadan... Bahang Idil Fitri sudah semakin terasa kan... Anakanak pun ada yang sudah mula bercuti... meriah lah rumah berbuka bersama anak anak yg dirindui... 


Sehari dua ini k.gee tak berapa sihat... tekak terasa pahit menelan makanan... hari ini k.gee buat manisan untuk melayan tekak yang meragam... bubur gandum bersama sagu mata ikan... ada juga yang menggelarnya bubur gunting sebab dohnya digunting untuk mendapatkan bentuk comel dan senang disuap ke mulut... terasa nyaman sedikit tekak... kan!   


BUBUR GANDUM

Bahan A(doh):
1/2 cawan tepung gandum 
Air atau air pandan.
Secubit garam

Bahan kuahnya:
2 cawan santan
1/2 cawan air
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Bahan C
Sagu mata ikan - rendam seketika

Cara:
1. Adunkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan

2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya kuahnya tidak berbintil.  Ambil doh tadi dan cubitkan atau gunting kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Buat sehingga doh habis. Biarkan mendidih dan doh gandum masak.

3. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Kacau rata dan sedia dihidangkan.


Sedap dinikmati sejuk ataupun suam... Selamat berbuka puasa...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015