Kuih muih tradisional memang fav akak... kalau boleh hari-hari nak buat... tambah pulak emak pon suka makan kuih muih... cuma sekarang ini agak susah nak dapat kelapa dan santan pon mahal so slow sikit la aktiviti kuih muih ni... ramai juga yg guna santan kotak tapi akak lebih sukakan kemanisan santan yg original... lemak berkrim gitu.....
Kuih bakar jagung ini juadah kami minum petang semalam... sambil-sambil membelek pokok orkid yang dah lama tak dibelai tu pekena teh-o panas dan kuih sedap ni... pergh!! sedap.... maklumlah resipi turun temurun...
KUIH BAKAR JAGUNG
2 cawan tepung gandum
1 tin jagung berkrim (emak biasanya guna jagung fresh)
4 cawan santan pekat
3 biji telor
1 cawan air
1 cawan gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan jika suka
Cara-cara
Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas kemudian campurkan dengan telur, santan, gula, sedikit garam dan pewarna kuning. Blender semua bahan hingga sebati. Sesudah itu masukkan jagung manis dan kacau lagi sehingga rata. Sapukan acuan pembakar dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalamnya dan taburkan bija jika suka. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam.
5 comments:
Assalamualaikum akak...
sedapnya tgk kuih bakar jagung tu akak... diana mmg suka makan jagung.. nie guna jagung berkrim lg.. wah sedapnya tu
alahai sedapnyer.. tun kt sini sgt kesian, mmg xpenah jumpa laa santan fresh. guna santan kotak je.. kelapa parut pun kene ganti ngan kelapa kering.. sedih kan..
Salam...Wahhh kuih bakar jagung..wangiiiii
yum yum.. suami ita suka semua yang berasaskan jagung.. suka la k tgk bunga atas tu kak
assalamualaikum..
kak gee..............
ayu minat gila kuih nie tau
kalau dapat makan kerak tepi tu, lagilah nyami,,,,,,
aduh!!!!!!
Post a Comment