Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Salam Maal Hjirah wat sume. Semoga kedatangan Hijrah kali ini membawa segala kebaikan dan kebahagiaan untuk kita dan keluarga. ohh...hujan rahmat di pagi maal hijrah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Selama tempoh 1,430 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat.
Dan sempena Tahun Baru ini juga....kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t di atas segala kurniaanNya kepada kami selama ini. Sesungguhnya segala kebaikan untuk kami adalah nikmat yang terlalu tinggi nilainya dan setiap ujian dan dugaanNya adalah pengalaman untuk kami menjadi insan yang lebih kuat dan matang dalam menghadapi hari muka. InsyaAllah....

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015