Salam pagi Isnin... Semoga semuanya sihat dan ceria selalu... rindu la kat teman2 semua... Hujung minggu baru ini k.gee balik kampung lagi dan berkelah lagi di dusun durian... kali ini berkelah bersama rakan rakan sepejabat pulak... ya lah... sayang betul tengok buah doyan yang bergolek2 tak ada siapa nak makan... daripada membazir elok juga panjang2 kan rezeki... tak gitu?
Balik daripada berkelah semalam, hujan pulak turun dengan lebatnya... cadangnya nak balik ke Kuantan awal sikit tapi melihat kepada keadaan cuaca dan ditambah pula dengan kesesakan jalanraya yang agak melampau, terpaksalah k.gee lewatkan sikit perjalanan balik... hampir subuh baru sampai ke rumah... kesian pak drebar... mengantuk sangat pagi ini... selepas subuh tadi terus tertidur atas sofa... k.gee jadi co-pilot jer... masuk jer kereta terus lena... hehehe
Ok, mari kita ke dapur gee-hut yang sudah 2 hari tidak berasap tu... masak yang ringkas dan mudah saje lah pagi ini yer... kebetulan ada roti boom segera dan stok sardin pon ada... k.gee godek2 sardin jadikan masak lemak dan tambahkan nenas kiub dalam tin... pasti sedap cicah dengan roti boom... ermmm... jom kita...!!
SARDIN MASAK LEMAK NENAS
1 tin sardin
5 biji cili padi
3-4 ulas bawang merah
Beberapa ketul nenas kiub
1 cawan santan
garam secukupnya
1 keping asam gelugor/asam keping
Tumbuk lumat cili padi dan bawang merah. Panaskan minyak dalam peiuk dan tumis hingga bangkit baunya. Curahkan sardin beserta sosnya, santan dan nenas kiub. Tambah garam dan asam keping. Kacau hingga mendidih dan sedia dihidangkan. Kalau suka boleh dimakan bersama roti canai, roti boom atau jadikan lauk bersama nasi panas dan ikan masin.... cubalah...
Silalah...
p/s : hehehe...tolong promo roti boom yang member jual...
boleh dapatkan di alFaroqhFrozenMeatShop
boleh dapatkan di alFaroqhFrozenMeatShop
6 comments:
fev hubby sardin masak lemak...bestnya ada nenas ni..
sardin pun sedap kak... all time feveret bila da xtau nk masak ape
sekali sekala sardin mmg sedap tapi kalau selalu bosan jugak kan oklah tu akak pun kadang2 makan sardin terasa zaman sekolah hahaa
Salam Kak Gee..sedapnya layan roti boom dipagi hari....
lama tak masak sardin
Wow... Lama rak Makan roti bom
Post a Comment