Saturday, May 14, 2011

Kuih talam suji...resipi si Mahir

Takkan malam2 makan kuih talam kot?  mengidam ke? hehe.... bukan makan malam tapi kuih talam suji ini dah buat 2 hari lepas... dapat resipi dari rakan sekolej dulu, tak sangka pulak selepas 22 tahun si mamat tu boleh contact semula, pastu boleh main tukar2 resipi pulak... katanya dia masuk kelas kuih talam chef asma... tak sangka pulak ada juga orang jantan minat memasak kuih muih yer... ops jangan marah yer bro CMG...
Katanya lagi dia belajar macam2 petua dan teknik membuat kuih talam... banyak rahsia rupanya kuih talam ni...patut la rupa kuih diorang tu cantik2 dan menyelerakan... ada secret recipe rupanya..... Ok lah...jom kita tengok resipi ihsan si Mahir tu...Thanks Mahir


TALAM SUJI

BAHAN LAPISAN BAWAH

(A)
180 gm tepung suji @ semolina
450 ml air

(B)
220 gula halus
2 biji telor
200 ml santan
250ml air
Pewarna kuning

Cara-caranya:
1.Rendam bahan (A) selama 30 minit.
2.Satukan kesemua bahan (B), dikacau rata dan ditapis ke dalam bahan (A)
3.Masak dengan api yg sederhana sehingga adunan menjadi pekat (sehingga apabila dikacau akan kelihatan dasar periuk)
4.Tuang ke dalam loyang dan dikukus selama 30 minit.

*BAHAN LAPISAN ATAS
(A)
200 gm gula Melaka
50 gm gula merah
50 gm gula halus
500 ml air

ATAU

300 gm gula merah
50 gm gula halus
500 ml air

(B)
150 gm tepung gandum
3 biji telor
250 ml santan
1 tsp garam
Cara-caranya:
1.Masak bahan (A) sehingga gula hancur. Sejukkan.
2.Satukan kesemua bahan (B) dan dikacau sehingga sebati/rata
3.Tapis dan masukkan bahan (A) ke dalam bahan (B).
4.Masak dan kacau rata sehingga naik wap.
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
6.Setelah masak, pastikan adunan kueh telah sejuk sebelum dipotong.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015