Saturday, August 11, 2012

Biskut snow almond


Salam hujung minggu... Apa khabar semua? K.gee sihat-sihat saje... yeehaaa.... baru hari ini k.gee dapat mengukis... inilah biskut pertama k.gee tahun ini Biskut Snow Almond... si kecik k.gee tu yg minta buatkan kukis bentuk senyum.... ye tak ye juga kan... sambil mengukis sambil tersenyum barulah ceria kan....


Kebetulan hari ini k.gee tinggal seorang diri di rumah... hmmm barulah senang nak menembak... klik sana klik sini.... nasib baik puasa kalau tidak sudah kena ngap dah biskut snow ni... geram nyaaa...!! Tapi.... kenapa ada bau busuk yer....? Lorrrrr.... bunga taik ayam rupanya... heheheeeee....



BISKUT SNOW ALMOND
Oleh: Resipi Medan Selera

Bahan-bahan :


Bahan A/
110 gm mentega

1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur


Bahan B/

110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/

serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara Penyediaan :

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

 

Jom mengukis...


4 comments:

Nur-nba said...

Dah mula buat kuih ye kak.. Nampak menarik.. Nur belum pernah cuba buat biskut ni..

ibh_sue said...

Asslmkum kak gee.
Wah! Dah mula mengkukis ya. Biskut ni ada masuk list sue. Sbb sue tgk ramai yg kuat kukis ni. Tak tau la sempat ka x buat. Sbb enjin kejap laju kejap slow. Ngeee

Unknown said...

salam Gee
akak pun macam nak buat lah hari ni biskut snow ni sbb bahan2 dah ada cuma masa je masih mencemburui ni cantik nampak Gee punya biskut ni

zila norazila said...

kak gee
cantik kukis..kt umah zila dh habis dah kak..he hehe terpaksa buat lagi pasnie..adoiii

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015